.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, March 30, 2012

Buat Peserta GMJ


Teruskan memuji Allah S.W.T dan teruskan berselawat ke atas Nabi yang kita cintai Mohammad S.A.W.

Jangan lupa untuk mendoakan para sahabat baginda, ulama, auliya’ dan para solihin. Guru-guru kita seperti Imam Hasan al-Banna dan ibu bapa kita serta kaum keluarga dan sahabat handai, tidak wajar dilupai dalam setiap doa harian kita.

Selepas Hijrah, baginda dan para sahabatnya sentiasa berusaha membangunkan Madinah agar menjadi Negara yang menjadi contoh kepada alam. Negara Khalifah itu sangat penting bagi membuktikan itulah antara kemuncak dakwah dan risalah yang dibawa baginda S.A.W.

Walaupun setiap peperangan Badar, Uhud atau Khandak merupakan ibadah besar ketika itu, namun baginda memahami memberhenti dan mengelakkan peperangan akan memberi ruang yang lebih besar untuk membina Madinah dan meyebarluaskan dakwah mulia itu.

Lalu baginda memimpin para sahabat menongkah arus peperangan, kepada persiapan melaksanakan ibadah umrah ke Mekah pusat musuh utama ketika itu. Ini menempah pelbagai risiko.

Kebijaksanaan membuat musuh mengelabah, samada menghadapi rombongan Umrah dengan membunuh mereka atau membenarkan masuk, satu hikmah yang perlu kita pelajari.

Seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mengutuk pemimpin Quraisy sekiranya mereka membunuh Nabi S.A.W dan para sahabat yang datang dalam keadaan berihram.

Di satu keadaan lain pula, seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mentertawakan pemimpin Quraisy. Kerana, membenarkan mereka yang diperangi dan yang pernah dihalau dari halaman mereka itu kembali bebas masuk ke Mekah mengerjakan Umrah.

Kebijaksanaan ini pernah kami contohi dalam usaha Marvi Marmara membuka medan perjuangan di bumi Gaza. Memang kita tidak mampu mengawal kerajaan haram zionis itu. Tetapi Marvi Marmara telah membuka dan mencelikkan mata dunia untuk terus membantu Gaza.

Marvi Marmara telah membuka medan baru, untuk rakyat Malaysia. NGOnya dan pemerintahnya bersama-sama gigih membantu Gaza.

Kini giliran Masjidil Aqsa di Tebing Barat, Palestin. Kita seluruh rakyat melalui 4 Ngo besar Palestin: Aqsa Syarif, VPM, MAPIM dan ABIM beserta NGO-NGO lain mengirim 23 orang sukarelawan ke sana.

Pesanana saya buat mereka:

• Bersihkan niat anda. Anda ke sana untuk mewakili kami memasuki Masjidil Aqsa dalam keadaan aman dan damai. Anda bayangkan perasaan sahabat yang menyertai rombongan umrah sebelum perjanjian Hudaibiyah itu. Pastinya ada risiko. Tetapi ia penuh dengan hikmah.

• Pemergian anda adalah mewakili perjuangan untuk mengembalikan hak orang Islam melakukan Ibadah di Masjidil Aqsa dalam keadaan bumi Palestin bebas merdeka. Perjuangan untuk Masjidil Aqsa sejak dahulu lagi mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia termasuk DYMM Yang Dipertuan Agong serta seluruh Sultan-Sultan Tanah Melayu. Perdana Menteri Malaysia dan ahli kabinetnya. Menteri Besar dan ketua-Ketua Menteri Kerajaan Negeri, kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

• Pelbanyakkan solat hajat, membaca al-Quran, puasa, zikir dan doa. Antara tasbih yang saya pinta kepada beberapa kalangan anda yang sempat saya temui ialah:


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

• Saya yain pihak penganjur dan tuan rumah di Jordan telah berusaha dengan pelbagai cara untuk membawa anda masuk ke sana dengan aman. Dengar dan patuhi segala arahan mereka dengan baik.

• Sekiranya anda dibenarkan masuk ke Masjidil Aqsa, bersujud syukurlah kepada Allah S.W.T. Pacakkan “bendera” perjuangan kita di sana, tanda yang jutaan ummat Islam akan berbondong-bondong ke sana dalam keadaan Masjid itu merdeka bebas dari cengkapan pemerintah haram zionis Israel itu.

• Kemungkinan kedua, anda akan dihalang. Samada pemerintah Jordan tidak benarkan anda keluar melalui sempadannya atau Komando Israel menghalang anda masuk selepas anda melepasi sempadan Jordan. Ketika itu anda akan sedih, berdukacita dan marah. Rakamkan perasaan anda itu untuk dihebohkan ke seluruh dunia, bahawa anda dinafikan hak anda dan hak seluruh penduduk dunia.


Kami hanya menantikan dari anda dua perkara sahaja:

Kepulangan anda dengan selamat; dan kami dapat menyambut anda dengan merasakan basah dari peluh dan titisan air mata seorang pejuang

ATAU

Menghidu keharuman darah syuhada’ yang mengalir keluar dari jasad anda


Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Pengasas dan Mantan Pengerusi Aqsa Syarif
Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

4 comments:

Amalina said...

salamualaikh' kak..

amal mohon share post di blog kakak ni di blog amal..

Anonymous said...

FOREX
TRADING FOREX
TRADING GOLD
BEST BROKER FOREX
IKOFX
BELAJAR FOREX

insulindea said...

saya lebih suka pilih pulang dengan selamat membawa kemenangan

Portugal Lux said...

Good afternoon.

If you like handmade shoes Portuguese take this opportunity to invite you to visit my blog.

Greetings

Thank you for your attention.

Portugal Lux

Related Posts with Thumbnails