Semalam, selepas penulis sekeluarga menghadiri satu feast perasmian rumah banglo baru saudara penulis, kami terus mencari lokasi untuk bersantai bersama keluarga. Asalnya my parent nak bawa adik dan anak-anak saudara ke swimming club di Sterling sebab dah janji dengan mereka. Tapi atas sebab tertentu, terpaksa dibatalkan. Dah mandi kolam di rumah hari2 pun masih nak ke swimming club. Memang pantang jumpa air budak2 ni. Isy3..
Ok, petang tu my dad bawa kami sekeluarga ke Tasik Biru. Sebenarnya saja ke sini untuk menenangkan minda sebentar. Penulis lihat ramai yang ambil peluang untuk memancing dan banyak orang yang jual2. Kawasan di situ dalam kategori 'boleh tahanla' bagi penulis. Not bad.
Then, after selesai nikmati alam di Tasik Biru, kami singgah pula di satu tempat. Bagi penulis that place sangat menarik.. Predict what? Haa, ni tempat burung2 migrasi. Kebetulan masa penulis lalui kawasan ni, nampak banyak sangat burung,. Jadi, apa lagi.. Terus penulis suruh ayah penulis hentikan keretalah. hehe..
Nak tahu kat mana? Ok tempat ni dekat je dengan rumah penulis. Di Bandar Tasik Puteri, sebelum melalui padang Golf. Rumah penulis selepas padang Golf, tapi tempat ni sebelum padang Golf & Country Club lagi. Sebenarnya, dulu kat sini memang jadi tumpuan pelancong dan penggemar burung. Mengikut maklumat yang penulis dapat, spesies burung pemangsa seperti Oriental Honey-Buzzard; Black Baza; Japanese Sparroehawk; Chinese Goshawk dan Grey-faced Buzzard singgah di kepulauan Indonesia. Selepas musim ni, ribuan burung spesies pemangsa akan kembali ke habitat asal di Siberia, China, Mongolia, Korea, Jepun dan India yg meliputi perjalanan sejauh lebih 12,000 kilometer. Hebat kan.. Jadi, kat sini boleh dilihat burung2 tu.
Proses migrasi burung ini terus berlaku hingga kini disebabkan berlakunya perubahan musim panas kepada musim sejuk menyebabkan keadaan sekelilingnya x sesuai untuk didiami.
Hmm.. Bila dapat lihat 'raja angkasa' ni berterbangan bebas di udara, serononok sangat tengok Pada saat itu, tiada apa yang dapat menandinginya. Apa yang dirasakan ialah ketenangan, kedamaian dan kenikmatan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata. Yang pasti, hati akan berdetik... "inilah nikmat ciptaan Ilahi''. Subhanallah..
Di bawah penulis ada upload beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama..
Pic Monkey tersesat..hehe (penulis snap di bahu jalan)Penulis suka pic ni sebab mengingatkan penulis kepada fenomena yang berlaku pada zaman sekarang. Monkey tu sanggup bawa anaknya dan peluk erat2 anaknya supaya dalam keselamatan yg baik. Tapi, manusia? Apa yang manusia lakukan? Buang anak merata. Tiada perasaan kasih sayang dan perikemanusiaan.Benarlah, dalam jiwa binatang tidak ada sifat manusia, tapi dalam jiwa manusia ada sifat binatang..
Di dalam Al Quran, Allah berfirman agar kita memerhatikan burung, seperti dalam ayat, "Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu."
(Surat al-Mulk: 19)
2 comments:
Salam Ummul..
indah laman anda..sejuk di mata..sejuk di qalbu..alhamdulillah..
Wkumsalam..
Alhamdulillah..
Syukran Puspa kerana bertandang ke sini.
Laman Puspa juga apa kurgnya, cantik dengan background angkasaraya. Suka berpuisi ya.. :)
Keep in touch.. Jazakillah.. ;)
Post a Comment