Assalamualaikum Readers..
Penulis kembali bersua di sini setelah beberapa hari x menulis di atas beberapa kekangan waktu dan keadaan yang tidak berapa sihat.. Now pun xberapa sihat sebenarnya. Tapi dah disebabkan ada beberapa permintaan dari kawan dan saudara2 untuk story tentang picnic penulis last week. Mana tau ada yang berhajat nak ke sana pulak kan.. Haa.. satgi penulis tolong promote ok.. Jom kita baca dulu..
Ok, tempat pilihan penulis untuk picnic bersama keluarga dan diikuti beberapa jiran tetangga yang lain adalah di kawasan air terjun Eco Resort. Asalnya kami plan nak ke Melaka, tapi bila penulis fiir2kan balik.. Macam xberbaloi laa ke sana.. Ye lah, kat sana kan crowded, sentiasa penuh dengan kesibukan di kawasan bandar.. Xmau lah penulis. Penulis nak masuk hutan. Nak mencari sesuatu yang mendamaikan dan sesuatu aktiviti yang agak mencabar. Dah lama x masuk hutan buat camping ngan kelab ni. Kalau dulu2, selalu je masuk hutan sebagai guru pengiring kepada kelab.. Nama je guru pengiring, tapi main + aktif kat camping tu macam peserta jugak.. hehe.. Bila lagi kan. Time tu la nak melepaskan segala gian dan minat meneroka ni.
Tahu x? Klau x tahu, Meh nak kabo, sebelum penulis dan yang lain sampai ke kawasan air terjun tu kan.. Kami semua kena mendaki dulu dan meredah hutan serta anak2 sungai.. Itu yang mencabar tu! Sambil membawa segala perlatan dan kelengkapan untuk berBBQ di sana. Plan asal, ada lebih kurang 20 keluarga yg akan ikuti ekspedisi ni. Tapi masing2 ada kekangan dan kerja, tinggallah beberapa keluarga sahaja. Kat sini, kalau nak datang ramai2, kena tempah dulu kawasan ni tau, sehari RM250. Itu termasuk keseluruhan kawasan air terjun tu, sekali dengan dewan dll.. Lagi 1, bagi yang tidak mampu untuk berjalan kaki meredah segala obstructions kat sana, boleh juga menyewa jeep untuk ke sana. Dun worry tentang kemudahan. Semua disediakan..
Macam mana keadaan air terjun tu? Haa.. Air terjun kat sana tersangatla cantik.. Sejuk dan air bersih, siap boleh minum lagi air tu sebab kami naik ke kawasan paling atas. So, atas pada kawasan tu kira tidak ada orang yang bermastautin. Kecuali rakyat jelata hutan itulah especially semut2 yang creep. Apa yang menariknya, kawasan yang kami berkelah tu memang xde orang lain, Hanya kami saja. Ok, hanya kami sahaja! So, bebas buat apa saja, buat macam hak milik sendiri, jadi macam tuan rumah sendiri.. hehe.
*Masuk dalam air pun still setia bersama DSLR.. ;)
Ok, Now kita ke Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian pulak. After berkelah, berBBQ dari awal pagi sampai ke petang, kami menuju ke Teratak Nalys pulak sebab jiran penulis menyewa di sana. Jadi kami bermastautin di sanalah sementara.
Apa yang ada di Teratak Nalys tu? Ok, ini yang semangat penulis nak story. Kira pakej promote lah ni ye. Di Teratak ni, sesuai untuk camping dan sesuai untuk menikmati satu percutian yang menarik, percutian yang jaauuuh dari kesibukan bandar. Masuk kawasan ni macam xnak balik. Very reconcile. Di sini disediakan kemudahan Chalet, Khemah.. Yang tu boleh diambil dalam bentuk pakej. Selain tu, di dalam kawasan tu juga, ada space khas untuk memancing, bersukan dan berBBQ. Siap ada dewan khas lagi.
Itu je ke..? Lain-lain xde? Adaaa.. Banyak lagi. Bagi yang menggemari aktiviti mencabar macam penulis ni.. (Mencabarkah?) hehe.. Haa.. Nak tau mencabar ke x, di sini ada disediakan kawasan untuk berkayak, kawasan untuk berkuda (Equestrian Club). Selain tu, disediakan juga jeep/4x4 dan scrambler untuk masuk menjelajah ke hutan.
Untuk Equestrian, yang Paddock Ride harganya RM30 bagi tempoh 30 minit. Manakala bagi endurance ride, harganya RM50 per jam. Kalau time2 free tu, boleh juga kita menjinakkan diri dan memanjakan diri bersama kuda tu. Berkenal-kenalan dengan kuda, orang kata kalau x kenal maka x cinta.. Bagi kuda makan ke, mengusap2 kuda ke kan. Itu satu experience yang pastinya ada value!
Then, untuk aktiviti mencabar tu pulak.. Selama ni kita asyik naik kereta biasa, laluan biasa dan permukaan jalan pun biasa je kan. Apa kata kali ni kita mencuba naik kereta luar biasa, laluan luar biasa dan permukaan jalan pun luar biasa. Pasti itu akan menjadi satu kenangan yg xkan dilupakan.. Bagi yang nak naik 4x4/jeep bayarannya RM50 satu jam dan untuk scrambler pulak, RM30 untuk 1 jam.. Tapi minyak SDN BHD lah.. Kena sediakan minyak sendiri..
Jangan risau, penulis akan upload beberapa gambar. Seperti biasalah, bila berada di kawasan kehijauan dan keindahan ciptah Ilahi, tambah2 tempat air terjun, maka bergeraklah lensa kamera DSLR penulis.. Snap sana sini. Nak buat macam mana, dah jadi hobi ambik gambar2 macam ni. hehe..
Disebabkan hanya kami yg booking, overall kwsn ini milik
kami dan bebas buat apa saja.. hehe
Ok, di situ sahaja yang penulis boleh ceritakan serba sedikit tentang pengalaman penulis. Maklumat lebih lanjut tentang percutian ini, sila lihat di sini. Yang pastinya, tujuan picnic ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah antara jiran tetangga dan mengosongkan minda sebentar dari segala tugasan. Di samping merehatkan dan memberi hak yang sepatutnya kepada tubuh badan serta bermesra bersama keindahan ciptaan Ilahi.
Sesungguhnya Allah itu sangat indah dan Dia cintakan kepada keindahan..
Dalam keindahan alam itu adanya Allah..
Allah sebagai pencipta dan raja segala pemilikan alam semesta.
Inilah lokasi Resort tersebut
0 comments:
Post a Comment