.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, March 22, 2010

Annual Dinner PERINTIS..

Sungguh lama rasanya penulis tidak bersua di alam blog.. Rindu rasanya.. Niat selepas habis annual terus nak posting entry.. Tapi dugaan melanda penulis.. Malam tu jugak penulis dikerjakan ke hospital dengan van ambulan UDM dan ditahan pula di wad.. Menetapla penulis di wad tu.. Terhalangla niat nak berblog.. Xpe, itu lain cerita... Dugaan dan tarbiah dari Allah.. Alhamdulillah Annual Dinner PERINTIS (Pentadbiran Islam) telah selamat dijalankan. Diadakan di Hotel Felda Residence dengan bertemakan malam elegance, backdrop hitam dan merah..

Petang tu penulis pergi awal ke hotel tersebut bagi menguruskan beberapa perkara yang belum settle dengan pihak pengurusan hotel tersebut dan penulis membawa 9 orang rakan di mana mereka dari unit2 tertentu untuk bersiap sedia apa yang patut dalam dewan tersebut atau lebih dikenali dengan ‘Andaman Ballroom’.. Petang tu penulis hanya dibenarkan membawa 10 orang sahaja masuk ke hotel bagi menguruskan segala persiapan.. Selebihnya hanya blh masuk pada waktu malam.. Jd, bermastautinla penulis dan kawan2 dalam tu dari pukul 5 petang sampai pukul 12 malam.. Setelah sampai di sana, penulis perlu bertemu dengan encik Rizal dahulu bagi menyelesaikan urusan yang belum selesai sementara rakan penulis dibawa ke dewan untuk touch up apa yang patut.. Setelah selesai semua, penulis dibawa oleh Encik Rizal bagi memantau keseluruhan dewan tersebut dan diperkenalkan kepada 2 orang pembantu yang akan membantu penulis ketika majis berlangsung.. Tidak salah kalau penulis katakan mereka sangat mengamalkan dan menitikberatkan soal protokol.

Semua berjalan lancar. Setelah ketibaan para pelajar dan selesai urusan pendaftaran, masing2 mengambil tempat. Sejurus kemudian ketibaan tetamu VIP, setelah dipastikan semua dalam keadaan baik, penulis ambil tempat duduk di meja VIP dan terus majlis dimulakan.. Memandangkan masa sudah agak lewat sebab masalah perjalanan, maka tentatif diubah kepada makan malam dahulu tanpa didahului persembahan. Makan… Dari dulu lagi penulis cukup tidak suka bila acara makan beradab di meja VIP.. Bukan sebab apa, sebab rase macam baby pulak.. Hee.. Mana tidaknya, semua orang letakkan dalam pinggan.. Dari nasi sampaila ke dessert.. Semua pelayan hotel yang letakkan dalam pinggan.. Betul2 macam baby la.. Lepas tu time makan, orang tu duduk je kat sebelah.. Macam patung.. Allah, sabar je la.. Cukup tidak gemar.. Sebab tu kalau ada jemputan or ape2 event yang melibatkan perkara macam tu, penulis akan tanya dulu, nanti duduk kat meja mana.. Kalau VIP, sebolehnya penulis elakkan.. Kalau xleh, hadapi je lah.. Hehe.. banyak karenah betul..

Ok, after dinner terus dengan persembahan dari semester 4 dan 6.. Dan berlangsung juga cabutan bertuah.. Di mana penulis yang mengacarakan majlis untuk sesi cabutan bertuah tu.. Bidan terjun la pulak malam tu. Tetibe mc majlis gtau penulis yang kene kendalikan sesi cabutan tu.. Ok, pasrah je.. Rase hepi bile tengok adik2, kakak2, abg2 n pensyarah terhibur malam tu.. Senyuman mereka la yang membuat hati ini terus tersenyum dan hilang letih selama ni..
Then, tiba time persembahan penulis.. Ketaq jugak.. Takut x menjadi.. InsyaAllah tetapkan niat dalam hati.. Selawat bnyk2.. Suasana dalam dewan tu digelapkan.. Basmalah.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Cerita detik2 pemergian Rasulullah menusuk dalam jiwa pendengar dan ada yang mengalirkan air mata.. Begitu banyak pengorbanan Rasulullah demi kita, demi umatnya yang tercinta.. Saat sakaratul maut kunjung tiba, bibirnya yang mulia masih menuturkan ummatii.. ummatii.. Betapa dalamnya cinta Baginda kepada kita.. Adakah cinta kita kepada Baginda sepertimana cinta Baginda kepada kita…?

Jam menunjukkan pukul 11.30.. Majlis perlu bersurai.. Tkut terlewat, maka slot tautan ukhuwah pun dicepatkan.. Adik2 dihantar balik dahulu dan didahului kakak2 supaya dipastikan semua dalam keadaan selamat.. Then barula penulis dan kawan2 sekelas konvoi naik kereta ramai2..

Alhamdulillah semua dah selamat sampai UDM.. Bila dah selamat sampai, penulis pulak dikerjakan ke hospital dengan ambulan pukul 12.30 am.. Hehe.. Nvrmn.. Just anggap tu semua ujian daripada Allah.. Asyik sihat je, rasela pulak sakit.. Bile sakit tu, terkenang saudara2 di Palestin.. Kesakitan mereka lebih dari kita di sini.. Apepun, sama2 kita doakan mereka semua dalam perlindungan Allah dan dijauhkan dari kekejaman yang berterusan.. Amin..

*Gambar penulis x dapat attach lagi atas sebab2 tertentu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails