Friday, May 28, 2010
Wednesday, May 26, 2010
Layanan Istimewa Allah untuk Hawa..
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyak!".. "Kasihnya Tuhan kepada wanita!".. Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam.. Sesungguhnya, tidak akan ada mana2 ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat
melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanita.. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita dalam Islam..
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini.. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain2 lagi.. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri..
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga
keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu- lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan
berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran..
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita..
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa
dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."(Hadis riwayat
Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia..
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan..
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan
sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.
Friday, May 21, 2010
Muhasabah Diri.....
Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini.. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.a
Rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari penulis untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini penulis cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini.. Seperti kata Baginda Rasulullah s.a.w: “Sampaikanlah walau sepotong ayat”.. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan.. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia.. Sahabat memperingatkan penulis dan penulis pula memperingatkan sahabat. Betulkan?
Sahabatku, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang diimpi-impikan oleh semua jiwa yang suci.. Jiwa kita adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk.. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita? Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah apabila kita sentiasa muhasabah diri kita.. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya… Agak2 bagaimana muhasabah itu berlaku ya..?
Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku.. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut.. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan.. Banyak mana kejahatan yang kita lakukan.. Cuma penulis nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian.. Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit2 perkara kebaikan yang kita buat... Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif.. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia.. Inilah bahayanya.. And then, tentunya kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi.. Sebab apa..? Sebab kita merasakan cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini..
Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya.. Seharusnya difikirkan.. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan.
Cuba kita lihat satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita.. Contohnya kita berniat esok mahu buat kebaikan.. Dan hari esok pun menjelma buat kita dengan taqdir Allah.. Kita harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan.. Yang menakjubkan.. Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka.. Yang kita dah jangka scontohnya selepas solat Subuh kita membaca Al-Quran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang tiada peneman di jalanan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa.. Wajarkah kita hanya melihat sahaja tanpa menghulurkan pertolongan..? Sedangkan kita mempunyai kudrat yang sempurna kurniaan Allah.. Semua itu "BONUS' daripada Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan.. Di situlah kita menabur kebaikan.. Mana kita sangka, ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita.. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita.. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu.. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' yang hadir di hadapan kita kan..
Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit2 kebaikan yang telah kita lakukan..
Seharusnya kita renung dan fikirkan atau selalu ingat akan kejahatan yg telah kita lakukan.. Moga2 ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tidak akan kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi.. Past is past.. Jangan sesekali kita tanamkan cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu…
Wallahua’lam..
Jika kau pandang bintang,
Jangan pandang pada kerlipannya,
Pandanglah kegunaannya,
Penentu arah penunjuk semesta..
Jika kau pandang laut,
Janganlah pandang pada ombaknya,
Pandanglah ada hikmahnya,
Sumber rezeki dimana2..
Jika kau pandang nyamuk,
Jangan dihitung pada gigitan halusnya,
Hitunglah kejadian sebalik daripadanya,
Kepantasan berdesir tidak terhitung kita..
Jika kau pandang bunga,
Jangan menghidu harumnya,
Tafsirkan rupanya,
Untuk mengakui kebesaran yang Esa..
Jika kau pandang motor,
Jangan pandang pada ‘sporty’nya,
Pandanglah kenapa ia dicipta
Untuk kemudahan penyingkat masa..
Jika kau pandang sakit,
Jangan pandang pada perit bisa,
Pandanglah pada nikmatnya,
Sebagai ujian mengukuhkan keimanan..
Jika kau memandang musibah yang menimpa,
Jangan dipandang kenapa rasa terseksa,
Banyak sungguh hikmah tersingkap daripadanya,
Ianya penghapus segala dosa..
‘SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA”
Thursday, May 20, 2010
Puding Triffle Fruity Swiss Roll..
Petang semalam, sedang asyik mengadap laptop ni.. Tiba2 terasa nak makan something yg fruity.. So, berlegar2 dalam mind ni berdasarkan apa kehendak di hati.. Tiba2 teringatla sejenis puding yang penulis penah makan kat Hotel satu ketika dahulu.. Penulis pun refresh balik apa bahan dalam pudding tu.. Tp xberapa nak jelas ape bahannye.. Apalagi, merekacipta ikut citarasa sendiri la.. hehe.. Terus penulis start kete g cari bahan then terus masuk dapur.. Lensa beralih ke dapur pula.. Lets go!
Oklah kakak2, makcik2...kita mulakan rancangan masak memasak kita ya. Hehe..
Bahan-bahan:
Kek swiss roll
2 sudu besar Tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan air
½ cawan gula
1 tin Fruit Cocktail
Jem Strawberry
Cara-cara:
Firstly, sediakan bekas. Kalau nak nampak lagi cantik sediakan bekas kaca putih.
Kemudian, potong kek swiss roll secara keeping-kepingan.
Kek swiss roll ada dijual di kedai yang ready made punye. Kalau rajin bolehla buat sendiri.. Then susun kek swiss roll itu cantik2 dalam bekas kaca tadi.
Lepas tu, ambil jem strawberry dan sapukan ke atas kek swiss roll tadi. Boleh juga digunakan jem rasberry atau blackcurrent atau lain2, mengikut citarasa anda.
Ambil Fruit Cocktail (Boleh digantikan dengan buah-buahan lain), letakkan di atas kek swiss roll tadi.
Sementara itu, bancuh 2 sudu besar Tepung Kastard dengan ½ gelas air. Larutkan..
Kemudian panaskan 1 tin susu cair bersama 1 tin air dan 1/2 cawan gula atas api. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi, kacau sehingga pekat dan kental.. Matikan api dan biarkan seketika..
Kemudian, ambil bancuhan Kastard tadi dan tuangkan ke dalam bekas kek swiss roll. Tenggelamkan semua. And then, bolehlah ditabur fruit cocktail sekali lagi biar nampak lebih segar dengan taburan buah-buahan..
Nak tambah menarik lagi, hiaslah dengan ceri merah. Kalau ada buah strawberry lagi mengancam, lagi best!
Jgn makan lagi, masukkan ke dalam peti sejuk dulu ye adik-adik. Makan time sejuk2 baru sedap..
Ok.. Puding Triffle kita dah siap! =)
Selamat mencuba..
Tuesday, May 18, 2010
Musim 'TAG' kembali..
The top 4s in my life...
FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU
1. Su
2. Su comel (yang nak menyakat org)
3. Ila
4. Ummul (gara2 nickname)
FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 19 Ogos (sungguh kasihan if lupa tarikh lahir ni)
2. 1 Ramadhan.. (stahun d bulan ni je merasakan solat tarawikh)
3. 1 Syawal.. (Nak duit raya, nak pakai baju raya, nak makan2.. mana blh lupa kan hee~)
4. 2007 (terlalu banyak kenangan)
FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Dengar ceramah Habib Ali al Jufri..
2. Chatting..
3. Makan ais krim..
4. Layan IKIM..
FOUR WAYS TO BE HAPPY :
1. Ingat Allah selalu sayang kat hambaNya.. Sentiasa sayang kat diri ini..
2. Tengok my lil bro ketawa riang..
3. Tengok keindahan alam yang meghijau, merenung fenomena langit malam..
4. Borak2 wif my dad n mum..
FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
1. My Grandma..
2. Insan itu..
3. Adik2 yang berada di seberang laut..
4. Mama..
FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Kasih sayang yang tulus ikhlas..
2. Laptop pink..
3. Teddy bear pooh yang paling besar..
4. Something yang surprise, x terduga kunjung tiba..
FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
1. Mengadap laptop, surfnet..
2. Masak makanan western…
3. Melayan karenah lil bro + budak2..
4. Dwnload sambil dengar ceramah habib al Jufri.. sgtla layan + syahdu..
FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION
1. Mesir, Alexandria.. nak tengok sejarah2..
2.Kota Paris..
3. Melbourne..
4. Cameron Highland..
FOUR FAVOURITE DRINKS :
1. Fresh orange! (minuman wajib kalo time panas2)
2. Susu low fat..
3. Soya..
4. Horlick..
FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :
1. Buku nota a.k.a diari..
2. Pen..
3. Tiga ketul handphone.. (Bunyi tiga2 baru kelam kabut)
4. Headphone..
FOUR FAVOURITE COLORS :
1. Pink
2. Hijau..
3. Hitam (elegant+ekslusif)
4. Putih
TOP FOUR HANGOUTS :
1. Pantai (kalau kat Terengganu je la.. Kat KL xde pantai)
2. Kedai buku MPH.. (Kat mid best! Santai..)
3. Ziarah rumah sedara mara..
4. Place yg ada bunyi deruan air mengalir, tumbuhan hijau, cool..
TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
1. Pencipta diriku yang Maha Esa, kekasihNya..
2. Of corz family first!
3. My best fren..
4. Semua baby.. ^_^ sooo cute!
TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
1. Laptop
2. Handphone
3. “Cincin”… (sangat special 4 me) xtaula kalo hilang camane jadinye..
4. Jubah arab + selendang arab..
TOP FOUR WHO YOU WILL TAGGED:
1. Kak nisa’ (my luv rumate)
2. Sume kawan Dakwah yang ade blog (wajib kalian tau)
3. Sume kawan2 perintis yg ade blog (xde istilah sunat)
4. Sape2 yang bace posting ni atau mane2 entry.. Jgn elakkan diri.. Kene jawab.. Disebabkan diri ini dipaksa orang tu, so owner blog ni pun nak memaksa jugak.. Jawab2.. hehe..
TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
1. Dipaksa kena jawab ngan cik nana.. kalo x balik UDM ni kene kejar x cukup tanah..
2. Sebab rajin menaip.. senaman jari 10 minit..
3. Kepeningan mengadap buku2 yang masih bertimbun.. Ngadapla tag ni kejap..
4. Saje membekukan diri dalam ofis ngadap laptop dengan ekon yg suhu 16celcius.. My lil bro da pakai swtr dah tu.. saje nak mendera biar die kesejukan. Hee~ notty..