.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Assalamualaikum w.b.. Semoga pembaca-pembaca semua dalam naungan Rahmat Allah..

Rasanya sudah lama tidak update blog.. Bemula dari beberapa hari sebelum penulis menghadapi imtihan sehinggalah sekarang, dah masuk Awal Muharram. Hampir sebulan pada perkiraan penulis, Sudah cukup di tahap maksimum rindu penulis pada dunia blog ni. Walaupun imtihan dah beberapa hari habis, namun atas kekangan dan beberapa urusan yang lebih penting maka tidak dapat juga penulis update blog ni. Banyak perkara2 yang berlaku dan story mery yang nak dikongsikan. Ok, penulis abaikan dulu story2 tu. Nanti ada masa penulis akan update ya.

Sekarang, sudah pun masuk ke tahun baru Hijrah (Muharram) seusai masuknya azan maghrib tadi. Jadi, di kesempatan ini penulis ingin memohon maaf atas segala khilaf sepanjang penulis berkecimpung dalam dunia blog ni. Mana tahu kalau2 ada entry yang membuat pembaca2 terasa hati samada di alam maya atau di alam nyata, penulis mohon maaf.. Ini dikira entry baru Awal Muharram setelah beberapa lama jari ini tidak menaip untuk penulisan di blog. Semoga pembaca2 semua dirahmati Allah, dalam keredhaan Allah dan dimurahkan rezeki.

Di Awal Hijrah ini juga, meh sama2 kita tanamkan azam baru.. Mana2 azam lama yang belum dilampiaskan tu, usaha mencapainya dan azam2 baru yang dibina tu semoga kita dapat laksanakan dalam masa yang dirancang. Niat yang baik InsyaAllah dipermudahkan Allah.. =)

Doa akhir tahun..


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Awal Tahun..

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails