.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, March 5, 2011

Orang Buta dibantu Syaitan


Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.. Beliau bertanya kepada orang tersebut, “siapakah kamu?” Orang itu menjawab, “Aku adalah syaitan.?” Orang buta itu terkejut lalu bertanya, “kenapa kau menolong aku dari jatuh ke dalam lubang tersebut?” Syaitan menjawab , “Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.”


Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang buta pun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal..

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi”

(Hadith sahih – riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah bermaksud:

“Barang siapa yang mandi sunat pada Jumaat dan bersegera berjalan menuju ke masjid, kemudian mengambil tempat berhampiran dengan Imam serta mendengar khutbah dengan penuh perhatian, maka setiap langkahnya akan memperoleh pahala menyamai ibadat puasa dan solat pada malamnya selama setahun."


p/s: Masih meragukan fadhilat solat Jumaat? Justeru, mengapa dilengahkan lagi?


Related Posts with Thumbnails