Hari ini.. Setelah selesai group pembentangan yang mengupas tentang isu murtad dan ajaran sesat, masih lagi ligat memikirkan isu2 yang masih menimbulkan persoalan.. Dalam perjalanan pulang dari kuliah, terlintas di fakulti FKI dan teringat bilik Dr Basri.. Terus dalam mind bertukar topik ke tesis pulak.. Tesis oh tesis.. Cabaran betul bila dapat tahu semua perlu in Arabic.. Oh My God! Namun, terus dibiarkan sapaan itu berlalu.. Sampai di bilik, penat.. Terus merehatkan diri..
Dalam melayan kepenatan.. Tiba-tiba perasaan itu terus datang.. Menerpa.. Satu kerinduan yang menerpa dalam diri.. Rindu pada keluarga.. Rasa dah macam lama pulak x berjumpa.. Apa khabar ibuku yang sering menjadi teman penulis meluahkan segala cerita suka dan duka..? Apa khabar pula ayahku yang sungguh sabar melayan segala karenahku..? Sungguh rindu untuk menatap wajah mereka yang penuh ketenangan.. Bagaimana pula keadaan adik bongsuku yang seringkali ciumannya singgah di pipi penulis dan seringkali membuatkan penulis geli hati dengan telatah dan celotehnya.. Ya.. Penulis sangat rindukan saat itu..
Oh ya, adikku Ammar.. Sudahpun berangkat ke Indonesia pagi tadi.. Seawal 6 pagi lagi my mum yang berada di airport dah call penulis untuk memberitahu bahawa adik akan berangkat.. Selamat jalan wahai adikku.. Semoga tabah dalam menghadapi segala liku2 di sana.. Tabah dan sabar dalam perjuangan menuntut ilmu Allah.. Ingat segala pesan parent.. Tinggi harapan mereka untuk melihat adik2 di sana berjaya dan terdidik dengan jiwa yang hamba.. Bila berjauhan dari keluarga, masa tu la baru teringat segala pesanan yang pernah singgah di telinga.. Segala pesanan2 tu semua akan jadi bermakna dan akan menjadi baja kepada diri.. Ingat pesan akak, “seorang ibu melepaskan anaknya dengan seribu harapan dan jangan sesekali menghancurkan harapan itu ibarat kaca yang berkecai.. dan seorang ayah pula melepaskanmu dengan membawa namanya di hujung namamu.. Dia berharap agar nama itu tidak dilupakanmu dan akan pulang membawa nama itu bersama piala kemenangan sebagai tanda kemenangan dalam perjuangan..”
"Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda, adakalanya dirimu kuat kerana kau yakin adanya Allah di sisimu.. Tapi bila suatu masa semangat itu pergi, walau bergoncang jiwa ragamu, jangan kau lari dari medan ini.. Biarkan Allah terus memegang hatimu, memandu langkahmu dalam membentuk dirimu menjadi pejuang yang sejati.."
~adik2ku yg berjuang di negeri orang, jgn menangis pulak bace entry ni.. hee..~ hanya pesanan..
Esok masih ada.. Esok last.. Esoklah masanya untuk penulis menyelesaikan segala perkara yang belum selesai.. dan esok jugalah penulis akan terbang balik ke rumah.. Sabar ye su.. terlalu penat rasanya berada di U ni.. Upss.. Ada urusan yg perlu diselesaikan.. X blh bermesra lama2 dengan laptop ni.. Masa sungguh mencemburui diriku.. Ok.. Bersua kembali..
“..Ya Allah.. Permudahkanlah bagi mereka yang menuntut agamaMu menduduki imtihan duniaMu.. Jadikanlah debaran di jiwa mereka kerana kerisauan jika gagal melamar redhaMu.. Dengarilah rintihan hati mereka yang bersusah payah demi ilmuMu..Terimalah air mata mereka sebagai penyejuk kemurkaanMu.. Belailah jiwa mereka di saat mereka terkulai lemah.. Tetapkan iman mereka agar tidak berputus asa berada di atas jalanMu..”
0 comments:
Post a Comment