.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, November 14, 2011

Kasih antara BOSS


BOSS

Hanya yang tertentu mengetahui istilah pendek ini. Hanya yang memahami akan memahami singkatan ini. Satu nama yang tidak asing bagi penulis walau dikenali dan berada di dalam kelompoknya dalam tempoh yang singkat, namun terasa seolah sudah bertahun bersama ‘BOSS’. Sudah tercipta kasih antara kami.

Secara rasminya, dalam keadaan sungguh terharu, penulis mahu tujukan perenggan pertama selepas intro untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat BOSS yang sangat mesra, sporting, ceria, peramah dan..dan..dan.. Tak tersebut rasanya.. Sebab di hari2 terakhir penulis berada di unisza, mereka buatkan penulis lalui hari-hari dengan penuh makna. Mereka cuba buat penulis tersenyum. Ya, penulis mampu tersenyum walau dasar hakikatnya hati menangis & tersenyum kelat. Mereka membuatkan penulis tabah walau pada satu masa penulis akur hampir rebah, beratnya kaki nak melangkah.

Terima kasih sudi hadir dalam satu majlis yang dianjurkan secara spontan. Mereka juga cuba berhibur waktu itu. Bila dah balik rumah, terkenang kembali detik itu, penulis tersenyum, akhirnya tertumpah air mata. Rindu menyapa. Seronok kan kita main bersama, sekelas. Maaf kalau apa yang penulis sediakan waktu itu ada kekurangan. Duit & harta benda boleh dicari tetapi waktu berharga sebegitu bersama sahabat penulis tidak mampu beli dengan nilai wang. Penulis tidak mampu untuk bayar harga sebuah kemesraan dan kasih sayang serta detik2 berharga kita bersama. Semua itu terlalu kemas dalam ingatan.

Sahabat-sahabat yang bertandang ke bilik secara peribadi, teruja rasanya. Buatkan diri menjatuhkan air mata lagi. Terima kasih. Sahabat-sahabat yang menghadiakan pelbagai hadiah pada penulis. Sampaikan penulis kena sediakan satu bagasi besar khas untuk hadiah yang penulis terima dari kalian. Cookies, teddy bear, tudung, mug, buku, cenderamata, ‘ikan nemo’, bunga, muffin, bantal upin, kad ucapan, sampaikan ada coklat yang harga RM50 ke atas penulis dapat. Barang ‘amanah’ yang penulis dapat, sangat berharga untuk diimplikasikan dalam kehidupan. Dan x lupa pada yang belanja makan. 2, 3 hari tu memang rasa macam banyak makanla, sure naik berat badan~ Terima kasih. Terima kasih banyak2. Terima kasih. Tidak terucap rasanya. Melihat kembali semua hadiah2 dan gambar2 ini, mengingatkan memori kita bersama.

Dan hari ini… Sahabat semua kembali ke kuliah seperti biasa, terasa kaki juga ingin melangkah ke sana, berjalan seiring bersama sahabat. Sungguh, penulis rindu saat berada dalam bilik kuliah bersama sahabat semua. Fenomena berceloteh, rebut kerusi, tanya soalan, gelak ketawa dll.. Semua rasa terbayang-bayang dan terngiang-ngiang. Detik itu semua tidak akan dapat kuulang kembali melainkan menjadikan satu memori yang kemas dalam hati. Semoga Allah pelihara ukhuwah yang telah kita miliki...


Sahabat
Pernah dulu aku tak mengerti
Kehadiranmu disisi
Apa harus kurasai

Sahabat
Aku pernah bertekad
Hanya sekali aku muktamad
Tiada ulangan tiada tempat
Sendiri aku akhirnya bertekad

Sahabat
Dunia ini tidaklah mutlak
Walau tekad sudah bernoktah
Tuhan jua yang punya takdir
Segala kemungkinan terhampar
Tiada yang mustahil

Sahabat
Aku cuba mengerti kehadiranmu kini
Hikmah Tuhan pasti tersembunyi
Moga Tuhan redhai hati
Agar kita sering diberkati

Namun sahabat,
Sungguh aku tidak angankan perkenalan
Yang akhirnya bawa perpisahan
Perit untuk diangankan
Lagi pedih bila berdepan

Justeru sahabat
Takdir aku mungkin berundur
Sebelum disentap
Sebuah sejarah ulangan
Yang pernah menggigit jiwa

Percayalah sahabat
Andai persahabatan ini ikhlas
Aku yakin Tuhan akan jagainya
Kerana Tuhan adalah Yang Maha Kuasa
Kerana Tuhan takkan pernah zalimi kita

Sahabat
Terima kasih atas segalanya
Sebuah hakikat nyata
Pasti jadi kenangan jiwa

Sungguh…
Kerana kau bernama Sahabat..

Sungguh indah rasanya hidup ini
Engkau telah membuat segalanya berubah kini
Engkau telah memberi harapan nyata aku impi

Terima kasih sahabat tersayang
Semoga saat seperti ini takkan hilang
Dan kita rangkai masa depan dengan kasih sayang

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(surah Al-anfal, 8:63)



Antara kita tercipta satu kenangan terindah.. =)



3 comments:

Kakzakie said...

Bila ianya disebut kenangan indah sudah pasti akan mampu membuat kita tersenyum dan menitis airmata. Namun kenangan bersama teman waktu belajar memang amat indah...

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Kakzakie..

Benar.. Memang tersenyum.
Masa muda adalah masa paling berharga, ketika itulah banyak kenangan yang tercipta dan banyak kita belajar dari pengalaman. Esok dah meningkat usia, terkenang detik2 manis dan detik2 bermakna.. =)

Anonymous said...

By the way..for argument's sake, writing Blog isn't to very nice~^^. it emotional :p...ermm,can't deny that women are emotional creature yet.Dan emotional tu ah yg wat dorg ade kekuatan sebagai wanita tauu......perkara yang lalu adalah sesuatu yang telah selesai laa :-).

Related Posts with Thumbnails