Malam berganti siang, siang berganti malam. Seperti biasa rutin dan jadual harian, detik jam 9 malam buku pun dibuka. Tapi bila hilang mood, maka buku pun akan hilanglah dari pandangan mata. Hehe. Keletihan sebenarnya ni sebab seharian berada di KL atas urusan. Jadi bila mood pergi berjalan2 sebentar, maka tuan blog ni pun berjalan2 lah juga dalam blog sambil2 melihat sisipan berita hari ini. Tiba2 ternampaklah di tepi blog penulis tentang award dari blog cik Siska, dan dibukalah oleh penulis maka terbacalah oleh penulis tentang entry tersebut dan terkenalah jerat percintaan.. E’eh.. Bukan jerat percintaan, jerat pembacaan.. hehe.. (Bahasa apakah itu??) Itu bahasa Uganda Klasik ok.. Faham x? Kalau x faham pun, Buat2 faham je lah ye..
Ouh, penulis sudah terpesong panjang tu. Jangan terpesong akidah sudahla ye.. Naudzubillah min zalik. Ok2.. Kita terus pada soalan2 yang diajukan oleh pemberi award ini. Err.. bagi penulis, soalan ni dikira terkial2 jugak penulis nak jawab. Kena adakan sesi interview dengan diri dulu. Nak tau soalannya? Jom lihat di bawah..
Ceritakan 7 perkara tentang diri anda.. (Termangu+terbatuk penulis baca soalan ni)
1. Anak sulung perempuan, tunggal (adik2 semua lelaki)
2. Pastinya rakyat Malaysia, lainlah Maher Zain kan.. hehe..
3. Hati sentiasa rindu untuk program2 Palestin dan join mana2 event Palestin.
4. Cintakan kehijauan alam dan keindahan semulajadi..
5. Jatuh cinta dengan DSLR, ke mana pergi pasti DSLR menjadi pendamping untuk merakamkan segala memori..
6. Hobi merenung keindahan langit di waktu malam.. (Tidak pelik kan hobi ni..?)
7. Pastinya yang menaip menyenaraikan perkara2 ni adalah tuan empunya blog. Bukan samaran dan adalah hakcipta terpelihara.. Hehe.
Ok DONE! ;)
Terima kasih cik Siska kerana memberikan award ini.. Lain kali, silalah beri award yang ada soalan Add Math atau Biologi ye.. Boleh kita sama-sama bukak buku SPM untuk menjawab kan.. hehe..
Sekian sahaja celoteh saya..
0 comments:
Post a Comment