.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, May 6, 2010

Perkongsian Bersama..


Assalamualaikum,

Satu pengalaman yang amat baik untuk dikongsi bersama dari seorang hamba Allah ..

Saya harap tulisan saya ini akan dilihat sebagai satu cetusan ikhlas untuk dikongsi bersama, moga ada kebaikannya.

Jika panjang umur, insyaallah anak sulung saya akan khatam Al-Quran di tangan saya. Saya amat bersyukur ke hadrat illahi kerana tercapai jua cita-cita untuk meneruskan tradisi keluarga di mana kami adik beradik khatam di tangan arwah orang tua. Saya punya lima orang anak; selepas yang ini khatam, insyaallah yang lain didoakan akan menuruti jejak langkah kakak mereka, mudah-mudahan.

Sebenarnya, bukanlah cerita anak sulung saya nak khatam Quran yang nak saya tuliskan.

Saya cukup rasa bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana bersama-sama dengan anak saya khatam al-quran itu, saya turut sama khatam membaca Quran terjemahan yg punya tafsir ringkas setiap surah yang berkenaan. Bermakna kata, selepas saya khatam al-quran di tangan arwah orang tua itu, kini sekali lagi saya khatam tapi kali ini khatam bersama terjemahannya.


Saudara/i yang dimuliakan,

Bila membaca setiap terjemahan itu, terasa besar benar keagungan Tuhan dan terasa benar kesyumulan Islam sebagai addin dan cara hidup pilihan. Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh seluruh aspek kehidupan. Membaca terjemahan Al-Quran saban malam juga telah mengubah the way I look at things or certain aspect of life.

Misalnya, dulu saya cukup skeptikal (percaya tak percaya) mengenai kewujudan alam ghaib seperti Jin dan sebagainya.

Apabila tiba di Surah Jinn.... Masyaallah banyak rupanya cerita mengenai alam ghaib ini yang ramai antara kita tidak mengetahuinya. Tertanya-tanya bagaimanakah rupa bentuk Jin jika ditakdirkan kita berhadapan dengannya.

Jika ada ayat yang paling powerful dalam Quran yang telah berjaya mengubah
180 degree persepsi saya mengenai kehidupan ialah beberapa ayat dalam Surah Al-Fajr.

Sebelum bertemu surah ini, mati-mati saya ingatkan bahawa segala kesenangan yang saya dan keluarga nikmati sekarang (taklah kaya sangat sampai duit bertimbun kat atas tilam dan taklah susah sangat hingga terpaksa catu budget dan menghitung Kalender menunggu hari gaji) adalah kerana kurniaan Allah SWT semata-mata, kerana Allah SWT memang nak bagi kami hidup senang atas apa jua usaha kami selama ini. Kami sekeluarga memang bersyukur dengan kurniaan rezeki daripada Illahi ini.

Tambah-tambah apabila melihat rakan-rakan satu sekolah rendah dahulu yang kerja seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang, ada yg kerja bawa van kilang, ada yang kerja ambik upah potong kelapa sawit, ada yang kerja motong getah, kerja guard dan sebagainya, bertambah-tambahlah lagi rasa syukur ke hadrat Illahi. Sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya; rupa-rupanya saya tersilap.

Dalam surah al-Fajr itu Allah SWT menceritakan bahawa ada orang yang bila dia mendapat kesenangan, dia ingat Allah SWT memang nak memuliakan dia, dan ada orang bila dia dipotong rezeki (hilang kerja, hidup susah dsbg) dia ingat Allah SWT memang nak menghinakan dia. Kata Allah, semua itu tidak benar, yang sebenarnya Allah SWT jadikan segala kesenangan dan kemiskinan itu hanya sebagai UJIAN semata-mata.

Kesenangan yg diberikan, Allah SWT nak tengok sama ada dia belanjakan kesenangan itu untuk membantu orang-orang yang memerlukannya atau pun tidak, sama ada dia nafkahkan rezeki dia yang berlebihan untuk Jalan Allah atau pun tidak.

Itulah sebenarnya kenapa Allah SWT kurniakan kemewahan dan kesenangan kpd seseorang itu, sebagai UJIAN DUNIA semata-mata, bukan kerana Allah SWT memang nak bagi dia senang (memuliakannya) .... Alhamdulillah kini saya dan keluarga insaf dan sedar, moga hidayah yang ditemui ini akan berpanjangan.

Begitu juga dengan soal anak dan isteri, saya bertemu begitu banyak ayat-ayat dalam al-quran yang berulang kali menceritakan bahawa sesungguhnya anak-anakmu dan isterimu itu hanyalah hiasan dunia, hanyalah sebagai ujian dan cubaan semata-mata.

Bercakap soal anak, setiap kali melawat jenazah atau pun menghadiri majlis pengkebumian, saya sering teringatkan kenangan menyambut kelahiran anak saya yang kelima di sebuah Dewan Bersalin di Butterworth.

Apabila melihat ratusan/puluhan orang berpusu-pusu menziarahi jenazah atau pun mengiringi mayat ke kuburan, saya teringatkan anak saya yang lahir cuma disambut oleh seorang Doktor dan Nurse sementara saya hanya menunggu di bilik bersebelahan. Selalu saya teringatkan hal ini, bila saya tengok anak saya itu, terlintas di pemikiran saya, beliau lahir ke dunia hanya disambut oleh 4 orang (Dr, jururawat, mak dan ayah dia) sedangkan bila dia dah tua nanti, bila mati nanti, akan berduyun-duyun kaum keluarga dan sahabat handai datang mengziarahi dan menghantarnya ke lubang kubur.

Ingat-ingat sekali macam palsu saja hidup ini, datang ke dunia seorang diri, cuma disambut oleh Bidan dan mak serta ayah, bila pulang nanti ramai yang menangisi.... untuk apa?

Kadang-kadang rasa macam kehidupan ini palsu sahaja, hanya seperti sebuah lakonan di pentas dunia, kadang-kadang hidup kita hanyut tak tahu punca. kadang-kadang kita rasa seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, kadang-kadang kita rasa yang mati itu orang lain bukannya kita, kadang-kadang kita lupa tujuan apa kita dilahirkan ke dunia.

Untuk yang lupa, bacalah Al-Quran dan terjemahannya, insyaallah jiwa anda akan jadi tenang dan insyaallah kita tak kan jadi seperti pengembara yang lupa jalan pulang.

Insyaallah!

4 comments:

ibnuasyraf said...

salm. bagusnye artikel ni.
t.kasih sbb balas emel saya dgn pndgn terbuka. sy sgt puas hati dgn jawapan tu. skurg-kurgnye tambahkan ilmu sy dan ubah cara hidup sy sikit-sikit. sy hrp awk dpt menulis dgn banyk lg dn sy sgt bermint utk bce. smoga hati kita dpandu dgn quran, smga allah berkati.

wonderfuLife♥ ♥ said...

Al-quran segalanyer telah ditergkan didlmnya..bukak je Al-quran sudh dterangkan semua,hanya ats kita sebagai hamba untuk melihat kebesaran itu didepan mata :)

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Ibnuasyraf:
Thanks..
Same2.. Smoga dapat aplikasikan dalam kehidupan..
Amin..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

WonderfulLife:
Betul tu wawan.. Segalanya dah dibentangkan pada kita.. Malah dikurniakan sesuatu yang amat istimewa iaitu akal supaya kita dapat berfikir.. Sungguh besar kasih sayang Allah pd kita kan.. =)

Related Posts with Thumbnails