Sebelum tu, intro.. Nak ucap semoga tangan yang patah tu sembuh dulu.. Lain kali panjat pokok tengok kiri kanan dulu. Traffic light line clear baru melintas.. Nanti panjat pokok cili pulak, pakai kasut bot yee.. Ok deh.. Kita masuk kepada isi kandungan.. Semoga panjang umur.. Tapi ingat, umur tu semakin pendek tau.. Amalan kena ditambahkan.. Iman mesti ditingkatkan.. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. Semoga segala urusan hidup diberkati Allah dan sentiasa dalam rahmat Ilahi tuhan yang tercinta.. Semoga.. Semoga.. Semoga.. hmm… Semoga apa lagi ea.. Semoga Berjaya dalam segala lapangan yang diceburi.. Buat ape pun, pastikan ada keredhaan dari Allah dan keredhaan dari mak ayah.. Jangan membelakangkan mak ayah dan aulakan perintah Allah.. Jauhkan segala laranganNya..
Berusahalah menjadi seorang lelaki acuan al-Qur’an.. Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya.. Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j.. Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.. Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t.. Yang hatinya sentiasa tunduk dengan Allah.. Sentiasa berbakti kepada orang tuanya..
Berusaha menjadi seorang lelaki sejati yang di dada ada takwa.. Kelak akan menjalani satu kehidupan penuh cabaran , onak dan duri.. Bajai hati dengan iman biar subur x pernah terhenti.. Biar bertunas baik dan dipelihara sehingga bunga tetap segar.. Tidak pernah layu..
Satu hari nanti dirimu akan berkeluarga.. Didiklah diri untuk menjadi lebih bertangungjawab.. Berpraktikal menjadi seorang pemimpin dai sekarang supaya tidak kekagetan di masa hadapan.. Menjadi seorang pemimpin kepada adik2, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada bangsa, kepada negara dan yang lebih aula kepada agama..
Ok..ok.. dah nak stop berceloteh dah ni.. Xpe. Akak tau, bila dik start baca dari perenggan pertama dan ayat pertama, cnfirm akan habiskan sapai ke huruf last kan2.. Nak hadiah..? Ok2.. Bleh je.. Tapi tunggu time raya ni lah ye.. Akak kasi singgit set skali ngan ketupat berbungkus daun palas special.. Bukan senang nak dapat hadiah camtu tau.. hehe.. Sorry la.. No kek coklat for bufday boy.. Kalau akak kat rumah blh la jugak buatkan.. Untuk menghilangkan kempunan, sila beli di kedai berhampiran anda ok.. hehe..
Haa.. ni ada akak hadiahkan serangkap puisi khas untuk bufday boy.. Sila hayati dengan penuh perasaan sambil pasang lagu caravansary dan sekotak tisu premier ok.. hehe..
Harapan ayah dan ibumu
Kau jadilah umpama benih yang baik
Di campak ke laut menjadi pulau
Tempat makhluk berlindung
Daripada ombak dan ataufan
Dicampak ke gurun menjadi oasis
Tempat musafir menakung air
Daripada mentari dan ribut petir
Moga kau menjadi intan buat masyarakatmu
Menghiasi isi dunia
Memancar kilau cahaya
Indah berbintang berkedipan
Walau di bawah kilauan sang mentari
Tajam lagi silauan khidmatmu
Kerana allah berfirman dalam al-Qur’an…
“Sesungguhnya rahmat Allah dekat kepada umatnya yang berbuat kebaikan”
~DON'T let the past hold you back, you're missing the good stuff. LIFE'S SHORT.~
3 comments:
Waduh2.. untgnye si adik tu dapat akak cenggini. nak akak gini gak. leh x? ngeeee~~~
Nak akak..?
Kalau camtu xleh jadi anak sulung la..
Fizi dah dtulis kne jadi ank sulg, abg pd adek2. Nak wat guane kn. takmo akak len, nak su gak. hehe.
Post a Comment