Terfikir jugak macam mana la nak bid kejap lagi. Orang ramai. Then, kami ambil tempat duduk masing2. Seram sejuk je bila company manager dah datang.
Thursday, December 30, 2010
Property Auction Sale
Tuesday, December 28, 2010
Riadhah..
“Kak, jom jogging.” Itu kata adik lelaki penulis yg baru sampai dari Indonesia
“Nak kasi akak jalan macam tulang rangka ke? Itulah jawab penulis.
“Akak dah kurus macam tu nak ajak jogging lagi” Itu jawab my mum pulak.
Itulah perbualan kami di waktu riadhah petang satu ketika dahulu. Jawapan macam tu penulis bagi sebab time tu ada perasaan ‘malas’ sama kot. Hehe.. disokong plak dengan ayat my mum. Melepaskan dirilah tu.. hee~ Tapi itulah hakikatnya. Penulis pun tau, jogging ni bukan setakat nak kuruskan badan je, tapi nak menyihatkan badan kan. Jadi, petang tu penulis bermesra dengan pokok2 je. Lagi best kot..
Ok, ini story untuk hari ini.
‘Jom main badminton kat luar” Ajak my mum sambil berjalan keluar.
Tanpa memberi jawapan penulis terus berpakaian sukan, keluar main.
Haa.. Petang ni memang penulis exercise habislah. Lepas je main badminton wif my mum, main dengan adik2 pulak. Then kami pergi jogging lagi. Adala turun sekilo (kg) kot.. (Mengarut.. hee~)
Kalau dulu, time cuti2 sem macam ni tiap pagi mesti keluar jogging ngan parent. Then sarapan kat restoran atau bawah pokok. Kalau x jogging pagi, sebelah petang mesti jogging sekejap. Teringat sabda Rasulullah:
Sabda Rasulullah SAW:
Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah.
Tapi sekarang, pagi je, bangun terus bukak komputer. Buat kerja. Tak cukup siang, sambung malam pulak. Kerja dah berderet menunggu. Selagi x siap, rasa x complete je, gelisah hidup. Petang2 baru keluar. (Gara-gara diberi tender bertalu-talu) Alhamdulillah rezeki dari Allah..
Makan. Kerja. Tido lambat. Ini punya habit memang rasa badan macam x sihatlah. Confirm! Mulalah gelisah tu bermaharajalela.. hehe. Bila rasa macam tu, barulah keluar exercise petang2. Barula nak amalkan gaya hidup sihat. Isy3.. Ok, now dah change gaya hidup seperti biasa. mesti kena ada exercise macam dulu.
Then, after jogging penulis luangkan masa sekejap dengan rabbits peliharaan kami ni. Comel2. Geram tengok. Memang tiap petang rabbits ni akan dilepaskan di sekitar halaman rumah, bagi rabbits ni main. Time lepaskan rabbits ni, memang ramailah kanak2 yang akan datang nak tengok. Tengok budak2 happy, penulis rasa cukup happy dengan karenah mereka ni. Lucu dan mencuit hati. Ada satu kisah Nabi (selawat ke atas Baginda) yang sangat mencintai binatang.
Alkisahnya: Ketika Nabi Muhammad hendak mengambil jubahnya dan mengetahui bahwa seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah tersebut, Nabi Muhammad pun memotong lengan jubah yang digunakan tidur oleh sang kucing dengan tujuan agar tidak membangunkan tidur si kucing. Kita sekarang ni, macam mana? Nampak kucing je, ada yang sepak kan.. Hmm.. renung-renungkanlah sahabat ye..
Saturday, December 25, 2010
Pendaftaran Kursus
LEGAL ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW IN M’SIA
ADMINISTRATION OF ISLAMIC PRINCIPLES
HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
RESEARCH PAPER (THESIS)
LOCAL GOVERNMENT
NAHU SOROF
Wednesday, December 22, 2010
Bayi Koma Dibaling Bapa
MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.
Sunday, December 19, 2010
Sepetang bersama alam..
Pic Monkey tersesat..hehe (penulis snap di bahu jalan)Penulis suka pic ni sebab mengingatkan penulis kepada fenomena yang berlaku pada zaman sekarang. Monkey tu sanggup bawa anaknya dan peluk erat2 anaknya supaya dalam keselamatan yg baik. Tapi, manusia? Apa yang manusia lakukan? Buang anak merata. Tiada perasaan kasih sayang dan perikemanusiaan.Benarlah, dalam jiwa binatang tidak ada sifat manusia, tapi dalam jiwa manusia ada sifat binatang..
Di dalam Al Quran, Allah berfirman agar kita memerhatikan burung, seperti dalam ayat, "Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu."
(Surat al-Mulk: 19)
Kebaikan dunia & akhirat..
Ertinya:"Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi pegangan bagi setiap urusanku. Perbaikilah duniaku yang di situlah urusan kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang ke sanalah aku akan kembali. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyak amal kebajikan, dan jadikanlah kematianku sebagai tempat peristirahatan dari setiap kejahatan."
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(QS. Al Baqarah: 201)
Friday, December 17, 2010
Berapa luaskah alam ini?
Semalam semasa penulis meneliti ‘perpustakaan mini’ keluarga, penulis terlihat ada satu buku yang menarik perhatian penulis. Buku tersebut ayah penulis yang buat typesetting, di mana sebelum ni penulis ada juga follow up buku tersebut sebab isi kandungannya telah menarik perhatian penulis. Penulis buku tersebut merupakan pensyarah penulis dahulu semasa penulis berada di sem 3, subjek Faraid. Belia adalah Dr. Salleh Islmail Yusuf Al-Muti’e dan buku beliau bertajuk ‘Mukjizat A-Qur’an & Fakta-fakta Saintifik’. So, penulis cadangkan untuk readers beli buku ni. Banyak maklumat yang kita tidak ketahui sebenarnya.
- Sains menjawab pertanyaan “bagaimana”, sedangkan agama menjawab pertanyaan “mengapa”.
- Sains berurusan dengan fakta, sedangkan agama berurusan dengan nilai atau makna.
- Sains mendekati realiti secara analisis, sedangkan agama secara sintesis.
Planet-planet matahari, bumi, bulan dan lain2 berada dalam sekelompok ‘galaksi al Labaniyyah’ yang dianggarkan berjumlah seratus juta buah bintang banyaknya atau mungkin lebih dari itu. Di angkasa langit Allah ni, dianggarkan terdapat lebih daripada 100 juta galaksi, galaksi tu setiap satunya berjumlah tidak kurang dari seratus juta buanh bintang banyaknya. MasyaAllah!
Aggaran jarak antara satu galaksi dengan satu galaksi lain pula lebih kurang 80,000 hingga 100,000 ‘tahun pergerakan cahaya’. Readers bayangkan, mengikut satu pendapat, kelajuan cahaya bergerak ialah selaju 9,416 juta kilometer dalam tempoh ‘satu tahun cahaya’ atau dianggarkan bergerak sejauh 300,000 kilometer dalam tempoh 1 saat. Kalau macam tu lah, cuba bandingkan berapa jauhkah jarak antara satu objek dgn satu objek yang lain jika jarak antara mereka ini sejauh 80,000-100,000 tahun ‘pergerakan cahaya’ jaraknya.
Manakala jumlah objek-objek besar di angkasa pula dijangka terdapat hingga ratusan billion buah galaksi yang ada di angkasa Allah itu. Maka, jika nak dikirakan, berapa luaskah alam yang Allah cipta dan miliki ini?? Sudah tentulah jawapan yang tepat kepada soalan ini hanyalah Allah sahaja yang tahu kan. Manusia sudah pasti tidak akan menjumpai jawapan yang tepat kepada persoalan ini. Sebab? Sebab x mungkin manusia mampu dan mustahil boleh menjelajah ke segenap sudut alam angkasa Allah ini kan.
See readers, terbuktilah Allah itu maha berkuasa. Sehingga kita tidak mampu meneroka perkara tersebut, Itu semua menjadi rahsia Allah. Begitu luas alam ini, Subhanallah, Allah maha Besar. Kun fa ya kun. Maka jadilah.
Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah. Kita hanya insan yang kerdil dan segalanya hanyalah pinjaman daripada Allah. Bayangkan jika Allah mengambil 1 anggota yang diberi pinjaman kepada kita, contoh Allah ambil kembali ibu jari. Bagaimana kita nak lakukan kerja seharian? Kerana semua jari lain bergantung kepada ibu jari. Fikir-fikirkanlah.
Letupan Supernova SN yang berlak di Nebula Tarantula
(sekadar perkongsian)
Tuesday, December 14, 2010
Makan Malam bersama MAHER ZAIN
..::Malam Amal bersama Maher Zain::..
Penyanyi Maher Zain kembali ke Malaysia atas permintaan ramai. Kali ini beliau akan membuat persembahanan dalam Malam Amal Setulus Kasih mulai 26, 27 dan 28 December 2010. Program anjuranMuslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ.
Bertempat di The Summit Hotel Subang, USJ
Harga tiket bermula dari RM200 hingga RM1000
Atau jika syarikat berminat untuk membeli meja,
PENJUALAN MEJA (TIKET)
Meja Cinta = (1 Meja x RM10,000)
Meja Kasih = (1 Meja x RM 5000)
Meja Sayang = (1 Meja x RM 3000)
Meja Ukhwah = (1 Meja x RM 2000)
Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja, hubungi :
1) Muhammad (Muslim Aid Malaysia) - 012 3377195
2) Nazirah Idris (IMC) - 013 3898534
3) Sukma (Alumni ESQ) - 016 3011540
Membeli dan berhibur sambil beramal penuh Exclusive
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahu pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.
Al-Hadid: 18
Sunday, December 12, 2010
Walimatul 'Urus
Di Kedah, atas urusan walimah dan ziarah saudara-mara. Ini merupakan perkara tradisi dalam keluarga. Dalam setahun kami diwajibkan untuk mengambil masa pulang ke Kedah dan menziarahi sanak saudara. Hatta berada di KL sekalipun, kami akan atur langkah untuk agenda ini. Kalau penulis balik cuti dari U pun, memang wajiblah kiranya untuk mengatur ke rumah sanak saudara dulu. Inilah tradisi kami. Supaya ukhuwah dapat dieratkan lagi.
Ok, di Kedah. Ada 3 undangan Walimah dalam masa seminggu. Kenduri ni yang bestnya masa malam sebelum kenduri. Orang biasa panggil ‘rewang’. Malam ni lah saudara mara dari segenap pelusuk semuanya turun. Masa ni la nak jumpa semua dan bermesra-mesra. Masa ni lah nak melepaskan segala rindu. Ada yang xjumpa sekian lama dan bertahun, tiba2 jumpa malam tu. So tired tapi best!
“Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Tugasan penulis. Penulis diberi mandat untuk buat hiasan hidangan bagi pengantin. Jadi, penulis pun ajakla sepupu-sepupu penulis untuk join bantu penulis. Wah! Ini memang masa yang ditunggu. Penulis memang minat benda-benda camni. Hatta nak hias pelamin dan hantaran pun penulis sangup. Biasanya kalau ada apa-apa kenduri, tugas inilah yang diberikan kepada penulis. Kadang penuluis sendiri voluntr nak buat. Haa, time ni lah nak mengasah segala bakat dan upgrade serta memperhalusi seni tu kan. Kalau simpan lama-lama nanti berkarat pulak.
Masa kenduri. Al-kisah, kebetulan penulis bawa kamera DSLR. Seperti biasalah, ke mana saja penulis pergi pasti DSLR peneman bersama. Nak dijadikan story, penulis terpaksa jadi bidan terjun! Kena jadi jurukamera selama sehari untuk pengantin.. hehe.. Apakah ini? Belum pernah jadi jurugambar ni. Nak kena ajar pengantin candid2.. Aduh.. But, nvrmn.. Demi cousin, sanggup dilakukan.. Bila lagi kan. Ini salah satu transformasi mencari bakat dalam diri dan mempelajari serta merasai pengalaman baru. Ini juga dinamakan rezeki dan nikmat dari Allah..
“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Pengalaman yang penulis amati sepanjang walimah ini sangat banyak. Banyak manfaat sebenarnya bila kita turun join majlis ni. Bila berborak dengan golongan tua, menjadikan diri kita lebih matang. Selain, memasyarakatkan diri. Sebab itulah dari kecil lagi penulis dididik untuk hadir ke mana-mana majlis atau event keluarga. My family amat menitikberatkan soal ini agar ukhuwah itu sentiasa segar. Malah setiap tahun mesti adakan family day, berkumpul ramai dalam satu percutian.
Alhamdulillah atas segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan. Nikmat kesihatan, umur yang panjang, kekuatan, kedamaian, kekeluargaan, ukhuwah dan segalanya. Dan yang pasti adalah nikmat berada dalam Islam, itulah kurniaan Allah yang paling tinggi dan berharga.
“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(Surah an-Nisaa’, 4: 1)
Berkenaan ayat ini, Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa’di berkata,
“Allah menggandingkan di antara saranan supaya bertaqwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang dari memutuskan hubungan silatur rahim yang mana dengannya dapat menegaskan akan maksud tersebut, yang bahawa betapa wajibnya menunaikan hak-hak Allah, maka adalah juga wajib untuk menegakkan hak-hak makhluk, khususnya adalah yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan di antara mereka, bahkan menunaikan hak-hak mereka adalah di antara hak-hak Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya.”
(Tafsir as-Sa’di, 2/11)
Friday, December 10, 2010
Sedirham al-Hubb
Thursday, December 9, 2010
MAHA 2010
Next entry after lama bersara.. Bersara..? Hehe.. Lama penulis biarkan blog ni berusang kan.. Ok.. Kali ni penulis nak ceritakan tentang perjalanan dan pengalaman penulis ke MAHA 2010. Sebenarnya penulis sampai ke KL pada pagi Jumaat jam 6.30pagi.. Pagi tu parent penulis ajak keluar ke KL.. Before that, mestilah kami breakfast dulu di luar, terus ke penerbit dan selesaikan urusan kerja dulu. Then solat Jumaat di Masjid UPM. After solat Jumaat terus penulis dan family ke MAHA 2010. Ok, let’s go dengan story..
MAHA 2010 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show). Pameran ini merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung diadakan Malaysia.. Ditaja oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA yang diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang.. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin juga di Asia. Hebat kan.. Kalau pergi hari minggu sudah tentulah jalan sesak. Jadi, no choice. Penulis pun ajak family dan menggagahkan diri juga untuk pergi pada hari Jumaat, waktu bekerja untuk elak dari kesesakan.
Bermula dari jam 2 petang sehinggalah jam 8.30 malam penulis dan keluarga bermastautain dan tawaf di sana. Luas! Itupun xhabis kami jalan. Ada lagi beberapa tempat yang kami belum jejaki. Di sana disediakan bas dan juga tram FOC je. Tidak melepaskan peluang, kami sekeluarga cuba menaiki bas khas yang disediakan. Disebabkan penulis tidak pernah naik bas rapid (hehe, akibat daripada larangan keluarga), maka kami sekeluarga pun mencubalah menaiki bas. Memang semua kena naik bas untuk ke sana pun, kenderaan lain tidak dibenarkan masuk. Hala pulang, kami menaiki tram. Nak beratur naik bas/tram tu punyalah panjang. Nasib baik banyak trip yang disediakan.
Ok, dari terminal pertama nak ke terminal kedua kena naik bas/tram tau sebab jaraknya agak jauh. Satu kerugian bagi sesiapa yang berada hampir dengan serdang tapi xpegi. Masa penulis berada di surau sana, penulis cuba borak dengan makcik2 di situ, bila ditanya ada yang datang dari Melaka, Johor, perak dan merata tempat semata-mata nak datang ke MAHA.
Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti. Penulis dapat lihat pelbagai demonstrasi diadakan. Sangat menarik! Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
Antara products, services, research & technology adalah:
PRODUCTS
· Agriculture (fresh produce- from farms to table)
· Fruits and vegetables
· Plant materials
· Meat, poultry and dairy products
· Cereals and grains
· Aqua, fish and seafood-based products
· Floriculture and landscape products
· Forestry products
· Root-based products
· Palm-based products
· Herbs and spices
· Nutritional food supplements
· Pharmaceutical products from medicinal plants
· Handicraft
SERVICES
· Franchise Development
· Financial Services
· Marketing logistics, trading and distribution
· Trade promotion
· Marketing communication services e.g. advertising, media
relations, consultancy, infotainment
· Certification and accreditation
· Tourism e.g. farm and home stays, orchard tours
· Intellectual Property (patents, trademarks etc)
· R & D in agro-based products
· Halal product marketing & distribution
· Ministries
RESEARCH & TECHNOLOGY
· Mechanism & automation
· Agro environment management / remedition
· Nano-Technology
· Melocular and Bio-Technology
Ok, di atas dah pun disenaraikan. Sepanjang perjalanan penulis di sana, setulusnya memang penat. Tapi best sebab kenyang, puas hati, apa yang nak tengok semua dapat, apa yang nak tahu semua dapat. Pendek kata, semua completelah! Mana tak kenyangnya, sepanjang perjalanan dalam dewan makanan polular tu, asyik orang bagi makan je kan. FOC. Semua boleh rasa. Yang puas hatinya, dalam dewan makanan popular tu penulis jumpa orang yang menjual makanan dari Makkah. Jadi, apalagi! Penulis pun memborong kurna 2,3 jenis, halwa susu unta, madu and etc lah.. Makanan macam tu kalau penulis jumpa kat mana2 pun, mesti penulis beli. Bukan senang nak jumpa tau. Itu yang penulis borong habis-habisan, untuk buat stock dalam tempoh yang panjang. Hehe.. Makanan berkualiti macam tu jangan dilepaskan.
Tempat yang paling best, tempat binatang ternakan.. Haa.. Kat sana kami adik beradik ni teruja dengan rabbit. Habisla rabbit ni digomel kami. Macam2 binatang yang pelik2 kat sana. Ada kambing kacukan nama Limousine. Ada juga lembu kacukan nama Charolais. Pelik kan nama, macam nama bintang antarabangsa tu… hehe. Yang pastinya semua menarik perhatian. Nanti penulis upload pics, so bolehla readers tengok ye. Berjalan2 sampailah waktu maghrib.. Memang enjoy habis kami sekeluarga hari ni.
Ok, time maghrib penulis berada di terminal kedua. Jadi, ini menandakan penulis dan keluarga perlu mencari surau untuk solat di sini.. Ok readers, di sini ada beberapa perkara yang penulis tidak puas hati. Guess what?? Surau! Surau di sini sangat tidak memuaskan. Kenapa? Sebab kemudahan untuk surau sungguh tidak dijaga. Kotor, tiada paip ambilk wudhu’, terpencil, xde kain telekung, xde sejadah, malah tiada tanda2 sebagai sebuah bangunan surau sedikitpun. Bayangkan. Tempat lain boleh buat cantik2. Kandang kambing, lembu pun siap ada kipas lagi. Tempat ternakan itik, ayam pun siap ada air-cond. Kenapa tempat solat xde semua tu. Bukan penulis mintak nak kemudahan camtu semua, sekurangnya ada tikar buat lapik. Ini tidak, lantai berselut, kotor. Macam mana nak solat?? Sedangakn majoriti di sana adalah dari kalangan umat Islam. Mahu tidak mahu, terpaksalah kami bersolat dalam keadaan darurat. Nasib baiklah pakaian lengkap menutup aurat dan boleh dibawa untuk solat tanpa kain telekung. Kalau yang tidak lengkap tu macam mana? Ini yang penulius betul2 tidak puas hati. Penulis dah pun usulkan surat ke pihak atasan dan berwajib, harapnya selepas ni ada tindakan yang diambil dan membawa perubahan di masa akan datang supaya perkara macam ini tidak berulang lagi.
Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah 1432H
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".