.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, February 21, 2010

Lensa dari dapur..



Adalah menjadi satu penyebab kenape nak makan itu.. nak makan ini.. Biasala, dah nak balik ke kampus ni, nak makan masakan yang kita suka, nak makan masakan dari air tangan mak la.. Kalau balik kampus xleh masak dah kan.. Ulang alik ke cafe je.. Agak membosankan la jugak gitu.. So, petang tadi, sempatla penulis buat beberapa biji kek.. Menu lain nasi impit kuah kacang dan sambal ayam serta char kuey teow.. Hari tu 'sefamily ' turun ke dapur.. Adik2 menjadi pembantu penyibuk, orang buat kek, diorang pun nak sibukkan diri.. Ayah penulis jadi penonton setia je..

Disebabkan ade sorang sahabat penulis ni nak resepi kek coklat moist (kukus) ni, penulis coretkan dan kongsi di sini... So, sahabatku yang jauh nun dan readers yang rajin tu bolehla try di rumah ye..

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila dan pukul lgi.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil. .Then kukus 45 minit...Dah masak sejukkan dulu..
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler... Then bleh la curahkan ke atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah macam mane yang anda suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Daoh siap...bleh la makan....
  7. SeLaMat MeNcUbe....
Gambar diatas ditaja oleh adikku..
Hihi. Credit buat adik penulis sebab rajin betul ambik gambar..
Setiap sudut dia ambik.. So, tu yang penulis rajin masukkan gambar di atas..
Ok, selamat mencuba..



2 comments:

papoki said...

wahhh
nampak sedap!!
suke2~
nk cube la nt..hehe

suhaila_annur said...

ehee..
Cube ye..
Kalau berjaya, tepuk tangan untuk diri.. Tanda berjaya...
Selamat mencuba.. ;)

Related Posts with Thumbnails