.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Eidul Adha


Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar…
Laa ilaaha illallahhu wallaahu akbar..
Allahhu akbar walillaahil ham..

Sunguh indah langit dan simbahan cahaya bulan di waktu malam,
Tenang dan aman,
Kesejukan malam ini,

Sungguh menyentuh jiwa,

Saatku terdengar takbir memujiMu berkumandang.

Esok adalah Hari Raya Idul Adha
Lebih dari 3 juta umatMU memutihkan padang Arafah tahun ini,
Demi menunaikan ibadah haji,


Saat umatMU yang lain berkumpul di seluruh penjuru negeri
memenuhi Masjid-masjid
Melantunkan takbir memujiMu
Berserah diri dalam sujud mereka,
Hampir semua wajah umatMU berseri-seri..

Gema takbir masih jelas terdengar di pendengaranku malam ini..
Terima kasih ya Allah..
Atas kesempatan yang Kau berikan untuk pertemukan aku dengan Idul AdhaMu lagi
Untuk menjalin silaturahim dengan saudara-saudaraku
Dengan amalan yang mendekatkanku padaMU

Di kesempatan ini,

Marilah kita sama-sama menghayati

Eri sebuah pengorbanan..

Mampukah kita menjadi seperti Nabi Ibrahim…?

Mampukah kita berkorban sepertinya..?

Ayuh renungkan..


Sesungguhnya sebuah pengorbanan itu perit..

Tapi..

Ingatlah..

Keperitan itu akan dibayar dengan kemanisan..

Kerana itu janji Allah yang pasti..

Kerana Allah itu Maha Pemurah..


Buat semua readers, maafkan segalak kekhilafan penulis..

Salam Aidil Adha ikhlas dari penulis buat semua pembaca-pembaca yang penulis kasihi.


… Laa ilaaha illallahhu wallaahu akbar..
Allahhu akbar walillaahil ham..

Tuesday, November 16, 2010

Oh AWARD!



Malam berganti siang, siang berganti malam. Seperti biasa rutin dan jadual harian, detik jam 9 malam buku pun dibuka. Tapi bila hilang mood, maka buku pun akan hilanglah dari pandangan mata. Hehe. Keletihan sebenarnya ni sebab seharian berada di KL atas urusan. Jadi bila mood pergi berjalan2 sebentar, maka tuan blog ni pun berjalan2 lah juga dalam blog sambil2 melihat sisipan berita hari ini. Tiba2 ternampaklah di tepi blog penulis tentang award dari blog cik Siska, dan dibukalah oleh penulis maka terbacalah oleh penulis tentang entry tersebut dan terkenalah jerat percintaan.. E’eh.. Bukan jerat percintaan, jerat pembacaan.. hehe.. (Bahasa apakah itu??) Itu bahasa Uganda Klasik ok.. Faham x? Kalau x faham pun, Buat2 faham je lah ye..

Ouh, penulis sudah terpesong panjang tu. Jangan terpesong akidah sudahla ye.. Naudzubillah min zalik. Ok2.. Kita terus pada soalan2 yang diajukan oleh pemberi award ini. Err.. bagi penulis, soalan ni dikira terkial2 jugak penulis nak jawab. Kena adakan sesi interview dengan diri dulu. Nak tau soalannya? Jom lihat di bawah..

Ceritakan 7 perkara tentang diri anda.. (Termangu+terbatuk penulis baca soalan ni)

1. Anak sulung perempuan, tunggal (adik2 semua lelaki)

2. Pastinya rakyat Malaysia, lainlah Maher Zain kan.. hehe..

3. Hati sentiasa rindu untuk program2 Palestin dan join mana2 event Palestin.

4. Cintakan kehijauan alam dan keindahan semulajadi..

5. Jatuh cinta dengan DSLR, ke mana pergi pasti DSLR menjadi pendamping untuk merakamkan segala memori..

6. Hobi merenung keindahan langit di waktu malam.. (Tidak pelik kan hobi ni..?)

7. Pastinya yang menaip menyenaraikan perkara2 ni adalah tuan empunya blog. Bukan samaran dan adalah hakcipta terpelihara.. Hehe.

Ok DONE! ;)

Terima kasih cik Siska kerana memberikan award ini.. Lain kali, silalah beri award yang ada soalan Add Math atau Biologi ye.. Boleh kita sama-sama bukak buku SPM untuk menjawab kan.. hehe..

Sekian sahaja celoteh saya..

Sunday, November 14, 2010

Siaran TV baru Alhijrah..


Alhamdulillah tidak terucap dengan kata-kata bila tahu tentang adanya siaran TV baru yang lebih menjurus kepada Islamic. Inilah yang penulis tunggu2 sekian lama. Penulis juga yakin, pastinya ramai rakyat Malaysia di luar sana yang menantikan hadirnya satu evolusi baru yang menampilkan sesuatu 'kesegaran' dalam media. Teutama yang lebih kepada Islamic.. Salute dan tahniah penulis ucapkan kepada pihak yang bertungkus lumus dalam mewujudkan siaran TV ALHIJRAH ini.

TV Alhijrah bersiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang di bawa Nabi Muhammada SAW. Kandungan TV Alhijrah merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya. Begitu terpesona mata, jiwa dan hati penulis bila melihat siaran langsung yang telah dirasmikan beberapa hari yang lepas. Genre kandungan ini meliputi program kanak2, remaja, wanita, sitkom, hiburan, program berbentuk ilmiah dan pendidikan, berita dokumentari dan majalah, drama dan filem, sukan dan rekreasi, tazkirah, forum dan perbincangan. Banyak kan? Harapannya semoga setanding dengan siaran-siaran TV yang lain.

Siapa pengendali? Ok, TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal. Alhamdulillah satu usaha yang baik dan ampuh untuk dibentangkan di hadapan masyarakat dalam medium penyiaran.

Untuk makluman readers, Siaran TV Alhijrah ni bersifat menyeluruh, bagi golongan Islam stesen televisyen Alhijrah akan menjadi sumber ilmu serta maklumat untuk meningkatkan pengetahuan manakala bagi yang bukan penganut Islam stesen televisyen Alhijrah membantu memperjelaskan tentang keindahan agama Islam yang sebenarnya. Betul kan? Islam itu adalah agama yang indah dan terlalu sempurna. Satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah. Bersyukurlah kepada Allah kerana kita dilahirkan dalam agama yang Islam. Nikmat Islam itu terlalu tinggi nilainya. Hanya saja, kadangkala kita yang alpa dan tidak merenungkan pemberian Allah pada kita. Padahal, nikmat Allah pada kita terlalu besar nilainya. Justeru, nikmat Allah mana yang kamu dustakan? Subhanallah!

Ok, dah tahu intro sikit-sikit, mestilah nak tau frekuensi dan nak lihat sendiri kan. Di bawah penulis ada upload frekuensi dan penulis letakkan sekali bersama link ke dunia TV ALHIJRAH. Dan, jangan lupa daftar keahlian tau. Promote ni.. Penulis sudah pun mendaftar sebagai ahli. Jom kita sokong rancangan Islamic! Itulah wadah yang yakni sempurna.


Sama-sama kita menyokong penerapan nilai-nilai Islam dalam diri dan masyarakat!


Friday, November 12, 2010

Perginya Seorang Penjaga Kunci Ka'abah


Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi, penjaga kunci Kaa'bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi (7/11) dalam usia 82 tahun. Tubuhnya dimakamkan di pemakaman Maalla setelah disolat jenazahkan di Masjidil Haram.

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi penjaga kunci Ka'bah sejak zaman Jahiliyah (masa pra-Islam). Jawatan ini diwariskan oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah ke anak. Umur merupakan landasan untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Kaa'bah.

Semua penguasa Muslim menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka'bah Suci dan kuncinya. Keluarga penjaga saat ini terhubung dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup pada masa Nabi Muhammad (saw).

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi sejak masa Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Nabi Muhammad (saw). Raja Faisal memberikan kunci Ka'bah kepada Syaikh Amin, saudara Abdulaziz Al-Syaibi. Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi telah menjaga kunci Ka'bah selama 16 tahun terakhir. Sedangkan keluarga Al-Syaibi telah melayani sebagai penjaga Ka'bah suci selama 15 abad terakhir. Ada 370 anggota keluarga Al-Syaibi dan sebagian besar dari mereka tinggal di Mekkah.

Ka'bah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali dalam pertengahan bulan Sya'ban dan yang kedua di tengah bulan Dzul Qaidah menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar dan wangian dengan Oud.

Menurut Abdulaziz, Kaa'bah tetap terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Tetapi ketika jumlah orang yang ingin memasuki bangunan suci tersebut meningkat, Kaa'bah kembali ditutup.

Kunci Kaa'bah tidak berubah dengan perubahan pintu. Selama masa Raja Khalid, pintu telah diubah tetapi kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka'bah selebar 2,40 meter dan tinggi 1,70 meter.Pintu ini terbuat dari emas murni.(fq/arabnews)

Al-Fatihah..

Sumber


Syaikh Abdul Aziz Al-Syaib

Wednesday, November 10, 2010

Mujahidah itu..


Mujahidah itu..

tak kenal erti takut.
Mujahidah tahu perasaan takut hanya layak bagi Allah SWT.
Menjadikannya peka dan berhati-hati.
Hatinya sangat sensitif pada kebencian Ilahi.
Tak ingin sekali pun kalau dimurkai.

Mujahidah itu..

tak kenal erti sedih.
Tiada masa untuknya terus melayan perasaan.
Tumuhat yang hendak dicapai terlalu besar.
Mujahidah tidak pula lalai dan leka.
Dengan janji manis duniawi.
Dan tipu daya syaitan.

Mujahidah itu..

berjiwa kental.
Airmata mujahidah sangat mahal.
Tahanlah ia wahai mujahidah,
Jangan pernah manusia melihat airmata itu jatuh.
Kerana permata-permata itu
hanya untuk Allah Yang Maha Pemurah.

Mujahidah itu..

tak kenal erti umur.
Mujahidah tetap syabab selagi keyakinan yang mantap,
keikhlasan,
semangat berkobar-kobar,
dan kesanggupan untuk berkorban sentiasa mengalir,
di dalam jiwa mujahidah..


Tuesday, November 9, 2010

Percutian mencabar!


Assalamualaikum Readers..

Penulis kembali bersua di sini setelah beberapa hari x menulis di atas beberapa kekangan waktu dan keadaan yang tidak berapa sihat.. Now pun xberapa sihat sebenarnya. Tapi dah disebabkan ada beberapa permintaan dari kawan dan saudara2 untuk story tentang picnic penulis last week. Mana tau ada yang berhajat nak ke sana pulak kan.. Haa.. satgi penulis tolong promote ok.. Jom kita baca dulu..

Ok, tempat pilihan penulis untuk picnic bersama keluarga dan diikuti beberapa jiran tetangga yang lain adalah di kawasan air terjun Eco Resort. Asalnya kami plan nak ke Melaka, tapi bila penulis fiir2kan balik.. Macam xberbaloi laa ke sana.. Ye lah, kat sana kan crowded, sentiasa penuh dengan kesibukan di kawasan bandar.. Xmau lah penulis. Penulis nak masuk hutan. Nak mencari sesuatu yang mendamaikan dan sesuatu aktiviti yang agak mencabar. Dah lama x masuk hutan buat camping ngan kelab ni. Kalau dulu2, selalu je masuk hutan sebagai guru pengiring kepada kelab.. Nama je guru pengiring, tapi main + aktif kat camping tu macam peserta jugak.. hehe.. Bila lagi kan. Time tu la nak melepaskan segala gian dan minat meneroka ni.

Tahu x? Klau x tahu, Meh nak kabo, sebelum penulis dan yang lain sampai ke kawasan air terjun tu kan.. Kami semua kena mendaki dulu dan meredah hutan serta anak2 sungai.. Itu yang mencabar tu! Sambil membawa segala perlatan dan kelengkapan untuk berBBQ di sana. Plan asal, ada lebih kurang 20 keluarga yg akan ikuti ekspedisi ni. Tapi masing2 ada kekangan dan kerja, tinggallah beberapa keluarga sahaja. Kat sini, kalau nak datang ramai2, kena tempah dulu kawasan ni tau, sehari RM250. Itu termasuk keseluruhan kawasan air terjun tu, sekali dengan dewan dll.. Lagi 1, bagi yang tidak mampu untuk berjalan kaki meredah segala obstructions kat sana, boleh juga menyewa jeep untuk ke sana. Dun worry tentang kemudahan. Semua disediakan..

Macam mana keadaan air terjun tu? Haa.. Air terjun kat sana tersangatla cantik.. Sejuk dan air bersih, siap boleh minum lagi air tu sebab kami naik ke kawasan paling atas. So, atas pada kawasan tu kira tidak ada orang yang bermastautin. Kecuali rakyat jelata hutan itulah especially semut2 yang creep. Apa yang menariknya, kawasan yang kami berkelah tu memang xde orang lain, Hanya kami saja. Ok, hanya kami sahaja! So, bebas buat apa saja, buat macam hak milik sendiri, jadi macam tuan rumah sendiri.. hehe.

*Masuk dalam air pun still setia bersama DSLR.. ;)

Ok, Now kita ke Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian pulak. After berkelah, berBBQ dari awal pagi sampai ke petang, kami menuju ke Teratak Nalys pulak sebab jiran penulis menyewa di sana. Jadi kami bermastautin di sanalah sementara.

Apa yang ada di Teratak Nalys tu? Ok, ini yang semangat penulis nak story. Kira pakej promote lah ni ye. Di Teratak ni, sesuai untuk camping dan sesuai untuk menikmati satu percutian yang menarik, percutian yang jaauuuh dari kesibukan bandar. Masuk kawasan ni macam xnak balik. Very reconcile. Di sini disediakan kemudahan Chalet, Khemah.. Yang tu boleh diambil dalam bentuk pakej. Selain tu, di dalam kawasan tu juga, ada space khas untuk memancing, bersukan dan berBBQ. Siap ada dewan khas lagi.

Itu je ke..? Lain-lain xde? Adaaa.. Banyak lagi. Bagi yang menggemari aktiviti mencabar macam penulis ni.. (Mencabarkah?) hehe.. Haa.. Nak tau mencabar ke x, di sini ada disediakan kawasan untuk berkayak, kawasan untuk berkuda (Equestrian Club). Selain tu, disediakan juga jeep/4x4 dan scrambler untuk masuk menjelajah ke hutan.

Untuk Equestrian, yang Paddock Ride harganya RM30 bagi tempoh 30 minit. Manakala bagi endurance ride, harganya RM50 per jam. Kalau time2 free tu, boleh juga kita menjinakkan diri dan memanjakan diri bersama kuda tu. Berkenal-kenalan dengan kuda, orang kata kalau x kenal maka x cinta.. Bagi kuda makan ke, mengusap2 kuda ke kan. Itu satu experience yang pastinya ada value!

Then, untuk aktiviti mencabar tu pulak.. Selama ni kita asyik naik kereta biasa, laluan biasa dan permukaan jalan pun biasa je kan. Apa kata kali ni kita mencuba naik kereta luar biasa, laluan luar biasa dan permukaan jalan pun luar biasa. Pasti itu akan menjadi satu kenangan yg xkan dilupakan.. Bagi yang nak naik 4x4/jeep bayarannya RM50 satu jam dan untuk scrambler pulak, RM30 untuk 1 jam.. Tapi minyak SDN BHD lah.. Kena sediakan minyak sendiri..

Jangan risau, penulis akan upload beberapa gambar. Seperti biasalah, bila berada di kawasan kehijauan dan keindahan ciptah Ilahi, tambah2 tempat air terjun, maka bergeraklah lensa kamera DSLR penulis.. Snap sana sini. Nak buat macam mana, dah jadi hobi ambik gambar2 macam ni. hehe..

Disebabkan hanya kami yg booking, overall kwsn ini milik
kami dan bebas buat apa saja.. hehe


Ok, di situ sahaja yang penulis boleh ceritakan serba sedikit tentang pengalaman penulis. Maklumat lebih lanjut tentang percutian ini, sila lihat di sini. Yang pastinya, tujuan picnic ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah antara jiran tetangga dan mengosongkan minda sebentar dari segala tugasan. Di samping merehatkan dan memberi hak yang sepatutnya kepada tubuh badan serta bermesra bersama keindahan ciptaan Ilahi.

Sesungguhnya Allah itu sangat indah dan Dia cintakan kepada keindahan..
Dalam keindahan alam itu adanya Allah..
Allah sebagai pencipta dan raja segala pemilikan alam semesta.

Inilah lokasi Resort tersebut



Friday, November 5, 2010

Rombongan Istimewa


Rombongan apakah itu? Haa.. Baca tajuk tu, maka dalam mind ramailah yang terfikir rombongan meminangkah.. Ups! Bukan..Bukan.. Nanti dengan entry ni, jadi kontroversi pulak.. Jangan menghujani penulis dengan pelbagai pertanyaa dan persoalan..

The truly story.. 4 November 2010.. Rombongan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA (MPP-UniSZA) telah berkunjung ke rumah penulis. Ini semua atas cadangan Timbalan Presiden kita lah, Sudara Izzuddin.. Ingat pada asalnya hanya gurauan, rupanya nak datang betul..

Actually mereka ni datang menuju ke Port Klang dulu untuk hantar barang yang akan dihantar ke Kemboja.. Untuk makluman, Global Social Responsibility MPP UniSZA akan ke Kemboja pada Raya Haji ni.. Semoga semua berjalan lancar dan selamat ye.. Untuk maklumat lanjut, sila yarai FB MPP-UniSZA di sini.. Promote tu.. hehe..

Ok.. Plan mereka nak dinner di rumah penulis.. Maka penulis wif my mum pun prepare la untuk dinner malam tu.. Jam 8.15 malam tibalah kenderaan UniSZA di hadapan rumah penulis.

Masuk je dalam, dah riuh mereka bersembang2 wif my dad. Layan sungguh.. Pok cik (pemandu kenderaan UniSZA) pulak mengajar kami cakap Terengganu.. Apalagi, yang faham memanglah faham, yang x faham tu buat2 faham je lah. hehe. Dalam ramai2 tu, pokcik2 pemandu van dan pemandu lori UniSZA turut join sekali tau, 4 orang. Tu yang bertambah meriahnya tu.

Exco2 MPP yang perempuan pulak rajin.. Ehem.. Mereka ni siap basuh pingan complete lagi. Dah ditegah dari basuh, dibasuhnya jugak.. Kalau gini, blh mai sokmo la.. hihi.. Sembang pun makin rancak, minum pun dah, makan pun dah, dessert pund dah.. Lastly dihidangkan air panas, risau jugak penulis sebab menghidangkan mereka minuman sejuk (cocktail)... Disebabkan after this mereka akan menempuh perjalanan yang jauh, maka penulis pun hidangkan mereka dengan air panas pula.. Biar segar sikit kan..

Lastly.. Apalagi kalau bukan sesi bergambar. Ini my dad punya idea dan permintaan la. Nak bergambar kenangan. Ok, after this boleh buat program pertukaran anak angkat kot. (cadangan En.Izzuddin) hehe..

Stop story.. Jom layan beberapa gambar yang sempat penulis upload..


Inilah mereka2 yg rajin sangat masuk dapur
membasuh pinggan

Abg Izzuddin wif my cousin sedang meneliti
software dalam laptop..

Sidang sembang2.. Apela yang melucukan
tu..

Inilah wajah2 mereka bergambar bersama..
Ceria kan!


Pasti penulis akan rindu suasana ni!

Ok.. Mereka nak sayonara ke UniSZA dah..
Selamat jalan semua..

Ada rezeki, Bertandang lagi.. ^_^

Tuesday, November 2, 2010

Yahudi Takut Jadi Bangsa Yahudi


Eramuslim– Seorang perempuan Yahudi yang tinggal di Istanbul, mengatakan pada pemerintah Israel. “Sekarang, saya dan teman-teman saya dalam komunitas Yahudi di Istanbul takut memberitahukan nama. Kami tidak ingin diidentifikasi sebagai kaum Yahudi.”

Ia menambahkan, “Kami takut berjalan-jalan. Slogan mendukung Palestina dan menentang Israel ada di mana-mana. Bendera Palestina bahkan dipasang di depan Sinagog. Kami menjadi segan keluar rumah. Pada hari Sabbat (Sabtu), Sinagog kosong. Kami ketakutan akan diserang oleh orang-orang di sekitar kami.”

Di semua sekolah di Turki, sebelum acara belajar-mengajar dimulai, diadakan satu slot untuk mengenang anak-anak Palestina yang terbunuh di Jalur Gaza. “Anak-anak kami menjadi takut pergi ke sekolah. Anak-anak kami datang dari sekolah dengan membawa sampul berisi wang untuk memberikan derma kepada anak-anak yang mati di Jalur Gaza. Kami tahu, jika kami tidak menyumbang, maka orang-orang akan tahu bahawa kami sebenarnya orang Yahudi. Sekarang, di semua tempat yang kami datangi, di tempat kerja dan tempat bank, orang-orang mengherdik kami ‘lihat apa yang bangsamu lakukan terhadap Gaza!’”.

“Sikap ini bukan saja dilakukan oleh orang Muslim, tapi juga juga dari kaum sekular. Ini mungkin membuat kami berfikir untuk kembali Israel..” pungkas wanita itu. Yahudi,memang bangsa yang selalu membua tkerosakan di muka bumi.

Sumber: Ikhwany

Related Posts with Thumbnails