Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar…
Laa ilaaha illallahhu wallaahu akbar..
Allahhu akbar walillaahil ham..
Sunguh indah langit dan simbahan cahaya bulan di waktu malam,
Tenang dan aman,
Kesejukan malam ini,
Sungguh menyentuh jiwa,
Saatku terdengar takbir memujiMu berkumandang.
Esok adalah Hari Raya Idul Adha
Lebih dari 3 juta umatMU memutihkan padang Arafah tahun ini,
Demi menunaikan ibadah haji,
Saat umatMU yang lain berkumpul di seluruh penjuru negeri
memenuhi Masjid-masjid
Melantunkan takbir memujiMu
Berserah diri dalam sujud mereka,
Hampir semua wajah umatMU berseri-seri..
Gema takbir masih jelas terdengar di pendengaranku malam ini..
Terima kasih ya Allah..
Atas kesempatan yang Kau berikan untuk pertemukan aku dengan Idul AdhaMu lagi
Untuk menjalin silaturahim dengan saudara-saudaraku
Dengan amalan yang mendekatkanku padaMU
Di kesempatan ini,
Marilah kita sama-sama menghayati
Eri sebuah pengorbanan..
Mampukah kita menjadi seperti Nabi Ibrahim…?
Mampukah kita berkorban sepertinya..?
Ayuh renungkan..
Sesungguhnya sebuah pengorbanan itu perit..
Tapi..
Ingatlah..
Keperitan itu akan dibayar dengan kemanisan..
Kerana itu janji Allah yang pasti..
Kerana Allah itu Maha Pemurah..
Buat semua readers, maafkan segalak kekhilafan penulis..
Salam Aidil Adha ikhlas dari penulis buat semua pembaca-pembaca yang penulis kasihi.
… Laa ilaaha illallahhu wallaahu akbar..
Allahhu akbar walillaahil ham..
4 comments:
SALAM AIDILADHA..
semoga b'gembira dan ceria b'sama keluarga t'cinta.sama2 kita hayati erti sebuah pengorbanan.insyaAllah~~
SALAM AIDILADHA juga..
Jazakillah atas ucapan..
Harapan semoga mimiey juga bahagia dalam kasih sayang Allah bersama keluarga tercinta ye.. =)
kene tag lagi..hehe
Hah? Tag lagi?? Aduuhh.. Siska!
Post a Comment