.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, April 30, 2010

Penulis kembali bersama FREEDOM.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua readers, sahabat2 yang dirindui.. Rindu. Rindu! Yes.. Rindu.. ^_^ Penulis terlalu rindu untuk kembali ke dunia blog.. Sudah lama dipendam.. Tapi dek penulis sudah meletakkan tekad dan azam sejak bermulanya study week sehinggalah penulis habis exam, penulis xkan menulis untuk blog.. Xkan.. Jadi, penulis terpaksala pegang pada azam tu walaupun kerinduan yang amat sangat.. Seteleh dikira2 sehingga x cukup jari kaki dan tangan, sudah hampir sebulan penulis x masuk ke dunia blog ni kan.. Adakah itu satu rekod yang paling lama..? hihi..

Alhamdulillah hari ni berakhirnya final exam.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun ada dugaan dan cabaran getir yang menimpa.. Itu semua tarbiah dari Allah.. Itulah ‘jentikan kasih sayang’ dari Allah.. Terima kasih dan tahniah kepada sahabat2 perjuangan yang bersama2 menempuh kegetiran.. Semoga kita semua berjaya kan.. :-)

Ok.. Sebenarnya masih penat lagi.. Penat berhadapan dengan exam.. Tapi semangat nak berblog ni yang menolak diri penulis untuk berada di hadapan laptop… Yes, semangat! Semangat ditambah dengan kerinduan dan gian nak menulis sama tu.. hee.. Masa melalui hari2 berhadapan dengan exam, time tu la macam2 kita nak buatkan.. Didesak oleh macam2 perkara nak lakukan.. Time exam la nak settle segala masalah.. Time exam la peraaan nak melayan lagu Maher Zain itu naik ke graf tinggi.. Time exam la adik2 n sepupu2 ajak chatting.. Time exam la segala urusan cousins nak masuk U baru nak cari penulis, time free x timbul plak.. Time exam la adik selalu call ajak borak itu ini.. Time exam la family ajak pegi sana sini (masa balik rumah).. Time exam la kerap pulak bukak facebook bersua dgn kawan2 lama.. (Mentang2la kawan dari U lain cuti).. Dugaan.. Time exam la family mintak buat plan holiday.. Hee.. Betul2 cubaan laa..

Tapi yang x bestnye.. Time exam ni laa banyak kena menahan diri dari melakukan perkara2 yang selalu dilakukan.. Tidak suka.. tidak suka.. Time ni la kene ‘puasa’ dari bergayut ngan my lil bro, kena ‘puasa’ bergayut ngan my mum.. Nak call or adik call blh, tapi limit 15 minit je.. Berbanding dgn sebelum2 ni biasa memakan masa sejam paling kurang pun.. Mesti pihak celcom sana pelik kan, kenapalaa minit dalam bil penulis bulan ni rendah2 je.. Slalunya melonjak naik tinggi minit2 cakap tu.. Pelikkah..? Meh sini penulis jawabkan.. Sebab bulan ni penulis final.. Hehe.. Err.. cakap pasal bil..? Alamak! Segala bil-bil bulan ni penulis xpegi bayar lagii..! Terlupa la pulak.. Inilah gara2 si exam.. Hee~ Bila nak gi bayar ni.. Time exam ni la bersara dari membuat skrip buku.. Tu pun da last paper penulis buat jugak.. hee.. Time exam ni la kene slow dari surfnet, explore sana sini.. Dalam keadaan slow tu pun, satu hari ni penulis terjumpa satu web yang menjual pakaian abaya.. Butik online.. Sungguh teruja untuk explore pakaian arab kat butik tu.. Tapi, masa menghimpit.. Harini barula penulis lepaskan perasaan yang menggamit nak explore.. Tersangatla menarik.. Itulah yang penulis cari2.. Kini dah ditemui.. Yes, penulis dah temui! Sape2 yang nakkan pakaian arab (abaya) bolehla layari web ni.. Butik Abaya..

Ok, lupakan pasal butik tu dulu.. Lepas ni readers boleh layari web tu.. Seperti yang penulis janjikan, segalala persoalan2 yang diajukan pada penulis, akan penulis jawab satu persatu.. Tapi dalam entry yang berlainan.. Kebanyakan soalan yang penulis dapat dihantar ke emel penulis terus.. InsyaAllah penulis akan jawab semua ye sahabat.. Mungkin mengambil masa sikit.. Maaf sebab menyimpan lama dalam inbox emel tanpa jawapan.. Penulis akan jawab di blog sebab kebanyakan berkaitan dengan ilmu semasa.. Jadi, kita boleh share sama dengan readers kan.. J Hanya yang tertentu sahaja penulis akan jawab melalui emel..

Eh.. Dah panjang ke penulis taip..? A’ah laa.. Dah panjang rupanya text penulis kat atas tu.. Dah banyak penulis berceloteh.. Tidak sedar pulak.. Tu sebab simptom2 rindu dan gian menulis tu.. hee~

Setelah lama diletakkan sign dalam diri ‘my heart in cage’..Harini penulis nak cari satu ketenangan untk diri penulis.. Penulis nak pegi cari pantai bagi menenangkan dan mendamaikan hati ini.. Nak lepaskan kehendak dalam hati.. ~rindukan ketenangn Ilahi~ Penulis nak tukar title kepada ‘freedom’.. Nak cari air kelapa.. Nak cari makanan.. Makan tepi pantai..

Ok, masa dah tiba.. Mohon diri dulu.. Desiran bayu pantai yang menyentuh lembut sedang menunggu.. Deruan ombak sedang menggamit hati.. Lambaian pohon ru yang rendang dan pohon kelapa sedang melambai diri.. Sentuhan ciptaan Ilahi sudah berlegar di mata penulis kini.. Kehadiran sunset yang pasti menjanjikan kedamaian pada hati.. Sape nak join.. Jom ikuti.. ^_^


2 comments:

ibnuasyraf said...

salm. thank u sbb sudh mask kmbli ke dnia blog dgn pnulisan2 awak. awk suka pakai abaya? jgn lupa jwb soalan sy. smoga allah bg kejayaan pd usaha awk slmt bgembira.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Wsalam..
Sama2.. InsyaAllah saya cube coretkan penulisan semampu mgkn.. InsyaAllah juga sy cube jawab soalan awk, mudahn blh share ilmu.. tp sy perlukan masa.. Yes, sangat berminat dgn abaya (pakaian arab).. Thanks..

Related Posts with Thumbnails