.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, November 14, 2010

Siaran TV baru Alhijrah..


Alhamdulillah tidak terucap dengan kata-kata bila tahu tentang adanya siaran TV baru yang lebih menjurus kepada Islamic. Inilah yang penulis tunggu2 sekian lama. Penulis juga yakin, pastinya ramai rakyat Malaysia di luar sana yang menantikan hadirnya satu evolusi baru yang menampilkan sesuatu 'kesegaran' dalam media. Teutama yang lebih kepada Islamic.. Salute dan tahniah penulis ucapkan kepada pihak yang bertungkus lumus dalam mewujudkan siaran TV ALHIJRAH ini.

TV Alhijrah bersiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang di bawa Nabi Muhammada SAW. Kandungan TV Alhijrah merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya. Begitu terpesona mata, jiwa dan hati penulis bila melihat siaran langsung yang telah dirasmikan beberapa hari yang lepas. Genre kandungan ini meliputi program kanak2, remaja, wanita, sitkom, hiburan, program berbentuk ilmiah dan pendidikan, berita dokumentari dan majalah, drama dan filem, sukan dan rekreasi, tazkirah, forum dan perbincangan. Banyak kan? Harapannya semoga setanding dengan siaran-siaran TV yang lain.

Siapa pengendali? Ok, TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal. Alhamdulillah satu usaha yang baik dan ampuh untuk dibentangkan di hadapan masyarakat dalam medium penyiaran.

Untuk makluman readers, Siaran TV Alhijrah ni bersifat menyeluruh, bagi golongan Islam stesen televisyen Alhijrah akan menjadi sumber ilmu serta maklumat untuk meningkatkan pengetahuan manakala bagi yang bukan penganut Islam stesen televisyen Alhijrah membantu memperjelaskan tentang keindahan agama Islam yang sebenarnya. Betul kan? Islam itu adalah agama yang indah dan terlalu sempurna. Satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah. Bersyukurlah kepada Allah kerana kita dilahirkan dalam agama yang Islam. Nikmat Islam itu terlalu tinggi nilainya. Hanya saja, kadangkala kita yang alpa dan tidak merenungkan pemberian Allah pada kita. Padahal, nikmat Allah pada kita terlalu besar nilainya. Justeru, nikmat Allah mana yang kamu dustakan? Subhanallah!

Ok, dah tahu intro sikit-sikit, mestilah nak tau frekuensi dan nak lihat sendiri kan. Di bawah penulis ada upload frekuensi dan penulis letakkan sekali bersama link ke dunia TV ALHIJRAH. Dan, jangan lupa daftar keahlian tau. Promote ni.. Penulis sudah pun mendaftar sebagai ahli. Jom kita sokong rancangan Islamic! Itulah wadah yang yakni sempurna.


Sama-sama kita menyokong penerapan nilai-nilai Islam dalam diri dan masyarakat!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails