.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, May 25, 2009

Bersantai dalam penawar..

Salam Mahabbah.. Salam Ukhuwah dan Salam Perjuangan buat sahabat2.. Hari ni kita nak bersantai je.. Maka bahasa pun agak bersantai dan bersahaja.. Kite gune ‘bahase belacan’.. Hihi..

Daripada sebuah hadis Qudsi yang mana firman ALLAH SWT yang bermaksud,"Wahai manusia,janganlah kamu sekali-kali cuba melaknat mana-mana makhluk yang Aku buat dengan kudrat Aku sendiri. Nescaya laknat kamu kepada ciptaan Aku itu akan membinasakan diri kamu sendiri."

Allah telahpun memberitahu bahawa apa saja ciptaanNya, kita jangan cuba mempertikaikannya. Samada benda yang diciptaNya itu boleh kita lihat dengan mata ataupun yang tak boleh lihat dengan mata tapi boleh rasa atau boleh dengar dengan telinga sahaja. Kesemua jenis-jenis ciptaan ALLAH ni, kita tak boleh protes. Oleh sebab itu, samada kita suka ataupun kita tak suka, kita kena redha.

Sebagai contoh, kalau Allah kata bahawa sehari semalam kene solat 5 waktu, kita tak boleh protes, kita kene solat sehari semalam 5 waktu jugak.Kalau Allah kata bahawa dalam bulan Ramadan kita kene puase 30 hari,maka tanpa protes, kita kene puasa 30 hari jugak.Kalau Allah kata bahawa sebagai seorang yang sudah mukallaf, kita kena tutup aurat, maka kita mesti kena tutup aurat tanpa sebarang komplen kepada Alah.. Kalau pakai baju sampai nampak bentuk badan,tu bukan tutup aurat tu.. Sekarang ni banyak trend pakai baju lengan pendek, pastu pakai handsock. Dah alang2 tu, baik beli baju lengan panjang terus. Pakai handsock tp berlengan pendek samela macam xtutup aurat.. Nampak bentuknya jugak.. Pelik betulla manusia ni.. Samalah juga, kalau Tuhan kata tak boleh menari, maka kita tak bolehla menari. Mane boleh komplen. Tak perlu pegi masuk Sehati Berdansa or yang sama waktu dengannya.. Betul x kawan2?

Jadi di sini, Allah nak bagitau bahawa semua yang Allah buat, kita tak boleh komplen, termasuklah semua hukum hakam Allah dan semua perintah Allah, samada yang fardhu ataupun yang sunat, manusia kena terima tanpa ada rasa nak protes.

Kata ALLAH, "Wahai manusia, sesungguhnya kamu boleh tengok dengan mata kamu bagaimana 7 petala langit di atas sana,ditegakkan oleh ALLAH diatas udara tanpa sebatang tiang pun.Dan benda itu ditegakkan dengan salah satu daripada nama-nama Aku."

Nama ALLAH yang dimaksudkan itu ialah sifat KuasaNya.Dengan hanya satu sahaja sifat yang ALLAH tunjukkan, maka 7 petala langit takut, lalu kaku di angkasa raya sana.
Tapi kata ALLAH, "Tetapi hati kamu (manusia) tidak mampu tunduk kepada Aku, walaupun dibawa seribu pengajaran dalam kitab Aku."

Bayangkan sahabat2, yang dikatakan langit tu, punyela luas, tapi Allah hanya tunjukkan satu sahaja sifat Dia, maka langit itu pun stay di atas udara sana. Tetapi yang dikatakan hati manusia ni pulak, tak boleh nak tunduk kepada Allah walaupun dah beribu pengajaran yang Allah tunjukkan di dalam Al-Quran.

Di muka bumi ni, dalam beribu-ribu makhluk Allah, yang selalu buat mungkar kepada Allah ialah dua jenis makhluk ni, iaitu bangsa manusia dan bangsa jin. Kedua-dua bangsa ni lah yang buat dunia habis bercelaru. Kalau manusia tak cari pasal, geng jin ni pulak yang cari pasal. Pi sampok orang ni, pi kacau orang tu.

Kemudian,kalau jin tak cari pasal, manusia pulak yang pi cari pasal. Ade je hal yang timbul. Oleh sebab inilah, apabila mula-mula Allah nak buat Nabi Adam a.s. Allah tanya pada malaikat, "Bagaimana pandangan sekalian Malaikat dengan manusia yang akan Aku cipta?" (kata contoh berbalik)...Lalu kata malaikat,"Kalau buat manusia, bertumpah-darahlah manusia di muka bumi ini."

Daripada sumber mana malaikat tau, walhal Allah belum lagi buat manusia time tu?..Maka kata para ulama’ bahwa sebelum diciptaNya Nabi Adam, ada satu angkatan jin yang duduk di muka alam ini. Yang mana, daripada cara hidup golongan jin ni lah,maka para malaikat membuat rumusan bahwa depa ni lah yang menjadi perosak alam ini. Sepertimana Allah sebut,"Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka." Dan kata Allah lagi,"Kami akan perosok ke dalam neraka itu, yang kebanyakkannya ialah bangsa jin dan bangsa manusia."

Yang dikatakan jin ni pun, ada yang tak mau solat, maka serupa dengan manusia jugak. Menurut ustaz, ada diceritakan dalam sebuah hadis dhoif tentang perangai jin yang memang suka kacau manusia, lebih-lebih lagi dalam majlis. Contohnya bagi mata layu supaya orang rasa mengantuk, bagi lenguh lutut, usik perut kita bagi lapaq, bagi telinga nipis, kacau pemikiran supaya bertindak tak tentu hala; maka jin seperti ini akan masuk neraka.

Maka kata ALLAH SWT, "Hati manusia ni,walaupun bawa mai seribu satu macam punya pengajaran dalam Quran sekalipun,hati manusia tidak akan berubah.Tetap dua bangsa ni (manusia/jin) nak lawan Tuhan juga." (adaptasi kata berbalik)

Allah kata benda tu haram, tapi jin ni nak buat benda tu jugak. Allah kata jangan kacau manusia, tapi jin nak kacau manusia jugak. Allah kata jangan kacau jin, tapi manusia nak kacau jin tu jugak....Allah kata jangan menari, manusia nak jugak menari.. Sampai buat program realiti Sehati Berdansa la, macam2 lagi...amboiiii! Nauzubillahi min zalik.

ALLAH kata, "Wahai manusia,sepertimana tidak akan lembut batu dalam air; demikianlah juga tidak akan lembut kerana pengajaran bagi hati yang keras."

Allah nak bagi tau bahawa walaupun bawa mai Rasul/Nabi sekalipun,tapi kalau dah jenis hati keras ni, depa tidak takut juga kepada Allah. Sebagai contoh, sahabat-sahabat boleh tengok dalam sejarah. Allah bawak mai Nabi Muhammad s.a.w. untuk bagi penerangan kepada Abu Jahal/Abu Lahab. Masakan Nabi s.a.w dok terang kat depa ni pun depa tak pecaya, inikan pulak kita nak pi terang kat depa-depa yang se'perangai' dengan Abu Jahal/Abu Lahab. Adakah depa-depa ni akan percaya cakap kita? Melainkan dengan hidayah daripada Allah.. Kadang2 kita kena saiko sikit pemikiran orang2 macam ni.. Sebab tu ilmu tu penting.. Gunakan kebijaksanaan yang ada.. Ikut contoh nabi yang sentiasa berdiplomasi..

Nabi s.a.w pi terang Quran kat depa,tapi depa boleh lawan balik Nabi s.a.w..Cuba sahabat-sahabat tengok,betapa kerasnya hati Abu Jahal/Abu Lahab ni. Maknanya, depa ni memang Tuhan tak mau bagi hidayah. Maka sengsaralah mereka ni dunia/akhirat. Tapi untuk hati yang lembut pulak, sudah cukup dengan hanya membaca ayat-ayat Al-Quran sahaja,hatinya sudah rasa nak tunduk kepada perintah ALLAH SWT.

Kata ALLAH: Wahai manusia, macamana kamu boleh mengatakan yang kamu ini hamba Allah? Sedangkan pada masa yang sama, kamu lawan Allah pula. Dan bagaimana pula kamu boleh mengatakan bahawa satu hari nanti Allah akan uji kamu dengan tibanya mati, tiba-tiba kamu tidak mahu mati. Macam mana blh jadi macam tu?" (kata berbalik)

Allah tanya kita sahabat-sahabat. Dah pi mengaji merata dah.Dah baca tentang benarnya kematian itu, banyak dah.. Tapi pasai apa kita takut nak mati?
"Kamu guna lidah kamu untuk bercakap benda-benda yang kamu tak dak ilmu tentang benda-benda tu, sedangkan kamu rasa benda tu kecik.Tapi sebenarnya benda itu besaq di sisi Allah."

Kita kalau nak bercakap apa pun, biarlah yang kita tahu. Kalau mai jenis yang kita tak arif, tak perlula cakap. Diam itu lebih baik.. Kalau kita yakin yang kita ada ilmu tentang topik perbincangan itu,maka barulah kita boleh buat perbahasan.

Di dalam sebuah hadis Qudsi yang lain,ALLAH SWT berfirman, "Wahai manusia, seribu satu pengajaran telah Aku berikan kepada kamu. Dan wahai manusia, Aku sudah bagi penawar, yang penawar itu boleh menyelamatkan seribu satu penyakit hati manusia."

Kita sebagai hamba Allah,jangan pula nanti pi ungkit kata Allah tak bagi pengajaran. Padahal, Allah telah pun memberi pengajaran kepada kita. Samada pengajaran dalam bentuk ilmu ataupun pengajaran dalam bentuk lain yang Allah tunjukkan kejadian di depan mata kita. Inilah yang dikatakan manusia, kita kerap lupa, yakni Allah dah lama bagi pengajaran demi pengajaran kepada manusia ni.

Umpamanya, Allah turun bala ke atas Turki, adakah itu bukan pengajaran untuk manusia? Allah bawa mai kesusahan di Bosnia, adakah itu bukan pengajaran untuk manusia? Allah bagi kawan karib kita yang tadinya sihat elok, tiba-tiba jadi sakit dan kemudiannya mati, adakah itu bukan pengajaran daripada Allah untuk kita? Daripada kita senang, Allah bagi kita jadi susah. Daripada tak cerdik, Allah bagi kita jadi cerdik. Itu semua adalah contoh-contoh pengajaran daripada Allah, dan itu semua adalah ubat untuk orang-orang yang perlukan rawatan hati mereka.
Kata ALLAH, "Kenapalah kamu hanya berbuat baik kepada orang yang buat baik kepada kamu sahaja." Awat tak boleh baik dengan semua orang? Kenapa dalam masalah 'buat baik' ni, kita memilih orang yang tertentu sahaja untuk kita buat baik? Orang yang mai dengan kereta besaq kita boleh layan elok, tapi orang yang mai dengan basikal, kita buat layan tak layan je, awat kita buat macam tu?

Allah tanya manusia lagi,"Kenapa kamu tak boleh buat baik kepada semua orang? Kamu hanya buat baik kepada orang-orang yang sudah lama buat baik kepada kamu. Dan kenapelah kamu hanya berhubung dengan orang yang sudah berhubung dengan kamu? Kenapa kamu tak boleh berhubung dengan semua orang? Kenapa kamu beri makan kepada orang yang sudah beri makan kepada kamu? Kenapa kamu tak boleh bagi makan kepada semua orang? Kenapa kamu pilih orang yang tertentu sahaja untuk bagi makan? Kenapa kamu tidak memaafkan orang yang datang untuk meminta maaf daripada kamu? Kamu masih nak mempertahankan kesombongan/keegoan kamu juga?" (kata berbalik)

Kata ALLAH, "Sesungguhnya, diantara seorang dengan seorang yang lain, tidak ada langsung kebajikan. Tidak ada langsung kelebihan melainkan taqwa di dalam dadanya sahaja."

Sahabat2..
Di antara orang yang naik basikal buruk dengan orang yang pakai Mercedes, tak dak bezanya di sisi ALLAH SWT, melainkan Allah hanya tengok hati yang bertaqwa sahaja. Oleh sebab itu, kita yang dalam golongan orang susah ni, janganlah dok kecik hati bila tengok orang lain yang Allah bagi harta kekayaan pada dia sebab Allah tak pandang dia punya kereta besaq/ rumah besaq/ pangkat besaq, tapi yang Tuhan pandang ialah hatinya yang bertaqwa.

Barakallah.. =)


2 comments:

Anonymous said...

wah bahasa yang santai...macam buku dr.hm tuah pulak dalam buku motivasi dia..hehe..apa pun teruskan lah perjuangan su ye dalam bidang penulisan..err, tahniah dapat novel dari ayah!!..hehe..haa..tu hadiah dari tuhanku yang maha best lah tu..hehe. juga seklaigus hadiah who wants to b a ceria one!!..ok!!:)

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Hihi.. Mane bleh tanding ngan dr. hm Tuah tu.. Die hebat.. INSYAALLAH.. Thanks.. hihi.. Doakan su.. Syukur.. Ayah nak membantu minat membace dalam diri anak2 die tu.. Aih, macam knal je 'who wants to be a ceria one' tu.. Adaptasi tu.. Wujud lg dalam hp.. Ceria2 ye.. Terusakn perjuangan anda =)

Related Posts with Thumbnails