.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, February 26, 2011

Maher Zain Live In Concert 2011


Alhamdulillah dengan izin Allah, penulis diberi kesempatan untuk hadir dan melihat sendiri konsert Maher Zain secara real dan live lagi tu. Actually penulis balik dari Terengganu ni pun sebab nak attend konsert ni, disamping ada beberapa agenda lain. Lagi pulak, penulis agent jual tiket bagi konsert Maher Zain ni, jadi penulis perlu serahkan tiket kepada pembeli. Kalau x, x masuklah mereka2 ni ke stadium tu. Hehe..

Maher Zain Live In Concert yang diadakan di Malawati Stadium, Shah Alam. Actually ini kali kedua penulis join konsert di stadium ni. Kali pertama dulu masa konsert Mahabbah GAZA. Itupun dah lama, pertengan tahun 2010. Time tu memang kat mana2 ada program berkaitan Palestin, penulis akan hadir.

Ok, Menggabugkan 3 international artist dalam konsert tersebut iaitu MAHERZAIN, MESUT KURTIS & IRFAN MAKKI. Dan artis Malaysia adalah INTEAM. Haa, bukan mudah nak jumpa 3 orang artis top ni sekaligus. Tambahan pula mereka ni giat menyanyikan lagu berunsur Dakwah dan membawa penyebarannya ke seluruh pelusuk. MasyaAllah.

Seawal jam 7.30malam penulis dah sampai sana sebab takut sesak. Terus penulis cari surau untuk solat dulu. Then, pada jam 7.45 pintu stadium dah dibuka untuk masuk. Kawasan kat luar tu ada karnival actually. Bermula pada hari khamis lagi. Pada hari Khamis, Maher Zain dahpun buat penampilan awal di stage dalam karnival tersebut. Seminggu sebelum konsert, Maher Zain dahpun berada di Malaysia. Nanti kita tengok pics okay..


Penampilan awal MZ di stage on carnival pd hari Khamis

8.30, VIP & VVIP serta penonton semua mengambil seat masing2. Dimulakan dengan penampilan dari kumpulan INTEAM dulu. Yelah, sebab INTEAM yang organize kan. Mestilah mereka ni nak ambik port jugak. Congrate INTEAM!

Next..? Predict what..? Haa.. After INTEAM, terus masuk IRFAN MAKKI on stage. Kenal IRFAN MAKKI kan? Siapalah tak kenal.. Nasheed artist, Dia merupakan songwriter juga. Irfan born in Pakistan & migrating to Canada. Tahu tak? He is sensitive songwriter with a humble stage presence. Gayanya di atas pentas bersahaja, tapi mempunyai suara yg mantap. Kalau nak tau, lagu Allahi Kiya Karo nyanyian Maher Zain tu, Urdu verse lyrics is by Irfan Makki.

Irfan Makki

After IRFAN MAKKI?? Siapa pula?? Haa.. yang ditunggu2 telah tiba. MAHER ZAIN! Music intro yang sangat gempak, gaya super star! Muncul je Maher Zain. Gemuruh bunyi dewan. Terus Maher Zain nyanyikan lagu Always Be There. Ok, Intro sikit pasal Maher Zain. Leaving behind a iluctrative career in he mainstream music in NY. He work with chart-topping artist Akon, Lady Gaga and the late Micheal Jackson. Hebat belaka kan.. Maher memilih untuk instead to make music which reflects his roots of being both European, Arab & Muslim.

Maher Zain

1st Musical Maher adalah diinspirasikan oleh ayahnya, who was singer himself & Maher got his 1st keyboard when he was only ten. Keluarga Maher moved to Sweden when Maher was only 8 and continued his schooling. And then he entered university & got a bachelor degree in Aeronautical Engineering. Ok, enough2.. Dats all.. Nak tau lagi, di luar courtlah.. hehe.

Dalam konsert ni, Maher zain telahpun mempersembahkan lebih daripada 12 buah lagu. For 1st round on stage, separuh lagu telah dipersembahkan. Begitu mantap sekali. Dan yang istimewanya, buat kali pertama Maher Zain menyampaikan lagu terbarunya iaitu FREEDOM di Malaysia secara exclusive!. Dah jadi my favourite song sekarang.

Seterusnya.. Siapa pulak ni..? Ok, after show Maher Zain, MESUT KURTIS pulak on stage. Terpegun sekejap penulis dengar lagunya. Mesut is now being called one of the biggest stars of nasheed and Islamic Music. Mesut ni merupakan kawan rapat dengan Maher Zain. Itu Maher Zainlah yang story.. hehe.. Antara lagu yang dipersembahkan Mesut adalah Beloved, Burdah, No One But Allah dan lain2 lagi.. Turut berduet dengan Maher Zain dalam lagu Subhanallah..


Maher Zain wif Mesut Kurtis dan kanak2..

2nd round, Maher Zain on stage pula. Kali ni lebih istimewa sebab Maher Zain menyanyikan lagu InsyaAllah dalam versi Malay. Great! Diselitkan dengan selingan apabila Maher menjemput beberapa orang kanak2 untuk menyanyi bersama, juga bersama Mesut Kurtis. Very closed!

Suasana dalam stadium. Disebabkan stadium ber’air-cond’.. So, lebih selesalah. Ditambah pulak kerusi yang empuk.. Bestlah layan kan. Hehe.. Stadium jadi meriah sebab penataran cahaya yang canggih dan gah. Sekali- skala lampu dipadamkan dan penonton masing2 nyalakan lampu handphone atau lighter.. Soo beautiful ^_^

Sepatutnya konsert ni berakhir jam 11 malam. Maher Zain dah habis lagu dah dipersembahkan. Tapi atas permintaan dan desakan yang bersorak sebut Maher!Maher!Maher!.. Maka, Maher Zain persembahkan bonus 4 buah lagu lagi, melayan permintaan penonton. So sweet I think.. 4 buah lagu yang terakhir member satu impak yang hebat dengan gayanya yang free style. Dari jam 11, jadilah jam 12 baru berakhir..

Kesimpulan penulis tentang konsert ni. Penulis boleh bagi rate 5 stars. Sebab? Sebelum show dimulakan, penganjur dah berpesan dan buat iklan supaya lelaki dan perempuan yang bukan mhrim tidak duduk sekali. Ok, bagus. Dan sebelum konsert dimulakan pun, dimulakan dengan mengingati Allah dahulu dan doa. Manakala setiap kali sebelum Maher Zain dan artis lain memulakan show setiap lagu, mereka akan mulakan dengan Basmalah dan memuji nama Allah.

Selain tu, setiap lagu yang dibawakan semuanya berkaitan mengingati kepada Pencipta (Allah) sambil diajak berzikir sekali. Maher Zain juga mendedikasikan lagu khas untuk saudara2 kita di Libya, Palestin yang ditindas sambil mendoakan mereka. Secara tidak langsung, ini akan mengajak semua penonton sama2 mengingati saudara2 kita di sana yang sedang dalam kesusahan. Perkiraan penulis, berhibur sambil berzikir. Pendek kata, semua yang ada dalam stadium tu dapat pahala dengan menyebut asma Allah setiap masa. Itulah mesej yang nak disampaikan dan satu input yang bernilai. Itu cara mereka berdakwah, menyebarkan kesempurnaan dan keindahan dan menceritakan kecantikan Islam melalui seni/ lagu.







2 comments:

bintuhanafi said...

waaa...sangat jeles...nak jumpe mesut kurtis...T_T

Ummul Syaukatul Suhaila said...

X pergi ke? Konsert selama 2 malam.. Mesut Kurtis kat Malaysia seminggu.. Terpegun dengar dia nasyidkan lagu live.. so great.. ^_^

Related Posts with Thumbnails