.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, December 17, 2010

Berapa luaskah alam ini?


Semalam semasa penulis meneliti ‘perpustakaan mini’ keluarga, penulis terlihat ada satu buku yang menarik perhatian penulis. Buku tersebut ayah penulis yang buat typesetting, di mana sebelum ni penulis ada juga follow up buku tersebut sebab isi kandungannya telah menarik perhatian penulis. Penulis buku tersebut merupakan pensyarah penulis dahulu semasa penulis berada di sem 3, subjek Faraid. Belia adalah Dr. Salleh Islmail Yusuf Al-Muti’e dan buku beliau bertajuk ‘Mukjizat A-Qur’an & Fakta-fakta Saintifik’. So, penulis cadangkan untuk readers beli buku ni. Banyak maklumat yang kita tidak ketahui sebenarnya.

Pada penulis, sains mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan agama. Semuanya telah diceritakan dalam al-Qur’an dan kebenarannya pasti. Hanya kita yang tidak mengkaji.

- Sains menjawab pertanyaan “bagaimana”, sedangkan agama menjawab pertanyaan “mengapa”.

- Sains berurusan dengan fakta, sedangkan agama berurusan dengan nilai atau makna.

- Sains mendekati realiti secara analisis, sedangkan agama secara sintesis.

Ok, now penulis nak ceritakan sedikit tentang alam iini berdasarkan kefahaman dan pembacaan penulis semalam.

Planet-planet matahari, bumi, bulan dan lain2 berada dalam sekelompok ‘galaksi al Labaniyyah’ yang dianggarkan berjumlah seratus juta buah bintang banyaknya atau mungkin lebih dari itu. Di angkasa langit Allah ni, dianggarkan terdapat lebih daripada 100 juta galaksi, galaksi tu setiap satunya berjumlah tidak kurang dari seratus juta buanh bintang banyaknya. MasyaAllah!

Aggaran jarak antara satu galaksi dengan satu galaksi lain pula lebih kurang 80,000 hingga 100,000 ‘tahun pergerakan cahaya’. Readers bayangkan, mengikut satu pendapat, kelajuan cahaya bergerak ialah selaju 9,416 juta kilometer dalam tempoh ‘satu tahun cahaya’ atau dianggarkan bergerak sejauh 300,000 kilometer dalam tempoh 1 saat. Kalau macam tu lah, cuba bandingkan berapa jauhkah jarak antara satu objek dgn satu objek yang lain jika jarak antara mereka ini sejauh 80,000-100,000 tahun ‘pergerakan cahaya’ jaraknya.

Manakala jumlah objek-objek besar di angkasa pula dijangka terdapat hingga ratusan billion buah galaksi yang ada di angkasa Allah itu. Maka, jika nak dikirakan, berapa luaskah alam yang Allah cipta dan miliki ini?? Sudah tentulah jawapan yang tepat kepada soalan ini hanyalah Allah sahaja yang tahu kan. Manusia sudah pasti tidak akan menjumpai jawapan yang tepat kepada persoalan ini. Sebab? Sebab x mungkin manusia mampu dan mustahil boleh menjelajah ke segenap sudut alam angkasa Allah ini kan.

See readers, terbuktilah Allah itu maha berkuasa. Sehingga kita tidak mampu meneroka perkara tersebut, Itu semua menjadi rahsia Allah. Begitu luas alam ini, Subhanallah, Allah maha Besar. Kun fa ya kun. Maka jadilah.

Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah. Kita hanya insan yang kerdil dan segalanya hanyalah pinjaman daripada Allah. Bayangkan jika Allah mengambil 1 anggota yang diberi pinjaman kepada kita, contoh Allah ambil kembali ibu jari. Bagaimana kita nak lakukan kerja seharian? Kerana semua jari lain bergantung kepada ibu jari. Fikir-fikirkanlah.

Letupan Supernova SN yang berlak di Nebula Tarantula

(sekadar perkongsian)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails