Tujuan temuduga-
· Jenis latihan/ jawatan
· Tarikh, masa dan tempat temuduga
· Memahami keperluan temuduga
· Tujuan penilaian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
· Untuk mencari calon yang paling sesuai dengan jawatan yang ditemuduga.
Persediaan fizikal-
· Sihat dan berketrampilan
· Persiapan dokumen, pakaian yang sopan akan memberi kelebihan pada anda
· Jangan pakai jeans, t-shirt, selipar, sandal atau kasut sukan
Persediaan mental-
· Bertenang
· Persiapan dokumen, pakaian
· Minat
· Pengetahuan tentang temuduga – Daya inisiatif
· Pengetahuan tentang organisasi – Kementerian/ jabatan, kerajaan Malaysia (sistem pentadbiran, dasar kerajaan dll)
· Pengetahuan tentang tugas jawatan yang dipohon – Deskripsi, tugas/ peranan dan tanggungjawab
· Pengatehuan am atau hal ehwal semasa
· Etika berkomunikasi – Greetings, keyakinan, kebolehan menyampaikan idea dengan baik, berdiplomasi dan susunan ayat.
Sebelum temuduga-
a) Calon temuduga hendaklah sampai 15 minit awal sebelum masa yang ditetapkan supaya dapat berehat dan bertenang. Jangan sekali-kali lewat.
b) Daftar kehadiran anda.
c) Apabila sampai giliran anda, masuk ke bilik yang ditetapkan dan jangan lupa ketuk pintu.
d) Berilah ucapan yang sesuai dengan penuh tertib, wajah yang manis dan suara yang mesra sebagai tanda hormat.
e) Duduk dengan gaya tertib, jangan duduk sebelum dijemput dan jangan alih kerusi dari kedudukan sedia ada. Elakkan dari “sila panggung”.
f) Pandang kepada yang bertanya semasa menjawab soalan. Bercakap dengan lancar dan penuh yakin. Jangan berlebih2an menggunakan body language.
g) Minta penemuduga memberi penjelasan lanjut atau mengulang soalan jika maksud soalan tidak jelas. Jika maksud soalan masih kabur w’pun telah dijelaskan, jawablah dengan “beralas”, iaitu tidak memberikan jawapan yang terlalu tegas.
h) Sebolehnya jgn cuba mengagak jawapan kepada sesuatu soalan yang anda tidak tahu jawapannya kecuali setelah memohon maaf dgn sopan dan menyatakan hasrat anda untuk cuba menjawab.
i) Imbangi intosani suara supaya tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat dan juga jangan bercakap terlalu cepat.
j) Sentiasa mempamerkan sikap ketenangn dan sabar w’pun soalan yang dikemukakan berbentuk mencabar atau provokatif.
k) Kembangkan tajuk perbincangan.
l) Jangan panik atau malu jika penemuduga mempersoalkan kelemahan dan kegagalan anda.
m) Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum menjawab soalan.
n) Jgn bersikap menonjol diri, bangga atau angkuh dengan penemuduga.
o) Jika pernah bekerja, beri penerangan ringkas dan tepat. Jgn memburuk-burukkan bekas majikan anda.
Selepas Temu Duga-
a) Apabila temuduga tamat, ambil kembali dokumen dan sijil2 asal dengan tertib.
b) Ucapkan terima kasih kepada penemuduga dengan penuh hormat sebelum meninggalkan bilik temuduga.
c) Tutup pintu dengan sopan.
d) Fikir semula kesilapan yang telah dilakukan selepas temuduga supaya jika dipanggil temuduga semula, ianya tidak akan berulang.
Peringatan!
Temuduga amat bergantung kepada komunikasi lisan. Penemuduga cuma dapat menilai diri anda sebenar jika anda bercakap. Walau bagaimanapun. Ini tidak bermakna sesi ini hanya memanfaatkan mereka yang pandai bercakap. Kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh penemuduga mampu mengesan sifat sebenar seseorang calon itu.
0 comments:
Post a Comment