.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, December 9, 2010

MAHA 2010


Next entry after lama bersara.. Bersara..? Hehe.. Lama penulis biarkan blog ni berusang kan.. Ok.. Kali ni penulis nak ceritakan tentang perjalanan dan pengalaman penulis ke MAHA 2010. Sebenarnya penulis sampai ke KL pada pagi Jumaat jam 6.30pagi.. Pagi tu parent penulis ajak keluar ke KL.. Before that, mestilah kami breakfast dulu di luar, terus ke penerbit dan selesaikan urusan kerja dulu. Then solat Jumaat di Masjid UPM. After solat Jumaat terus penulis dan family ke MAHA 2010. Ok, let’s go dengan story..

MAHA 2010 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show). Pameran ini merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung diadakan Malaysia.. Ditaja oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA yang diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang.. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin juga di Asia. Hebat kan.. Kalau pergi hari minggu sudah tentulah jalan sesak. Jadi, no choice. Penulis pun ajak family dan menggagahkan diri juga untuk pergi pada hari Jumaat, waktu bekerja untuk elak dari kesesakan.

Bermula dari jam 2 petang sehinggalah jam 8.30 malam penulis dan keluarga bermastautain dan tawaf di sana. Luas! Itupun xhabis kami jalan. Ada lagi beberapa tempat yang kami belum jejaki. Di sana disediakan bas dan juga tram FOC je. Tidak melepaskan peluang, kami sekeluarga cuba menaiki bas khas yang disediakan. Disebabkan penulis tidak pernah naik bas rapid (hehe, akibat daripada larangan keluarga), maka kami sekeluarga pun mencubalah menaiki bas. Memang semua kena naik bas untuk ke sana pun, kenderaan lain tidak dibenarkan masuk. Hala pulang, kami menaiki tram. Nak beratur naik bas/tram tu punyalah panjang. Nasib baik banyak trip yang disediakan.

Ok, dari terminal pertama nak ke terminal kedua kena naik bas/tram tau sebab jaraknya agak jauh. Satu kerugian bagi sesiapa yang berada hampir dengan serdang tapi xpegi. Masa penulis berada di surau sana, penulis cuba borak dengan makcik2 di situ, bila ditanya ada yang datang dari Melaka, Johor, perak dan merata tempat semata-mata nak datang ke MAHA.

Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti. Penulis dapat lihat pelbagai demonstrasi diadakan. Sangat menarik! Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Antara products, services, research & technology adalah:

PRODUCTS

· Agriculture (fresh produce- from farms to table)

· Fruits and vegetables

· Plant materials

· Meat, poultry and dairy products

· Cereals and grains

· Aqua, fish and seafood-based products

· Floriculture and landscape products

· Forestry products

· Root-based products

· Palm-based products

· Herbs and spices

· Nutritional food supplements

· Pharmaceutical products from medicinal plants

· Handicraft

SERVICES

· Franchise Development

· Financial Services

· Marketing logistics, trading and distribution

· Trade promotion

· Marketing communication services e.g. advertising, media

relations, consultancy, infotainment

· Certification and accreditation

· Tourism e.g. farm and home stays, orchard tours

· Intellectual Property (patents, trademarks etc)

· R & D in agro-based products

· Halal product marketing & distribution

· Ministries

RESEARCH & TECHNOLOGY

· Mechanism & automation

· Agro environment management / remedition

· Nano-Technology

· Melocular and Bio-Technology

Ok, di atas dah pun disenaraikan. Sepanjang perjalanan penulis di sana, setulusnya memang penat. Tapi best sebab kenyang, puas hati, apa yang nak tengok semua dapat, apa yang nak tahu semua dapat. Pendek kata, semua completelah! Mana tak kenyangnya, sepanjang perjalanan dalam dewan makanan polular tu, asyik orang bagi makan je kan. FOC. Semua boleh rasa. Yang puas hatinya, dalam dewan makanan popular tu penulis jumpa orang yang menjual makanan dari Makkah. Jadi, apalagi! Penulis pun memborong kurna 2,3 jenis, halwa susu unta, madu and etc lah.. Makanan macam tu kalau penulis jumpa kat mana2 pun, mesti penulis beli. Bukan senang nak jumpa tau. Itu yang penulis borong habis-habisan, untuk buat stock dalam tempoh yang panjang. Hehe.. Makanan berkualiti macam tu jangan dilepaskan.

Tempat yang paling best, tempat binatang ternakan.. Haa.. Kat sana kami adik beradik ni teruja dengan rabbit. Habisla rabbit ni digomel kami. Macam2 binatang yang pelik2 kat sana. Ada kambing kacukan nama Limousine. Ada juga lembu kacukan nama Charolais. Pelik kan nama, macam nama bintang antarabangsa tu… hehe. Yang pastinya semua menarik perhatian. Nanti penulis upload pics, so bolehla readers tengok ye. Berjalan2 sampailah waktu maghrib.. Memang enjoy habis kami sekeluarga hari ni.

Ok, time maghrib penulis berada di terminal kedua. Jadi, ini menandakan penulis dan keluarga perlu mencari surau untuk solat di sini.. Ok readers, di sini ada beberapa perkara yang penulis tidak puas hati. Guess what?? Surau! Surau di sini sangat tidak memuaskan. Kenapa? Sebab kemudahan untuk surau sungguh tidak dijaga. Kotor, tiada paip ambilk wudhu’, terpencil, xde kain telekung, xde sejadah, malah tiada tanda2 sebagai sebuah bangunan surau sedikitpun. Bayangkan. Tempat lain boleh buat cantik2. Kandang kambing, lembu pun siap ada kipas lagi. Tempat ternakan itik, ayam pun siap ada air-cond. Kenapa tempat solat xde semua tu. Bukan penulis mintak nak kemudahan camtu semua, sekurangnya ada tikar buat lapik. Ini tidak, lantai berselut, kotor. Macam mana nak solat?? Sedangakn majoriti di sana adalah dari kalangan umat Islam. Mahu tidak mahu, terpaksalah kami bersolat dalam keadaan darurat. Nasib baiklah pakaian lengkap menutup aurat dan boleh dibawa untuk solat tanpa kain telekung. Kalau yang tidak lengkap tu macam mana? Ini yang penulius betul2 tidak puas hati. Penulis dah pun usulkan surat ke pihak atasan dan berwajib, harapnya selepas ni ada tindakan yang diambil dan membawa perubahan di masa akan datang supaya perkara macam ini tidak berulang lagi.








Ini hanya sebahagian gambar.
Untuk melihat gambar lebih banyak, boleh lihat di facebook penulis.
Banyak gambar2 menarik penulis masukkan di sana.

2 comments:

SITI MASTURA said...

sedih xsempat pegi pon maha padahal dekat sgt ja...huk3

Ummul Syaukatul Suhaila said...

La tahzan dear.. Next year ade rezeki boleh pegi ye.. =)

Related Posts with Thumbnails