.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, April 19, 2009

Debaran Imtihan..


Ya Allah..
Permudahkanlah kami,
permudahkanlah sahabat2 yang ku kasihi menduduki imtihan duniaMu..
Jadikanlah debaran di jiwa kami disebabkan risau sekiranya gagal melamar RedhaMU.. Dengarilah rintihan kami yang sanggup besusah payah demi ilmuMu.. Terimalah air mata kami sebagai penyejuk kemurkaanMu.. Belailah jiwa kami di saat kami terkulai lemah agar terhindar kami dari mengharap selain daripadaMu..

Ya Allah Yang Maha Pengasih..
Peliharalah kami.. Palingkanlah perhatianMu kepada kami dunia dan akhirat.. Redhailah Ilmu kami, Iman kami dan amalan kami.. Jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang menjadi kekasihMu.. Daku dambakan belas kasih dariMu.. Kekalkanlah kejayaan kepada kami dunia dan akhirat..

Kurniakanlah kejayaan kepada kami dalam Imtihan yang akan dihadapi..

Amin.. Ya Rabb..




0 comments:

Related Posts with Thumbnails