.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, February 16, 2010

BBQ + Kenduri + Rehlah.


~Traffic light sentiasa green..~

Ape kene ngan title kat atas tu.. Hmm.. Bukan ape, traffic light sentiasa green coz sejak dari balik rumah hari tu blum rehat2 lagi.. Sampai malam Jumaat, pagi sabtu dah parent plan buat BBQ malam tu.. So, kene cari brg2, kemas2, siap2 sume.. Sepupu2 dan sedare2 plak datang dari jauh petang tu.. Langkah kananla wahai saudara2ku.. ber'BBQ' ramai2 baru best.. Meriah kan..

Dah settle BBQ malam tu, timbul plak lagi satu plan.. Nak buat kenduri pulak esok.. Penat lagi.. Pagi tu keluar cari barang ngan parent then tengah hari tu start masak.. Nak masak untuk beratus orang, time tu enegy dah macam ade 50% je.. Tengah sibuk2 kat dapur, para sepupu penulis pulak buat kacau.. Aduh.. Ape lagi, time tu dapat idea nak kenekan balik.. Penulis kerah semua tenaga my cousins untuk tolong masak skali.. Potong bawang, potong sayur and etc la.. Xkire, walaupun my cousins sume laki, penulis pakse masak jugak.. Riuh rendah dapur tu.. Hehe.. Baru padan muke kan.. sape suro kacau sangat.. Ringanla sikit keje.. hee~ Alhamdulillah kenduri malan tu berjalan lancar dengan izin Allah.. Pukul 1pagi baru settle semua.. Bateri dah low sgt2 dah time tu.. ~kembalikan masa rehat saya~

Pagi keesokannya pula.. Awal2 pukul 7 pagi dah buat plan baru nak pegi rehlah kat air terjun pulak.. Ya ampuun, lagi sekali letihla nampaknye.. Kene masak lagi pagi tu coz nak bawak bekal makan kat sane.. Tp penulis tolong yang termampu je sabab penulis sendiri dah sakit kepala sampai ambik ubat ponstan yang paling kuat.. Nak buat keje my mum xkasi.. Dipaksa rehat dulu.. Rehlah ni konvoi ramai2.. 4 keluarga pergi.. Rehlah pilihan adalah di air terjun Kuala Kubu Baru.. Kat situ kawasan bukit, sebelum sampai kat sane, akan lalui empangan dulu.. Jalan kat sana macam nak ke Genting Highland.. Subhanallah.. Sungguh cantik kawasan tu.. Xpercaya? Ok, jom tengok gambar kat bawah ni..

Subhanallah.. Cantik kan..

Dah sampai kat tempat air terjun, mesti makan dulu.. Anak2 kecil dah xsabar nak mandi.. Dah habis makan sume pakat serbu air.. Tu lah karenah si kecil.. Sepupu yang dah besar sibuk nak panjat naik ke puncak bukit.. Apepun, sempurnakan ibadah yang wajib dulu.. Di sana, xde disediakan kemudahan surau, kelengkapan solat pulak penulis terlupa nak bawak.. Masa tu la boleh dipraktikkan guna rukhsah, guna apa yang ada.. Rukun solat bukanlah pada kain telekung atau pakaian khas solat.. Ramai yang beranggapan nak solat mesti kena ada telekung.. Xbermakna tidak ada, xleh solat.. Pakaian yang menutup aurat sudah mencukupi.. Asalkan menutup segala anggota yang wajib ditutup.. Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan..

Lepas solat, penulis pun turunla ke kawasan air terjun.. Ambik udara segar.. Barula kurang sikit sakit kepala.. Dengar deruan air yang mengalir.. Angin bayu yang menyapa lembut.. Sungguh tenteram dan mendamaikan jiwa.. Ketenangan hadir dalam hati tanpa perlu diketuk.. Ni barula rehat yang sebetul2nya.. Menikmanti keindahan Ilahi.. Subhanallah..

Jam menunjukkan hampir pukul 5.30 petang.. Semua berkemas sebab nak singgah di empangan. Tapi hampa, sebab empangan tu ditutup sempena raya cina.. Di seberang empangan tu ada sesuatu yang menarik.. Nak tau, ade air bukit yang tersangatla fresh.. Ramai yang berhenti bawak botol untuk tadah air bukit tu.. Pada pengamatan penulis, datangla waktu mana pun, mesti ada orang kat situ.. Kadang sampai bawak botol penuh 1 kereta.. So, kami pun berhentila untuk merasa jugak.. Yang menariknya, air tu mengalir dari dalam batu.. Untuk kemudahan, pihak tertentu buat paip untuk memudahkan tadahan.. Itulah kekuasaan Allah.. Rezeki yang Allah kurniakan.. Tidak kira di mana2, rezeki pasti ada.. Cacing yang ada dalam batu pun boleh hidup lagi, inikan manusia yang dikurniakan segala kesempurnaan dan kelebihan.. Allah telah hamparkan bumi ini seluas2nya sebagai tempat untuk mencari rezeki.. Ok, jom lihat gambar lagi..



Tadahan air bukit yang fresh..

2 comments:

n a n a said...

amboi..sakan2~
sampai ati x ajak nana=(...huhu

suhaila_annur said...

Hehe..
Camane nak ajak nana..
Jauh nun di utara.
Kalau kat sini2 je, cnfirm su dah ajak dah..

Related Posts with Thumbnails