.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, December 5, 2009

KITA SEBENARNYA...............


KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.


KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.


KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.


KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.


KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pejuang Islam.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.


KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.


KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-Quran.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.


KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.


KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. Tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita, kita lebih suka menjawab..


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.. tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

'Yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu dan barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab'.

(surah al-mu'min)

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


2 comments:

Nabil Norhalim said...

sungguh mengisafi hati..itulah nafsu dunia..yang seronok lebih cenderung banyak kepada kebatilan..sama-sama memandu hati..syukran..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Betul..
Manusia rakus menjamah santapan yang disediakan di dunia tanpa menyedari dunua ini hanyalah sementara dan akhiratlah yang kekal abadi..
Sama2 doakan..

'Afwan..

~teriman kasih ats kunjungan anda ke blog ini~

Related Posts with Thumbnails