.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, May 11, 2009

Sanggupkah Anda??


Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.

Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya.Tanpa berlengah segera si anak menyinsingkan lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.

"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.
"Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu dijamak takhir dengan Isyak nanti."
Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
"Ya Allah! begini mulia rahmatMu mengurniakan hambaMu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! Dan membalas budi,. Aku bersyukur padaMu.... Aku bersyukur padaMu Ya Allah!" Sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.......

Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Hadis Nabi saw :"Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"

Duhai remaja yang dikasihi, taatilah kedua ibu bapamu dalam apa jua keadaan.. Dalam apa jua situasi.. Berbaktilah kepada mereka semaksima yang mungkin sebelum mereka tiada, sebelum mereka hilang dari pandanganmu.. Tatapilah wajah mereka dengan pandangan yang sarat dengan kasih sayang. Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa..

4 comments:

izzuddin said...

i want to b anak soleh jugak!!..hehe..SELAMAT HARI IBU!!

Suhaila_annur said...

Su doakan mr Izzuddin jadi anak yg soleh.. Amiin.. =) Yg penting, sentisa mohon keredhaan ibu bapa.. Lakukan sesuatu yang boleh membahagiakan hati ibu bapa dan mampu ukir senyuman mereka... Ala, su yakin abg ni anak yg baik kan3.. Hihi..=)

umar_khalil said...

dlu mak slalu tny abg,,"abg cita2 nak jadi ape?abg nak jd anak soleh mak"..abg jwb dgn yakin.

abg teringat satu riwayat,,ada sorg sahabat berjumpa saidina abui umar ibn khatab pd musim haji.."ya amirul mukminin,,aku mempunyai seorg ibu yg lumpuh,aku dukung ibuku ketitka tawaf,,aku pikulnya ketika saie,,dan aku kutipkan batu utknya ketika jamrah,,adakah amalanku ini dapat membalas jasaku terhadap ibuku?amirul mukminin menjawab,,"tidak sama skali,walaupun membalas senafas sakit ketika melahirkanmu"..

dlm hadith rasul saw pula,,ade menyebut,,ketika dtg seorg pemuda"ya rasulullah,,izinkan aku berperang dijalan Allah,maka rasul saw menjawab,,adakah kamu mempuanyai ibu?jwb pemuda,"ya!,,rasul berkata,,"balik lah,sesungguhnya syurga itu terletak dibwh telapak kaki ibu"..

ibu..hurmm...antara insan yg keramat doanya....

Suhaila_annur said...

Abg dahpun jd anak soleh dan permata hati parent abg.. Yakinlah.. Bisikkan dan lontarkan kata2 positif pd diri abg.. Niat yg baik akan dipermudahkan jalan.. Teruskan usaha berbakti pd ibu abg.. Lakukan sesuatu yg mampu buat dia tersenyum.. Sejuk perut ibu yg mengandung.. Ibulah harta yg paling berharga dunia akhirat.. Salam ukhuwahfillah..

Related Posts with Thumbnails