- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
• Kismis
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
• Susu segar
- Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
• Telur
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
• Halia
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
• Buah Delima
- Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
1 comments:
Anonymous
said...
salam ziarah.. minta maaf ya saudari,terdpt sedikit kesilapan pd fakta saudari di ats mengenai unsur semulajadi susu.mengikut tulisan saudari,keju merpakan salah satu drp unsur tersebut.Sedangkan keju itu sendiri dihasilkan daripd susu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu, redhalah Islam menjadi agamamu.. Pasti tiada kekecewaan buatmu. Kelak, suatu hari nanti ada insan yang sedia menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu di dunia, wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum meletakkan cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu..
1 comments:
salam ziarah..
minta maaf ya saudari,terdpt sedikit kesilapan pd fakta saudari di ats mengenai unsur semulajadi susu.mengikut tulisan saudari,keju merpakan salah satu drp unsur tersebut.Sedangkan keju itu sendiri dihasilkan daripd susu.
Post a Comment