Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini.. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.a
Rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari penulis untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini penulis cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini.. Seperti kata Baginda Rasulullah s.a.w: “Sampaikanlah walau sepotong ayat”.. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan.. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia.. Sahabat memperingatkan penulis dan penulis pula memperingatkan sahabat. Betulkan?
Sahabatku, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang diimpi-impikan oleh semua jiwa yang suci.. Jiwa kita adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk.. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita? Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah apabila kita sentiasa muhasabah diri kita.. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya… Agak2 bagaimana muhasabah itu berlaku ya..?
Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku.. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut.. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan.. Banyak mana kejahatan yang kita lakukan.. Cuma penulis nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian.. Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit2 perkara kebaikan yang kita buat... Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif.. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia.. Inilah bahayanya.. And then, tentunya kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi.. Sebab apa..? Sebab kita merasakan cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini..
Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya.. Seharusnya difikirkan.. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan.
Cuba kita lihat satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita.. Contohnya kita berniat esok mahu buat kebaikan.. Dan hari esok pun menjelma buat kita dengan taqdir Allah.. Kita harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan.. Yang menakjubkan.. Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka.. Yang kita dah jangka scontohnya selepas solat Subuh kita membaca Al-Quran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang tiada peneman di jalanan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa.. Wajarkah kita hanya melihat sahaja tanpa menghulurkan pertolongan..? Sedangkan kita mempunyai kudrat yang sempurna kurniaan Allah.. Semua itu "BONUS' daripada Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan.. Di situlah kita menabur kebaikan.. Mana kita sangka, ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita.. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita.. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu.. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' yang hadir di hadapan kita kan..
Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit2 kebaikan yang telah kita lakukan..
Seharusnya kita renung dan fikirkan atau selalu ingat akan kejahatan yg telah kita lakukan.. Moga2 ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tidak akan kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi.. Past is past.. Jangan sesekali kita tanamkan cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu…
Wallahua’lam..
Jika kau pandang bintang,
Jangan pandang pada kerlipannya,
Pandanglah kegunaannya,
Penentu arah penunjuk semesta..
Jika kau pandang laut,
Janganlah pandang pada ombaknya,
Pandanglah ada hikmahnya,
Sumber rezeki dimana2..
Jika kau pandang nyamuk,
Jangan dihitung pada gigitan halusnya,
Hitunglah kejadian sebalik daripadanya,
Kepantasan berdesir tidak terhitung kita..
Jika kau pandang bunga,
Jangan menghidu harumnya,
Tafsirkan rupanya,
Untuk mengakui kebesaran yang Esa..
Jika kau pandang motor,
Jangan pandang pada ‘sporty’nya,
Pandanglah kenapa ia dicipta
Untuk kemudahan penyingkat masa..
Jika kau pandang sakit,
Jangan pandang pada perit bisa,
Pandanglah pada nikmatnya,
Sebagai ujian mengukuhkan keimanan..
Jika kau memandang musibah yang menimpa,
Jangan dipandang kenapa rasa terseksa,
Banyak sungguh hikmah tersingkap daripadanya,
Ianya penghapus segala dosa..
‘SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA”
0 comments:
Post a Comment