Khamis.. Dari semalam lagi dah buat good punya planning untuk hari khamis dan jumaat.. Khamis nak pegi sekitar Seremban dan Kesuma Lake untuk ziarah 4 buah rumah saudara mara berturut2..
Dan agenda awal pagi tu nak ke dusun buah saudara di Seremban.. Ye la, sekarang kan musim buah.. Geram tengok buah rambutan, manggis, langsat dan durian kat sana.. Paling best saat makan durian.. Macam2 pulak lawak ayah dan adik2.. Geli hati penulis dibuatnya.. Sebenarnya penulis katakan ini saat manis sebab cuti kali ni adik2 semua ada.. Kadang kalau cuti, adik2 dari Solo balik, penulis x balik.. Kadang penulis balik, adik2 dari Solo x balik.. Tapi cuti kali ni bermakna sebab semua ada dan semua dapat berkumpul.. So, pelbagai agenda la dirancang bersama..
After makan durian, ayah saudara penulis minta adik penulis panjatkan pokok untuk ambil buah.. So, on je la die.. Penulis kat dalam masa tu.. Tengah baca paper.. Tiba2 dengar bunyi benda jatuh.. Sekali dengar macam pokok besar tumbang.. Sebab kuat sangat bunyi.. Then dengar ayah saudara penulis jerit panggil nama adik penulis.. Allah.. Terkejut penulis.. Dalam mind dah terfikir adikku! Terus lari sampai selipar x sempat pakai, paper pun entah tercampak ke mana.. Sampai2 sana tengok adik penulis dah terbaring x bergerak.. Ada kesan ranting patah. Ya Allah.. Allah je tahu perasaan penulis masa tu. Muka dah pucat lesi. Terus penulis buat apa yang patut walaupun dalam keadaan masih terketar2 dan terkejut. Penulis gagahkan untuk meluruskan badan adik penulis. My mum dah separuh lembik tengok anak die dalam keadaan macam tu..
Then terus berkejar ke hospital. Dari Seremban berkejar ke hospital Sungai Buloh.. Tak tahula berapa speed ayah penulis bawak time tu.. Laju sungguh.. Kami ke sana terus sebab di sana lebih cepat, khas untuk kecemasan dan tenaga pakar ada.. Terus dimasukkan ke wad kecemasan dan ditahan untuk buat x-ray and etc.. Dari pagi sampai ke petang bermastautinla penulis sekeluarga di situ.. Nsib baikla dapat wad 1st class.. Selesa la jugak.. Tapi keadaan di sana pulak yang membuatkan penulis tidak selesa sebab sejuk sangat.. Nak jaga orang sakit, last skali orang yang jaga orang sakit yang sakit sebab sejuk sangat dalam tu.. (err.. berbelit je ayat ni.. buat2 paham la eh..) Then sebab terlupa makan.. Pagi tadi sempat jamah durian je.. Tu pun sikit.. sampaila ke petang baru teringat yg penulis belum makan.. Lapar dah menguasai.. Then ajak family keluar makan jap sementara adik penulis dibius dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.. Emm.. Kesian die..
Walau apapun yang berlaku, kami redha.. Ini semua ketentuan Ilahi.. Ada hikmah di sebalik yang berlaku. Segalanya telah diatur oleh yang Maha Kuasa..
Diriwayatkan bahawa Ubadah Ibnu Shomit r.a. berkata kepada anaknya: "Hai anakku, sungguh kamu tidak akan dapat merasakan lazatnya iman sebelum kamu meyakini bahawa apa yang telah ditakdirkan menimpa dirimu pasti tidak akan meleset, dan apa yang telah ditakdirkan tidak menimpa dirimu pasti tidak akan menimpamu, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya pertama kali yang diciptakan Allah adalah pena, kemudian Allah berfirman kepadanya: " tulislah", maka pena itu menjawab: Ya Tuhanku, apa yang mesti aku tulis? Allah berfirman: "Tulislah ketentuan segala sesuatu sampai datang hari kiamat".
0 comments:
Post a Comment