.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, July 9, 2010

Saya Terpegun!


Ok.. Semalam hari yang terlalu letih dan duka bagi penulius.. Dan hari ini bakal melalui hari2 yang letihkan lagi.. Semoga Allah kurniakan kekuatan buar diri penulis. Segalanya dari Dia yang Maha Kuasa. Awal pagi jam 7.30 dah get ready nak bawak my lil bro ke dentist untuk medical check up.. Ye la kan, budak kecil ni kesihatan gigi perlu diawasi..

Penulis pergi berdua je dengan adik penulis sebab adik2 lain masih dalam keletihan. Parent ada kerja. Seusai sampai di sana terus buat pendaftaran. Lihat nombor giliran. Lambat lagi. Jenuh menunggu la nampaknya, lagi pulak doktor pun sorang je today.

Sementara menunggu, penulis keluarkan buku ‘Fobia Yahudi dan Barat terhadap Islam’ dari handbag. Kebetulan bawak sebab belum habis baca lagi. Adik penulis pulak sedang asyik main game dalam hp penulis bagi menghilangkan kebosanannya menunggu.

Satu ketika, ada 1 mak cik ni datang duduk sebelah penulis bersama 3 orang anaknya. Ada satu fenomena yang membuat hati penulis rasa teruja.. Guest what?? Ok meh penulis nak story sikit. Harap dijadikan tauladan dan iktibar buat semua pembaca yang dikasihi Allah.

Mak cik tadi beredar dari tempat duduk untuk berurusan dengan doktor dan diganti tempat duduk oleh anaknya. Penulis lihat anak mak cik tu yang paling kecil sekali sekitar umur 10 tahun membawa sebuah buku dan dibuka lembaran demi lembaran untuk dibaca sambil menunggu turn. Penulis lihat tajuk tu, ‘PALESTIN TIDAK PERNAH GENTAR’.. Allah.. Timbul kekaguman di hati penulis. Terus penulis Tanya adik tu…

“Dik, adik beli ke buku ni?”

“Tak lah.. Mama yang belikan” Sambil membalas senyuman penulis.

Penulis Tanya kembali.. “Adik tahu Palestin?”

“Tahu”.. Jawab adik tersebut..

“Adik, di mana adik letakkan Palestin?

Adik tersebuta hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu sambil tersenyum lagi..

Terus penulis berbicara.. “Adik, ke mana adik pergi pun.. Adik letakkan Palestin di sini (sambil menepuk dada).. Letakkan Palestin di hati adik walau ke mana adik pergi.. Jangan tinggalkan.. Ok?

Adik tersebut mengangguk membalas soalan penulis sambil menunjukkan isyarat good.. Tersenyum penulis melihat gelagat adik tersebut.. Tapa disedari rupanya abg kepada adik tersebut mendengar perbualan kami dan dia mengucapkan ribuan terima kasih sebab memberi semangat Palestin pada adiknya.. Sungguh berbudi keluarga mereka.. Itulah hasil didikan ibu bapa.. Adik tersebut kembali menelaah buku tu.. Diselaknya melihat gambar2 kesengseran saudara2 di Palestin dan meneroka peta yang ada dalam buku tersebut..

Kemudian, buku tersebut berpindah tangan kepada abgnya.. Kalau x salah penulis gayanya seperti umur 20an.. penulis agak begitu sebab anak mak cik tu yang lagi sorang berpakaian sekolah menengah dan membawa buku tingkatan 4.. Diamati dan dibacanya buku tersebut helaian demi helaian.. Sebelum ni penulis pernah lihat buku tu, tapi masih belum berkesempatan untuk membeli.. Buku Fobia Yahudi ni pun dihadiahkan oleh Penerbit Al-Hidayah Publication..

Tidak lama kemudia mama kepada adik tadi kembali duduk di sebelah penulis sambil melemparkan senyuman kepada penulis.. Terpacul soalan dari mak cik tu bertanya pada penulis..

“Adik beli dari mana button tu?” Sambil mengarahkan jarinya pada button Palestin yang penulis pakai di tali hp..

“Oh, button ni.. Saya beli semasa saya hadiri pesta buku Selangor yang lepas.. Ada booth Palestin di sana yang jual barangan Palestin..”

“Mak cik ingat nak beli untuk anak2 mak cik pakai.. Diorang ni nak sangat.. Tapi mak cik belum sempat nak cari kat mana”

“Mak cik, bermula dari 9-11 Julai ni ada KARNIVAL MAHABBAH GAZA.. Mak cik bawakla anak2 makcik ke sana.. InsyaAllah ada dijual.. Macam2 program berlngsung di sana”

Lihat.. Semangat mereka kuat kan… Ibu bapa mereka memupuk semangat cintakan Palestin dalam diri anak2 mereka.. Inilah yang kita semua mahukan. Penulis rasa tidak rugi penulis meredah kepenatan, meredah kesesakan jalan membawa adik penulis ke sini awal2 pagi.. Penulis dapat 1 story yang menarik dan membawa iktibar kepada kita semua.. Dapat 1 kekuatan dalam diri penulis. Dapatla juga penulis berkongsi dengan readers. Proud of them..

So, readers.. Dah lihat kan bagaimana semangat adik kecil tersebut.. Walaupun orang kecil dan masih keanakan, tapi jiwanya besar.. Kalau kita tidak ada semangat macam tu.. Tidakkah kita patut rasa malu?? Sedangkan si kecil tu mengerti apa yang berlaku di Palestin sana.. Sedangkan si kecil itu sempat mengambil masa dan menggunakan peluang yang ada untuk mengambil cakna tentang Palestin.. Semoga besar kelak anak kecil itu menjadi mujahidah kepada perjuangan dan memahani erti sebuah perjuangan..

Pulang membawa seribu senyuman dan semangat.. Thank You Allah..


2 comments:

saya lagi pegun said...

saya rasa awak tu lagi semangat cinta palestin. good work! i like ur style

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Sedap nama.. =D
Pandangan saya, semangat tu perlu ada dalam diri setiap insan yang mengenal erti kemanusiaan dan yang cintakan saudara2.. X gitu..?
Thanks.. Hope semangar 'saya lagi pegun' lagi hebat.. :)

Related Posts with Thumbnails