.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, March 11, 2010

Padamkan api kemarahan secara Ilmiah..


Marah.. Bila sebut marah je mesti terbayangkan wajah yang bengis, muka merah padam, telinga merah disebabkan nak marah sangat2 kan.. Then, tindakan luar kawalan la, bertindak melulu, hempas barang dan macam2 lagi lah… Kadang2 orang yang ada di tepi kita pun blh jadi mangsa dek kemarahan kita.. Takut kan?? Kesiaaan orang yg jadi mangsa tu.. Kadang2 penulis tengok orang yang marah ni susah nak kawal bila dah masuk ke lingkaran garisan marah tu.. Tapi, kalau cara yang diambil betul, boleh je.. Malah boleh dielakkan lagi..

Marah adalah gerakan nafsu diri, seketika meluap darah ketika berlaku desakan nafsu untuk mempertahankan diri atau melepaskan geram atau juga dendam.. Terdapat banyak faktor sebenarnya yang membuatkan seseorang tu marah.. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia ialah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita dgn Allah dengan mengucapkan Innalillahi wa innailaihi raji’un..

Ok, sebagaimana sakit boleh dirawat, marah jugak boleh dirawat.. Merawat marah cara ilmiah..

Jom kita lihat sebentar cara-caranya..

1. Menyedari ganjaran yg akan kita dapat jika kita kawal kemarahan dan menyedari marah itu akan membawa kepada kehinaan..


2. Cuba bayangkan betapa buruknya wajah kita ketika marah.. Dah cantik2, hensem2, comel2, knape nak burukkan wajah dengan mempamerkan kemarahan pulak kan..


3. Mesti ingat kesan daripada sifat marah tu blh membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam pada orang yg anda marah tu..


4. Fokus dalam setiap tindakan atau situasi yang kita hadapi.


5. Bila perasaan marah tu nak datang, mesti ingat kita ni hanyalah hamba Allah yang hina dan mengabdikan diri hanya kepadaNya dalam setiap tindakan..


6. Didik diri, Tanya diri bagaimana kalau kita yang bersalah dan orang marah kita.. Sudah tentu kita tidak suka kan. Begita juga dengan orang lain.. Mereka juga tidak suka dimarahi, sebaliknya suka ditegur dengan kasih sayang dan lemah lembut..


7. Programkan semula otak kita dan tukar paradigma..

Apa yang perlu dilakukan??

1. Membaca Ta’awuz.. Apabila datang marah tu, banyak2 la membaca Ta’awuz kerana marah itu datangnya daripada syaitan..


2. Mengubah posisi.. Contohnya dari berdiri duduk, dari duduk baring, atau kalau dalam bilik cuba keluar ke tempat lain. Kalau x boleh jugak, cubalah tidur kerana perasaan marah akan reda sebaik bangun dari tidur..


3. Ambil Wudhuk.. SANGAT digalakkan untuk mengambil wudhuk kerana wudhuk dapat menyejukkan api kemarahan.. Bukan ketika marah je, kalau blh amalkan sentiasa dalam keadaan wudhuk x kira masa..


4. Diam.. Banyakkan diam diri bila nak marah atau dah termarah dan berdoa kepada Allah selamatkan kita daripada marah..


5. Banyakkan berzikir seperti Istighfar, selawat dan Zikir Fatimah.... Bnyak berzikir dapat mengingatkan diri kita kepada Allah..


6. Mengawal pernafasan.. Pernafasan yang berkesan dapat mengawal kemarahan.. Dengan hadirnya oksigen dalam otak juga dapat mengurangkan kemarahan.. Lakukan dengan cara berimpak.. Jika tubuh kita kaya dengan oksigen, oksigen ini akan membawa darah kita ke kepala. Oksigen yang kaya dalam darah itulah yang akan membawa kepada ketenangan.. Xpercaya?? Cuba readers pergi ke satu tempat yang segar udaranya, seperti kawasan pergunungan ke.. Then mesti terasa nak hirup udara segar kan.. Mase tu la kita akan rasa ketenangan hadir dalam diri..

Selamat mencuba..

p/s: Elakkan menyebut “aku seorang pemarah”..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails