.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, February 2, 2011

It's Snow Time!


Malaysia bersaljikah? Atau Ummul Syaukatul Suhaila fly ke oversea? Macam2 persoalan timbul bila sebut je ‘snow’ ni kan. Belum pernah Malaysia turun salji kan. Hujan batu adala. X mungkin. Kalau mungkin pun, itu semua kuasa Allah maha Besar. Kun fa yakun, maka berlakulah. Ummul Syaukatu Suhaila ke oversea ke..? Xmungkin juga.. Baru je balik dari oversea, takkan nak fly lagi kan. Macam rumah ni tempat transit plak if fly ke oversea lagi.


Banyak betul persaoalan. Ok2. Sebenarnya macam ni. Semasa penulis dalam program Delegasi Muamalat, ada dalam planning peserta nak ke i-City. Memandangkan ramai yang belum pergi dan teringin nak tengok kecantikan limpahan cahaya pada waktu malam. Maka green light lah ke i-City. Dua buah bas bertolak menuju ke sana dengan bilangan orang sebanyak 52 orang. Itu semua peserta Delegasi. Actually, i-City is known as the city of digital lights. It is recognised at the first lightscape tourism destination in Malaysia wif state of the art LED technology showcase.


Sampai sana, penulis masuk dalam. Tak jalan2 di luar sebab sebelum ni dah penah datang dan dah puas berjalan di kawasan luar. Masuk2 je dalam, penulis sampak sign ‘snow’.. hehe.. Tanpa berlengah, penulis terus tanya bout tiket dan ajak kawan2 masuk join. Yang ke sana 52 orang, tapi yang masuk dalam kawasan salji tu hanya 6 orang je termasuk penulis. Maybe sebab berbayar kot. So, tiket pun dibeli. Dengan soronoknya kami melangkah masuk. Pintu nak masuk macam pintu peti ais, kedap udara. Baru nak melangkah masu, kaki x rapat ke ais lagi tu, dah terketar2 kesejukan.. hihi.. Lucu plak rase.


Bila masuk explore kat dalam. Tak sampai 5 minit kaki dah mula rasa kebas sebab snow masuk dalam kasut. Masuk minit ke 10, tangan pulak dah kebas. Pegang apa pun x terasa. Lepas tu, pipi pun dah mula kebaslah. Macam mana x kebasnya, suhu di sana berada di paras -5! Sebab itulah ukiran ais takkan cair. Tengokla suhunya berapa kan. Rasanya dalam freezer pun x sejuk macam tu kot.. hehe..


Apa istimewanya..? Alkisahnya tentang snow di sini Nak rasa salji macam mana, tak perlu menggunakan kos yang banyak untuk ke oversea. Boleh rasa di sini. Tiket tidaklah mahal manapun. Boleh tahanla. Ok, .. Jom penulis cerita serba sedikit apa yang penulis tahu.


Di i-City ni mempunyai kawasan khas untuk salji yang gah dan luas serta unik kerana menggunakan teknologi dari Korea dan tenaga pakar dari China untuk menghasilkan salji. Setahu penulis, kos semua ni menelan perbelanjaan sebanyak 10 juta ok. 10 juta!


Salji dari KOREA.. Terlalu banyak jurang perbezaan dengan salji tiruan yang mungkin pernah dirasai sebelum ini, salji yang menyelubungi Snow Walk di i-City ini adalah 90 peratus menyamai salji semulajadi. Hal ini diakui Pengarah Syarikat BK Korea, Ki-Choon Lee yang baru2 ni terbang ke Malaysia untuk meninjau kawasan Snow Walk untuk melihat sendiri penghasilannya. Jadi, tidak perlu khuatir. Pasti readers berpuas hati jika ke sana..


Sebelum ini, kalau kita pegang salji tiruan sekalipun, terasa kekasaran ais tersebut. Tapi ini tidak, salji ini lebih halus, lembut dan ringan. Salji bertekstur kasar dan keras lebih sesuai untuk permainan luncur salji. Sebanyak tiga buah mesin khas yang dibawa masuk dari Negara luar dan mesin tersebut mampu menghasilkan 1.2 hingga 1.5 tan salji segera dalam sehari. Hebat kan..


Masuk dalam tu, salji sahaja ke semata-mata? Tidak, ada lagi yang menarik. Terdapat ukiran ais pelbagai bentuk yang mendapat sentuhan kreatif daripada pakar pasukan pengukir ais dari Harbin, China. Mereka berkampung di Malaysia selama dua bulan semata2 untuk menghasilkan ukiran ais.


Selain tu, dalam tu juga boleh main macam2 permain. Luncur ais juga disediakan. Pendek kata, berpuas hatilah. Ok, dah penat story.. Biar gambar2 bercerita pulak..








Jom ke i-City! (8_^)

Related Posts with Thumbnails