.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, July 27, 2010

Pertemuan dua air yang tidak bercampur



Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran.
"Dia memberikan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?
(Ar Rahman : 19 - 21)

Fakta tersebut telah Allah SWT sebutkan dan telah dibuktikan dengan penelitian moden abad dua puluh. Ayat tersebut merujuk pada dua jenis air laut yang bertemu tetapi tidak bercampur. Dua jenis air itu dibatasi oleh sejenis penghalang..

Rasulullah SAW, menggambarkan adanya sebuah penghalang, seperti batas antara negara yang tak boleh ditembus atau dilampaui oleh masing-masing jenis air laut. Kita pasti tidak akan menyangka bahwa air laut yang besar seperti Samudra Atlantik akan menggenangi air laut yang lebih kecil seperti Laut Mediterania, namun para pengkaji telah menemukan bahwa keduanya tidak bercampur.. Contohnya adalah Laut Mediteranian. Air yang mengalir ke luar melalui Selat Gibraltar memiliki kadar garam yang lebih besar daripada air yang berada di perbatasan Samudra Atlantik. Ini bererti bahawa aliran air dari Laut Mediterania tidak bercampur atau bergabung dengan aliran air di Samudra Atlantik. Karakteristik aliran air tersebut tidak hilang setelah menempuh jarak pendek.

Gambaran dari area pertemuan sungai Rio Negro dan Solimões Sungai di Brasil. Kedua sungai tersebut bertemu dalam jarak lebih dari lima kilometer dalam keadaan air kedua sungai tersebut tidak bercampur dengan kepekatan dan suhu yang tetap berbeza. Sungai pertama di sebelah kanan mengandungi mendapan tanah pergunungan yang menyebabkan airnya berwarna coklat, sedangkan sungai yang kedua di sebelah kiri berwarna hitam pekat kerana merupakan rembesan tanaman-tanaman yang membusuk yang datang dari hutan.

Kalau kita perhatikan ayat2 dari semua ayat2 Al-Quran, ternyata benar janji Allah bahawa wujudnya dua sungai yang akan terdapat dua rasa, dua warna yang akan dipertemukan dan masing2 tidak mempengaruhi sifat dan kejadian di antara satu dan yang satu lagi. Subhanallah!

Allah berfirman bahawa Dia akan memperlihatkan kepada manusia tanda-tanda kekuasaan-Nya pada diri mereka sendiri, iaitu di atas bumi ini. Dalam ayat lain, Allah SWT menjelaskan sebuah fakta bahwa terdapat penghalang antara air masin dan air tawar. Allah SWT berfirman :

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir, yang satu tawar lagi segar yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."

(Al Furqan : 53)

Air tawar ditemukan di perairan yang lebih kecil, seperti sungai atau danau, sementara air masin ditemukan perairan yang luas iaitu samudera dan laut. Meskipun lautan yang sangat luas itu dapat saja mengisi seluruh sungai berair tawar dengan mudah, namun mereka tidak masuk ke perairan sungai dan kedua perairan itu tidak melintasi sekat di antara mereka. Ikan laut tidak akan masuk ke sungai dan sebaliknya. Namun untuk contoh ikan salmon, yang dilahirkan di air tawar lalu menghabiskan sebagian besar di air laut merupakan sebuah pengecualian, dan merupakan kebesaran Allah SWT

Penemuan sains moden telah mendapati bahawa di muara sungai di mana air masin dan air tawar bertemu, situasinya adalah berbeza berbanding dengan tempat di mana dua lautan bertemu. Saintis telah mendapati bahawa di antara air tawar dengan air masin di muara sungai terdapat satu zon pertengahan yang dinamakan zon pycnocline yang mempunyai tahap kemasinan yang berbeza yang memisahkan di antara air masin dan air tawar.

Fenomena ini terjadi di beberapa tempat seperti di Mesir, di mana Sungai Nil mengalir ke Lautan Mediterranean.

(Boleh lihat real video tentang fenomena air ini yang dirakamkan dan telah penulis upload dalam facebook penulis)

Sekadar renungan, samudra yang sangat luas itu tetap dan tidak melampaui batasnya dan tidak mendesak perairan tawar yang lebih kecil. Jika hendak dibandingkan manusia, samudra jauh lebih besar dan lebih kuat, namun ia tetap rendah hati dan tidak melanggar batas yang ditetapkan baginya oleh Penciptanya.

Wallahua'lam..

**Info dari pelbagai saluran dan pertanyaan..


Monday, July 26, 2010

CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA


PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA
ZON TIMUR

**Khas untuk pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), atau dahulu dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

Karnival Malaysia Inovatif 2010 akan diadakan di Terengganu Trade Centre di Kuala Terengganu pada 30 - 31 Julai 2010. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah :-

- Program Cabaran Angkasawan 1 MALAYSIA
- Pertandingan Inovasi Akar Umbi
- Pertandingan Canting
- Bengkel Kreativiti & Inovasi
- Malam Kreativiti Muzikal
- Program SEDIA Wanita
- Pameran Inovasi Akar Umbi
- Jualan Produk-produk Kreatif dan Berinovasi
- Cabutan Bertuah

30 JULAI (JUMAAT)

-Pendaftaran PCA1M

-Pameran

31 JULAI (SABTU)

-Pemberian T-Shirt larian

-Taklimat larian PCA1M

-Senamrobik

-Flagg-off larian 3.5 km

-Top 100- Kuiz

-Top 25- Kerja Berkumpulan

-Top 10 Temuduga

-Penyampaian Top 5 PCA1M Zon Timur

---------------------------

*Kenderaan disediakan

* Untuk maklumat lanjut, sila hadir ke Kaunter Pendaftaran Kelab Astronomi (KASTRO) di perkarangan café baru (hadapan kiosk) pada 27 dan 28 Julai, jam 8.30 hingga 10 malam

*Keutamaan diberikan kepada Ahli KELAB ASTRONOMI

*Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) juga akan menyediakan liputan Prrogram Cabaran Angkasawan 1 MALAYSIA, khusus untuk pengguna Facebook ANGKASA Malaysia.


Thursday, July 22, 2010

Entry Khas di Hari Lahirmu..



Kepada nama yang berkenaan MOHD SUHAIL BIN LUKMAN.. Pemilik empunya blog di sini nak ucapkan SANAH HELWAH.. SELAMAT HARI LAHIR.. HAPPY BIRTHDAY.. Dalam bahasa cina dan Tamil akak x tau nak sebut.. Xsempat nak blajar.. Cikgu bersara.. So, sila cari sendiri dalam kamus.. Okay.. Hari ni hari lahir kan.. So, nak berceloteh sikit.. Kalau x nak baca pun.. Duduk depan pc, mengeja satu persatu pun cukupla.. ok.. hehe..

Sebelum tu, intro.. Nak ucap semoga tangan yang patah tu sembuh dulu.. Lain kali panjat pokok tengok kiri kanan dulu. Traffic light line clear baru melintas.. Nanti panjat pokok cili pulak, pakai kasut bot yee.. Ok deh.. Kita masuk kepada isi kandungan.. Semoga panjang umur.. Tapi ingat, umur tu semakin pendek tau.. Amalan kena ditambahkan.. Iman mesti ditingkatkan.. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. Semoga segala urusan hidup diberkati Allah dan sentiasa dalam rahmat Ilahi tuhan yang tercinta.. Semoga.. Semoga.. Semoga.. hmm… Semoga apa lagi ea.. Semoga Berjaya dalam segala lapangan yang diceburi.. Buat ape pun, pastikan ada keredhaan dari Allah dan keredhaan dari mak ayah.. Jangan membelakangkan mak ayah dan aulakan perintah Allah.. Jauhkan segala laranganNya..

Berusahalah menjadi seorang lelaki acuan al-Qur’an.. Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya.. Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j.. Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.. Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t.. Yang hatinya sentiasa tunduk dengan Allah.. Sentiasa berbakti kepada orang tuanya..

Berusaha menjadi seorang lelaki sejati yang di dada ada takwa.. Kelak akan menjalani satu kehidupan penuh cabaran , onak dan duri.. Bajai hati dengan iman biar subur x pernah terhenti.. Biar bertunas baik dan dipelihara sehingga bunga tetap segar.. Tidak pernah layu..

Satu hari nanti dirimu akan berkeluarga.. Didiklah diri untuk menjadi lebih bertangungjawab.. Berpraktikal menjadi seorang pemimpin dai sekarang supaya tidak kekagetan di masa hadapan.. Menjadi seorang pemimpin kepada adik2, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada bangsa, kepada negara dan yang lebih aula kepada agama..

Ok..ok.. dah nak stop berceloteh dah ni.. Xpe. Akak tau, bila dik start baca dari perenggan pertama dan ayat pertama, cnfirm akan habiskan sapai ke huruf last kan2.. Nak hadiah..? Ok2.. Bleh je.. Tapi tunggu time raya ni lah ye.. Akak kasi singgit set skali ngan ketupat berbungkus daun palas special.. Bukan senang nak dapat hadiah camtu tau.. hehe.. Sorry la.. No kek coklat for bufday boy.. Kalau akak kat rumah blh la jugak buatkan.. Untuk menghilangkan kempunan, sila beli di kedai berhampiran anda ok.. hehe..

Haa.. ni ada akak hadiahkan serangkap puisi khas untuk bufday boy.. Sila hayati dengan penuh perasaan sambil pasang lagu caravansary dan sekotak tisu premier ok.. hehe..

Harapan ayah dan ibumu

Kau jadilah umpama benih yang baik

Di campak ke laut menjadi pulau

Tempat makhluk berlindung

Daripada ombak dan ataufan


Dicampak ke gurun menjadi oasis

Tempat musafir menakung air

Daripada mentari dan ribut petir


Moga kau menjadi intan buat masyarakatmu

Menghiasi isi dunia

Memancar kilau cahaya

Indah berbintang berkedipan


Walau di bawah kilauan sang mentari

Tajam lagi silauan khidmatmu

Kerana allah berfirman dalam al-Qur’an…

“Sesungguhnya rahmat Allah dekat kepada umatnya yang berbuat kebaikan”

~DON'T let the past hold you back, you're missing the good stuff. LIFE'S SHORT.~


Karnival Masjid..




Sunday, July 18, 2010

Harapan masih bernafas bersamamu..


Rindu pada laman di sini.. Di blog.. Namun disebabkan keadaan tidak mengizinkan, disebabkan kekangan masa yang menghimpit diri untuk terus bersama berbicara di alam maya bersama pembaca yang dikasihi Allah.. Amanah2 yang dipikulkan perlu diutamakan dan mengharapkan satu hasil yang memuaskan diri ini, memuaskan hati semua pihak dan memberikan faedah kepada semua.. Semoga segalanya dalam keberkatan Allah, tuhanku tercinta!

Pola tidur penulis sehingga semalam agak bad.. Sekitar jam 2 pagi baru mula meletakkan kepala sebab dalam usaha menyiapkan proposal yang perlu disegerakan. Permudahkan segala urusan Ya Allah.. Sebelum melelapkan mata, sempat penulis menelaah beberapa pages buku bertajuk “Fobia Yahudi dan Barat terhadap Islam”..

Pagi ini.. Tatkala subuh berkumandang.. Sepi dan sayu.. Penulis bangun dalam keadaan penuh kejutan dan seolah telah melalui satu keadaan yang meruntun hati penulis. Secara tidak langsung tiba2 ada satu semangat yang menguasai diri penulis. Bisanya sebelum tidur pasti penulis akan meletakkan harapan yang satu hari nanti penulis akan menjejakkan kaki ke bumi Palestin jika umur dan diri milik Allah ini mengizinkan..

Namun, dalam keadaan yang tidak disangka.. Malam itu dengan izin Allah, Allah menghantar dan menghidangkan satu suasana yang mampu menitiskan air mata penulis.. Di sebalik tabir syahid sughra, penulis seolah dapat merasai bagaimana kekalutan, kepiluan dan kesusahan saudara2 di Palestin.. Ya, penulis nampak dan seolah diri penulis berada di sana.. Menampakkan penderitaan, rintihan, kesayuan anak2 kecil, si ibu yang mempertahankan hak dan anak2 mereka, si ayah yang sanggup mengorbankan segalanya demi keluarga tercinta.. dan penulis jelas dapat melihat bagaimana jihad mereka, berjuang untuk mendapatkan keredhaan Alah, berjuang mendapatkan syurga Allah yang amat mahal, berjuang untuk menjadi tetamu mulia Allah di negeri kekal abadi.

Mata itu Ya Allah.. Mata anak kecil itu.. Yang penuh pengharapan.. Terus memandangku tanpa berkelip.. Seolah mengharapkan bantuan dan harapan.. Allahu Akbar.. Siapa yang dapat bertahan andai melihat kesayuan anak kecil yang tidak berdosa.. Bunyi das tembakan! Dan dalam sekelip mata dia hilang dari pandangan ku.. Dia hilang..! Dia hilang Ya Allah..! Matanya kian tutup rapat.. Ingin ku genggam tangannya, ingin ku meribakan kepalangan di atas ribaanku.. Namun ketika itu aku jauh.. Dia sudah pergi.. Anak kecil itu telah meninggalkan bumi yang fana ini. Dia pergi mengadap Ilahi, tuhan yang menciptanya.. Kerana apa anak kecil tadi tersungkur di bumi Palestin? Kerana perbuatan Yahudi laknatullah yang kejam dan bersifat binatang! Yang bersifat durjana! Seolah inginku memenggal kepalanya.. Namun tubuhku bukan di situ..


Tibanya diriku di satu kediaman yang usang.. Hanya bertiangkan sebatang kayu.. Sepertinya khemah pelarian.. Penulis dapat lihat di dalam sana seorang ibu yang sedang menyuapkan anaknya secebis makanan.. Tidak sempat makanan tersebut sampai ke mulut anaknya, anak tersebut direnggut kasar oleh Yahudi laknatullah.. dan dibawa lari, si ibu terus mengejar demi menyelamatkan anaknya yang tercinta sambil mnjerit meminta pertolongan.. Anak yang dikandungnya selama 9 bulan.. Hanya itu harta yang dia ada.. Tidak sempat si ibu mendakap anaknya, anak kecil itu terus dicampak seolah mencampakkan sebiji bola.. Ya Allah, kejinya binatang itu! Kejinya Yahudi itu! Dan terus anak tersebut ditembak di kepala.. Si ibu dari jauh meraung dan meratap melihat anaknya yang menggelupur di atas tanah sementara menanti ajal, sementara menanti malaikat datang menjemput rohnya.. Sungguh seksa kematian anak itu.. Pergilah si anak keil itu menggenggam syahid bersamanya dan pulang menghadap pencipta.. Sesungguhnya di sana ada tempat yang mulia sedang menantimu.. Bahagialah kamu di sana.. Derita rasa hati penulis melihatkan keadaan di sana..

Readers, khabarkan kepada penulis, ibu mana yang sanggup melihat anaknya memggelupur di atas tanah?? Yang bertarung dengan kematian kejam?? Yang kematiannya berakhir dengan 1 tragedi pilu?? Sedangkan kita melihat binatang peliharaan kesayang kita mati dengan cara yang kejam pun, kita sudah rasa pilu dan hiba.. Apatah lagi manusia sesama manusia, dan anak sesama ibu, yang mempunyai hubungan yang begitu kuat.. Sungguh bersifat binatang Yahudi laknatullah! Kejam!

Duhai Palestin.. Duhai saudaraku2.. Duhai adik2ku.. Duhai ibu2ku di sana.. Berjuanglah.. Berjuanglah semampumu.. Yakinilah adanya Allah bersamamu.. Adanya syurga menanatimu.. Hati mereka kental! Hati mereka ampuh! Tidak pernah rasa gentar.. Tidak pernah menyerah kalah dengan keadaan..

Allah.. Terima kasih kerana melayarkan sebuah panorama yang penuh makna, walaupun sekadar di alam maya.. Namun, aku yakin Ya Allah.. Aku yakin inilah yang Engkau berikan selama aku meminta padaMu.. Engkau Maha Mendengar dan Engkau Maha Mengetahui hambaMu.. Engkau mengetahui apa yang ada di dalam hatiku.. Terima Kasih Ya Allah.. Terima kasih yang tidak terucap dengan kata2.. Aku bersyukur..

Kini, aku mengerti bagaimana peritnya kehidupan mereka di sana.. Sebak di dada membungkam seribu bahasa.. Tidak terkata, hanya bisa memendam di dada. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku tahu, aku pasti dan aku yakin mengharapkan segalanya padaMu kerana aku tahu Engkau sentiasa ada.. Dan hari ini Engkau telah memperlihatkan segala harapanku selama ini.. Harapan yang tidak pernah pudar.. Dan aku masih lagi mangharap tanpa pernah terhenti walau seketika.. Harapanku masih bernafas segar.. Ya Allah Ya tuhanku.. Sujud syukur padamu..
Kembalikanlah keamanan di bumi Palestin.. Lindungi saudara-audaraku di sana.. Lindungi mereka dari kejadian yang Engkau tunjukkan padaku agar tidak berterusan.. Aku mohon Ya Allah..

*Andai Engkau memberikan umur yang panjang kepadaku, izinkanlah hambaMu ini menjejakkan kakiku di tanah Palestin.. Tanah tercinta.. Tanah harapan..

Terlihat satu info Delegasi Wanita Maurina ke GAZA..

Ahad, 18/07/2010 – Sebuah delegasi wanita Mauritania mula bergerak ke Gaza pada hari Rabu, dalam perjalanan yang ditaja oleh kumpulan Nasional Rabat Menyokong Palestin. Ketua delegasi, adalah Senator dari Parti Islam “Tawasol”, sebagai sebahagian daripada kempen yang dipanggil “perpaduan wanita Mauritania dengan rakan-rakan mereka di Palestin.”

Delegasi ini membawa bantuan untuk anak-anak dan wanita di Jaluran Gaza dikepung selama lebih daripada empat tahun oleh penjajah Israel. Delegasi tersebut termasuk wanita dari pelbagai organisasi wanitaan di Mauritania.

Delegasi Wanita Mauritania akan masuk Gaza melalui Rafah Mesir dalam beberapa hari akan datang, mengikut laman web Sahara Media Mauritania. Timbalan Ketua Parti Tawasol Islam, Muhammad Ghulam Wild Haj Sheikh, peserta Mauritania turut serta baru-baru ini dalam armada konvoi kebebasan yang disekat oleh tentera Israel di laut Mediterranean, yang mengorbankan dan mencederakan ramai orang.

sumber : The Palestine Telegraph

Ya Allah.. Andai diriku di tempat wanita2 tersebut... Alangkah bahagianya hatiku..

Friday, July 16, 2010

Kasih si Ayah.. Tulus si Anak..


Pada suatu hari,seorang anak lelaki sedang jalan-jalan di pekan..Hujung minggu yang biasa buat anak orang kebanyakan sepertinya,untuk membeli tak mampu,cukuplah sekadar mencuci mata sahaja.Tiba-tiba dia melewati sebuah kedai kasut,matanya secepat kilat menyambar kasut idamannya yang sedang dipamerkan."Promosi hebat sementara stok masih ada,sempena pembukaan cawangan baru kedai kami..cepat!cepat!siapa cepat,dia dapat!Tawaran hebat,diskaun sehingga 50%"dia membaca ayat yang tertulis di atas kertas kecil yang melekap di dinding kaca kedai tersebut.

Fikiran anak mentah itu pantas membayangkan dia bergaya dengan kasut impiannya itu.Alangkah indahnya,dia menjadi perhatian rakan-rakan.Kereta yang laju memecut dari belakang membunyikan hon dengan tiba-tiba mengejutkan anak itu dari lamunannya.Serta merta anak itu tersedar dari khayalannya dan mengelakkan diri dari menjadi penyumbang statistik kemalangan yang sedang meningkat sejak akhir-akhir ini.Dia lantas meneruskan perjalanan.Kotak fikirnya ligat bekerja mencari jalan bagaimana untuk memiliki kasut itu,sudah lama dia mengidamkan kasut itu,sekarang ialah masa yang terbaik untuk memilikinya.Namun,dia sedar keadaan keluarga yang mendesak tidak memungkinkannya untuk menyarung kasut semahal itu.Tidak,dengan ayah yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel,ibu yang sering sakit-sakit dan 5 orang adik lagi untuk ditanggung makan pakai dan belanja sekolah mereka,tak mungkin.

Mengenangkan kesusahan yang dilalui sejak matanya melihat dunia,memandang ke bawah dan melihat kasut yang dipakai mulai lusuh dan sudah bertahun tidak berganti,benar-benar melukakan hati kecilnya.Dia menggigit bibir menahan sebak.Apa yang dimengertikan oleh anak mentah persisnya?Kadang-kadang hati kecilnya bertanya,"Mengapa kawan-kawan aku boleh bermain dengan gembira sedangkan aku harus membantu ibu dengan kerja rumah?mengapa bapa selalu pulang lewat dan keluar awal pagi dan tak pernah meluangkan masa melayan karenahku?Tidakkah dia menyayangiku sebagaimana bapa orang lain menyayangi anak-anak mereka?mengapa kami tak pernah keluar jalan-jalan macam keluarga lain di hujung minggu?kenapa susah sangat untuk ibu tunaikan permintaanku??mengapa aku lalui semua ni??"dan seperti biasa,monolog itu akan tinggal monolog,tak pernah dia berani menyuarakan persoalan yang sering menyerang cepu fikir kepada sesiapa.

Tapi kali ini,jiwa kecilnya benar-benar tak mampu ditahan,betapa dia mengingini kasut itu,betapa selama ini dia telah penat memendam segala keinginannya,betapa cuma kali ini dia berharap kemahuannya dapat dipenuhi,maka dia menanam tekad,bahawa kasut itu harus dimiliki walau dengan cara apa sekalipun.

Lalu,anak itu berlari pulang dengan harapan yang mengunung bahawa permintaannya bakal ditunaikan.Usai makan malam,dia menunggu kepulangan bapa dari tempat kerja.Waktu berlalu dirasakan terlalu lama,si ibu berkali kali menyuruh anak lelaki sulungnya itu tidur,"Tidurlah sayang,esok nak sekolah.Bapamu itu entah jam berapa pulangnya.Ada apa yang mahu disampaikan?Bagitahu saja pada ibu,nanti ibu khabarkan padanya..."ucap ibu memujuk dengan penuh sayang sambil membelai kepala si anak.."Tak mau!"anak itu membentak,terkejut ibu dek kenyaringan suara anak kesayangannya,. Bimbang dengan kelakuan anak yang agak aneh pada malam itu,lekas-lekas si ibu membelai lagi dengan kata manisnya,"Baiklah sayang,apa saja yang kamu mahu,ibu turutkan.."Anak itu mencebik,dalam hatinya berkata"Betul sangat la tu..kita tengok apa kata bapa malam ni"

Tak berani meluahkannya pada ibu,kasih pada ibu masih mewaraskannya dari mengguriskan perasaan ibu dengan kata-kata setajam itu.

Akhirnya penantian berakhir apabila jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi,si bapa pulang dalam keadaan penuh keletihan.Bau gris menusuk ke hidung anak saat dia memeluk belakang bapa sambil menjerit"Bapa!"dengan penuh kegirangan membayangkan mimpinya bakal menjadi kenyataan.Si bapa cepat-cepat meleraikan pelukan anak,"Bapa penat,nak..nanti bapa mandi dulu ya.."sambil berlalu pergi meninggalkan anak terpinga-pinga sendirian.Anak lelaki yang tidak puas hati itu tidak mampu lagi memendam keinginannya lantas menjeritkan"Saya nak kasut baru!"langkah lemah si bapa terhenti mendengar jeritan jujur dari anak lelakinya itu.Dia menoleh dan memandang ke dalam anak mata wiranya itu.

"Saya..saya..nak kasut baru,kasut lama dah buruk,semua orang ketawakan saya kat sekolah,saya tak tahan lagi,saya bukan minta mainan,saya nak kasut baru untuk pergi sekolah,itu je..."tergagap-gagap anak itu meneruskan bicara sambil menundukkan kepala,tak mampu menentang panahan mata si bapa.Ibu yang batuk-batuk di penjuru tamu cuma mampu memerhati dari jauh sambil menahan sebak di dada,mengenangkan betapa anak itu mengidamkan sepasang kasut baru untuk ke sekolah.Bapa menghampiri anaknya dengan tenang,lama dia mendiamkan diri sebelum bersuara,"Bapa tak mampu,nak..."dia menahan getar,si anak mula memasamkan muka,tunduk melihat lantai papan yang usang,"Tapi,kalau anak bertegas mahukan kasut itu,bapa boleh berikan,dengan syarat..."anak itu mengangkat wajah sugulnya,matanya mula bercahaya.

"Katakan saja,bapa..saya sanggup.."Si bapa tersenyum,"Anak harus bantu bapa di bengkel selama 2 minggu,upahnya nanti anak ambillah untuk beli kasut tu" "Baik,bapa!saya sanggup!saya tidur dulu,esok saya mula ya!terus anak itu menyatakan persetujuannya sambil berlalu untuk melelapkan mata dengan penuh harapan bahawa impiannya tak lama lagi bakal direalisasikan.Hari demi hari berlalu,minggu berganti minggu,akhirnya tibalah masa untuk anak mengambil upahnya membantu bapa di bengkel.

Walaupun keletihan kerana setiap petang selepas pulang dari sekolah dia harus bergegas utk membantu bapa di bengkel,dia tidak peduli demi kasut idamannya itu.Setiap hari dia melalui kedai kasut itu sambil berdoa agar kasut itu tidak dibeli oleh insan lain.Mujurlah doanya dimakbulkan Tuhan.

Akhirnya,hari itu tiba juga,sebelum ke kedai kasut,dia singgah di bengkel bapa bekerja untuk mengambil upah yang dijanjikan."Ini ganjaran buat mu,nak,atas kesungguhanmu,gunakanlah ia untuk puaskan hatimu itu,anakku.."si bapa menghulurkan upah pada si anak.Sebelum berlalu,anak lelaki itu sempat menoleh untuk melihat bapanya,serentak dengan itu,dia terpandang kasut yang disarung bapa.Kasut yang sepatutnya melindungi kaki bapa yang bekerja siang malam,yang berjalan setiap hari ke tempat kerja,yang menempuh terik jalan tar yang membakar,kini terlalu lusuh,bertampal dan berjahit di sana sini.Dia cuba menghitung,bila kali terakhir bapanya menukar kasut baru,dan sepanjang ingatannya,sejak dia mengenali alam persekolahan,dia tak pernah melihat kasut itu bertukar!Kasut persis itu pernah dilihatnya sebelum ini,digigit anjing di tepi jalan!Hati kecilnya digigit sendu.

Dia menuju ke kedai kasut di pekan,dan dia keluar dengan kotak yang berisi kasut.Senyumnya lebar,senyuman kepuasan.Anak itu melangkahkan kaki ke bengkel tempat bapa bekerja dan menghulurkan kotak itu kepada si bapa.Si bapa lantas membuka kotak kasut tanpa curiga.Alangkah terkejutnya hati seorang bapa melihat kasut yang ada di dalam kotak bukan kasut seorang remaja tetapi kasut untuk seorang dewasa sepertinya.”Saya tak jadi lah bapa nak beli kasut tu.Kasut ni boleh pakai lagi.Saya jumpa kasut ni kat pekan tadi,nampak sesuai untuk bapa”Si anak senyum.Mengertilah bapa niat suci anaknya,lantas dipeluk erat anak kecil itu ke dalam dakapannya.Tubir mata bapa gagal menahan empangan air mata dari pecah membanjiri pipi perkasa seorang ketua keluarga.


Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI..

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang direjam....

"JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU"


Related Posts with Thumbnails