.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, October 21, 2011

Kerana RM20


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


Bila penulis terbaca artkel ini, teringat isu yang berlaku sekarang. Graf kes sosial terlalu tinggi. Awal didikan bermula dari rumah, awal didikan mengenal Allah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sama2 kita ambil peringatan pandang ke hadapan.
p/s: Hargailah masa berharga bersama keluarga. Jangan biarkan mereka membesar dalam keadaan dahagakan kasih sayang ibu & ayah. Anak kecil itu punya hak. Berikan hak mereka.

Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club

Thursday, October 20, 2011

Segulung Ijazah


Assalamualaikum.. Err.. I'm back! ^_^
Lama benar penulis x menjejakkan kaki ke blog penulis ni. Dilihat graf bilangan pengunjung yang menjengah ke blok ini bertambah, penulis pulak yang menghilangkan diri dan meng'anaktiri'kan blog. Sejak dari masuk ijazah, dah bergraduat sampaila sekarang dah beberapa minggu masuk kuliah, pun masih x update blog.. ish2..

Btw, actually apa benda yang dikarang ni semua dah ada dalam 1 folder MW, cuma belum punya masa untuk publish je. Masa. Masa. Masa. Tidak izinkan. Banyak pengalaman nak berkongsi sebenarnya.

Ok, Alhamdulillah 18/9/2011 lepas penulis diberi izin oleh Allah untuk hadiri Majlis Konvokesyen dan Alhamdulillah menerima segulung Ijazah dalam Islamic Administration. Turut dihadiri keluarga penulis dan sepupu2. 3 hari mereka berada di Terengganu. Sangat berterima kasih kepada insan2 yang disayangi kerana menceriakan hari bahagia penulis.

Inilah hadiah bermakna yang penulis mahu hadiahkan pada my parent. Lalu, malam itu di sebuah resort kami menginap, berhadapan dengan swimming pool dan bersebelahan pantai yang indah, penulis hadiahkan tiket masuk ke dewan konvo pada ibu dan ayah penulis. Itulah hadiah yang yang penulis usahakan selama 3 tahun  untuk diberikan kepada mereka. Ya, jasa mereka tidak mampu penulis balas, terlalu banyak dan tidak dapat diukur serta dinilai dgn wang. Moga ini semua menjadi pemangkin semangat kepada adik-adik dan kepada diri sendiri untuk terus maju ke hadapan, InsyaAlah.

Syukur, sekarang masih diizinkan Allah lagi untuk menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muada Sains Sosial Antropologi & Dakwah dengan Kepujian. Masuk saja ke bidang ini, bermakna tiada lagi istilah bersenang lenang kerana banyak teori dan praktikal serta kerja lapangan juga beberapa penyelidikan. Semester awal lagi sudah rasa mencabar kerana banyak istilah2 yang agak pelik digunakan. Tapi Alhamdulilah dalam kos ini kami disediakan tutor bagi setiap subjek dan setiap orang diberi mentor sebagai pembimbing.




Sangat rindukan saat bersama kamu sahabat.

p/s: Coretan menarik semasa konvo, kos kami menjadi tumpuan media & jurufoto dalam dan luar disebabkan budak2 kelas ni 'hyper aktif'. Dari dalam dewan konvo lagi dah jadi tumpuan. Kecoh. Saat itulah saya rindukan, rindukan keriuhan, keceriaan, guraun sahabat. I'll miss u all forever. Forever....... PERINTIS always in my heart...

Tuesday, September 20, 2011

Terharu layanan Prof


Sehari sebelum Konvokesyen penulis, keluarga penulis dah bertolak ke sini pada malamnya dan sampai di Terengganu pada jam 5 pagi hari Sabtu. Lalu mereka singgah berehat di Masjid dahulu sebelum datang mengambil penulis jam 7pagi di hostel. Tidak banyak agenda hari itu, hanya berjalan2 di Pasar Payang dan sekitar kawasan tersebut. Then kami ke pantai, rehat2 di sana sambil main layang2.. hehe.. Macam budak2.


 
Hari Jumaat lagi Prof dah call Tanya penulis dah tempah resort ke untuk keluarga.. Jawapanya ya penulis dah booking resort melalui online sebab adik2 penulis minta penulis carikan resort yang ada swimming pool. Lalu Prof Tanya. “Kenapa enti xbagitau ana awal2 keluarga enti nak datang, ana nak suruh enti sekeluarga duduk rumah ana je”. Terharu dengan pelawaan Prof.

“Keluarga enti semua berapa orang yang datang? Ana hajat nak bawak ayah enti dinner. Malam ni lepas maghrib ana nak gi tempah restoran” Kata Prof. Sekali lagi dia membuatkan penulis terkelu dan tak tahu nak bagi jawapan apa.

Jam 11pagi, masa penulis sedang melayan angin di tepi pantai bersebelahan resort tempat penulis menginap, Prof call lagi. “Ayah enti dah sampai? Ke petang ni sampai?”

“Keluarga ana dah sampai Subuh tadi prof. sekarang tengah rehat2 kat pantai. Adik2 ni nak main layang2” Balas penulis.

Oh, ana ingat ayah enti sampai petang ni. Ok, malam ni pukul 8 malam enti sekeluarga datang ke Restoran ***. Ana dah booking restoran kat sana.” Kata Prof. Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan membalasnya dengan ‘InsyaAllah’. Dalam hati dah rasa macam segan pulak dan cukup terharu dengan Prof.

Malam tiba. Prof datang bersama zaujah dan dua orang anaknya. Sungguh, sebelum ini penulis tidak berkesempatan untuk bersembang dengan zaujahnya, hari ini penulis diberi peluang. Keramahan zaujahnya terasa macam kami dah lama kenal dan anak-anaknya yang manja. Entah berapa ratus ringgit Prof habiskan untuk dinner malam itu. 


Selepas dinner, Prof ajak pula kami ke rumahnya. Di sana kami dihidangkan dengan air dan makanan lagi. Sungguh, full tank malam tu! Bersembang pelbagai isu, pastinya isu bidang penulis dan dunia penerbitan buku tidak ditinggalkan. Semua memori penulis-penulis buku kami bicarakan, mengimbau kembali kenangan semasa Prof dan ayah penulis berkecimpung dalam dunia penerbitan serta pembuatan buku. Dan kami tidak menyangka sebegitu sekali layanan Prof.

Retoriknya, Prof merupakan pensyarah penulis di UniSZA dan penulis selalu ambil job dari dia. Biasanya kalau penulis nak balik rumah, dia akan kirimkan skrip buku kepada ayah penulis. Pernah juga satu ketika dahulu penulis edit bukunya. Dan dia juga merupakan sahabat ayah penulis sebab ayah penulis banyak buat typesetting semua buku-buku Prof. Jadi, dengan keadaan yang tidak pernah jumpa, hanya berhubung melalui telefon dan internet, sebab tulah Prof aturkan temujanji sebegini. Kebetulan pula keluarga penulis datang konvo penulis di Terengganu.

Prof merupakan seorang penulis buku. Buku-bukunya sudah banyak di pasaran dan pernah mendapat jolokan buku “Best Seller”. Antara buku yang popular adalah “Halal & Haram”. Pernah menterjemah buku Syeikh Qardhawi. Pernah juga muncul dalam slot ceramah di media2 elektronik. Banyak syarikat yang menerbitkan bukunya. Sehingga sekarang masih aktif dalam penulisan. Di universiti pun, Prof banyak tolong penulis. Dia menjadi pencetus semangat penulis. Itulah pensyarah penulis, Profesor Madya Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari.

Jam 12 baru pulang ke Resort setelah singgah sebentar di tapak konvo UniSZA, bawa family jalan-jalan di sana. Bukan apa, kempunan nak makan sesuatu yg menjadi kegemaran penulis. Predict what? Strawberry salut coklat! ^_^ Sebab tu penulis ajak family ke tapak konvo jugak. Ad satu gerai yang jual makanan itu. hehe..

Pemandangan resort waktu malam. Soo nice dan tenang sangat.. 

Nak cerita lagi..? Bersambung kisah selepas konvo… =)


Wednesday, September 14, 2011

Bermula Hidup Baru

Assalamualaikum readers yang dikasihi. Lama sunguh rasanya penulis x update blog ni kan. Inilah satu-satunya entry baru selepas Hari Raya Aidilfitri. Rasanya tidak terlambat lagi untuk penulis ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” buat semua pembaca kan. Yalah, kalau di KL tu sebulan beraya. Itupun belum tentu cukup. Jiran2 di kawasan rumah penulis sekarang pun sedang sibuk buat pen house, termasuklah keluarga penulis. Pendek kata, hujung minggu memang dapur rumah tidak berasaplah. Banyak jemputan luar. Terkilan juga penulis tidak dapat join sekali. Ada yang buat open house selepas dari sebulan dek kekangan masa bekerja dll. Ampun maaf dipinta atas segala kekhilafan penulis samada secara sedar atau tidak. 

Oh ya, banyak story nak dikongsikan sebenarnya. Masuknya bulan September, maka bermulalah kehidupan dan status penulis sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda. Cepat rasanya masa berlalu meninggalkan zaman Diploma yang seringkali penulis rindui, zaman bersama sahabat2 sekuliah dan seperjuangan. Kini lembaran baru telah mewarnai hidup penulis yang tentunya lebih mencabar dan memerlukan ketabahan serta kesabaran yang tinggi dalam menjalaninya. Keputusan untuk sambung di Universiti yang ditawarkan inipun dibuat last minute, iaitu 3 hari sebelum hari pendaftaran. Kiranya keputusan dibuat dalam musim perayaan. Hati berbelah bahagi sebenarnya kerana ada agenda lain yang lebih menarik hati penulis. Namun, inilah yang telah Allah taqdirkan, seperti yang penulis lalui hari ini. Ya, itu aturanNya! 

Bermula dari Minggu Orientasi selama 5 hari. Sendirian penulis datang ke Universiti dengan menaiki flight dari Terminal Skypark. Sedih juga datang tanpa keluarga, sahabat lain rata2nya ditemani keluarga. Tapi keluarga penulis sudah berjanji untuk datang semasa konvo nanti. Dari orientasi ini, banyak pengalaman dilalui. Secara peribadinya, sesuatu di luar jangkaan penulis. Sesuatu yang di luar kotak pemikiran dengan apa yang berlaku. Benar-benar mengajar dan menguji erti kesabaran dan ketabahan. Penulis tidak bercadang ntuk menceritakan di sini. Biar lembaran kisah itu berlalu dan dijadikan tauladan serta pemangkin di masa akan datang. 

Belum hilang penat dan sakit badan berorientasi, keesokan hari kami diwajibkan pula untuk hadiri camp bagi pemilihan ambassador. Kami bertolak jam 10malam menuju ke tapak kem Merang. Tiba di sana, terus diberi taklimat dan menguruskan khemah masing2. Kami diberi rehat sebentar, jam 3 pagi kami dikejutkan untuk jalani latihan kecemasan. 

Paginya pula ada LDK untuk melatih kami speak in English. Sepanjang LDK dari jam 8 till 12.30 direct perlu gunakan English sebagai bahasa perantaraan & presentation. Tengah hari, aktiviti Jungle Tracking dan Water Confident. Yang paling best, water confident! Masing2 secara individu dilepaskan ke tengah laut untuk lihat kawalan tahap keyakinan seseorang dan perlu berusaha sendiri balik ke daratan. Best! 




Sayonara lewat petang dalam keadaan hujan lebat. Alhamdulillah Allah selamatkan kami dari sebarang bencana yang tidak disangka. 

Dan sekarang, mula melangkah ke dewan kuliah. Banyak perubahan. Awal-awal begini banyak perlu diuruskan. Mungkin masuk minggu ke-3 akan lebih konsisten dan stabil. Tapi seronok sebab dapat jumpa dan bersembang dengan pensyarah2. Awal2 lagi dah terjah bilik pensyarah. Hehe. Semua sporting belaka! 

Ditambah dengan urusan persiapan konvokesyen. Ok, next entry kita jumpa lagi! ^_^

Monday, August 29, 2011

Hari-hari Terakhir


Tahun ini, tidak seperti tahun-tahun lepas. Kalau tahun lepas, seminggu sebelum raya penulis dah sibuk mencari bahan nak buat kuih. Dah sibuk planning nak buat kuih apa. Dah sibuk tanya-tanya orang buat kuih apa raya tahun ini..

Tahun ini...? Tidak. Berbeza. No planning. Tidak ada agenda kuih. Banyak kuih tunjuk tahun ini. Memang ada terdetik juga nak buat kuih tapi dek kekangan masa yang keterlaluan, tahun ini pula Ramadhan penulis penuh dengan agenda & aktiviti sempena Ramadhan. Termasuklah program yang penulis anjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang/ Jawatankuasa Penduduk. Tidak kurang juga aktiviti yang diundang, usrah, ijtima' dan lain-lain. Tambahan pula tahun ini juga banyak dapat tender buat buku, disibukkan lagi dengan persiapan nak melangkahkan kaki ke alam Universiti semula setelah sekian lama 'berbulan madu'. Mungkin ini faktornya Ramadhan terasa begitu pendek. Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan untuk terus menghayati dan mengisi Ramadhan dengan 'bermesra denganNya' walau banyak tenaga dihabiskan di siang hari.

Minggu ini, minggu terakhir dalam bulan Ramadhan. Last minute punya planning, tiba-tiba tergerak hati nak buat jugak kuih raya. Pagi sabtu terus penulis siap-siap panaskan enjin kereta, keluar shopping barang nak buat kuih. ~Sambil2 tu, melencong shopping benda lainla jugak kan. hehe. Memag cari padah keluar hari Sabtu, jalan sangatla teruk. Dahla hari Jumaat tu penulis dengan ayah penulis seharian bersesak atas jalanraya. Disebabkan nak cepatkan urusan, ayah penulis minta tinggalkan dia di bank sebab bank pun terlalu ramai orang dan penulis drive sorang2 pergi gantikan tempat ayah penulis untuk attend meeting dengan penerbit. Otw nak pergi ambik ayah penulis di bank, 3 jam penulis terperangkap dalam jammed! Allah. Kesian ayah penulis tunggu lama.

Back to story. Dah jauh cerita pergi tu. Sabtu, pergi cari barang kuih, hanya keluar berdua dengan adik penulis yang bongsu. Petang balik terus masuk dapur buat kuih. Memang x plan langsung nak buat kuih apa. Main beli je barang. Balik adjust2 la kuih apa yang boleh dibuat dengan barang yang dibeli tu. Pelik, penulis pun pelik..~

Adjust punya adjust, dapatla 5 jenis biskut raya. Antaranya biskut Corn Flakes madu, Corn Flakes Vanilla, Biskut Makmur, Biskut Mazola dan Biskut Arab. Walaupun penulis buat sorang, sorang2 di dapur (bertemankan lagu2 raya hehe), sampai sakit2 badan, tapi rasa puas. Tahun ni memang tak dapat nak buat kuih almond london. sebab kuih tu kalau nak buat perlukan masa yang lama dan complicated. Jadi, rumah2 yang akan penulis ziarahi raya nanti, berjaga-jagalah! Bersiap siagalah! Serangan terhadap almond london akan bermula dari rumah ke rumah! hehe

Malam, sambil tangan mengadun kuih. Terdengar lagu Harapan Ramadhan (Raihan feat Man Bai). Sungguh, rasa sayu. Entahla, sebak pun ada. Tenggelam dah lagu raya bila teringat Ramadhan bakal berlabuh meninggalkan kita semua. Rasa sekejap je dapat bersama kekasih Ramadhan. Bagaimana ibadah kita? Adakah diterima? Masihkah ada harapan untukku bertemu dan berjodoh lagi dengan Ramadhan? Moga Allah sampaikan aku dengan Ramadhan yang akan datang. Allahumma Amin..

Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk menyiapkan kuih2 ini.


Selamat Menyambut Hari Kemenangan Umat Islam Buat Semua..

Wednesday, August 24, 2011

Sayu, Syahdu




Sungguh.. Sebak, syahdu, sayu lihat gambar di atas. Detik-detik terakhir sebelum beliau berlepas ke Cairo untuk menuju ke GAZA. Dalam tidak sedar, ada manik-manik yang jatuh dari kelopak mata penulis. Seolah penulis sedang berada dalam situasi di atas.

Benar, susah bagi seorang ibu dan sebak juga bagi seorang ayah untuk melepaskan anaknya yang berada dalam negara aman menuju ke negara yang sedang bergolak dengan peperangan. Di mana, bersimpang siur peluru menghujani bumi tersebut. Namun, atas dasar perjuangan yang digenggam, maka hati merelakan jua pemergian seorang anak yang membawa misi mulia.

Selamat berjuang sahabatku Muhammad Mus'ab Muzahar. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah para aktivis yang menjejakkan kaki di bumi barokah. Sesungguhnya, kalian adalah orang yang bertuah dan dipilih oleh Allah untuk menjejakkan kaki di tanah mulia itu. Pastinya tanah wakaf umat Islam!

Andai aku di tempat itu, sukar juga untuk digambarkan perasaan yang Allah campakkan.

"Ya, aku juga punya impian untuk menjejakkan kaki ke sana. Mencium haruman bumi barokah, mencium haruman darah para syuhada'. Moga peluang itu juga milikku satu hari nanti. Kerana aku yakin Allah telah membaca isi hatiku"


Birruh Biddeen, Nefdik Ya AQSA
UNITE FOR PALESTINE!

Sunday, August 14, 2011

Aku yakin Kau berjawapan

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,

Tapi dugaan pula yang datang.

Kadng-kadang kita minta untuk cerdik,

Tapi masalah pula yang datang.

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,

Tapi huru-hara pula yang datang.

Tapi percayalah, semua itu tersirat jawapan yang kukuh..

Dugaan menjadikan kita kuat.

Masalah menjadikan kita berfikir.

Huru hara menjadikan kita tabah.

Subhanallah! Semua aturanNya ada hikmah tersembunyi..

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."

(Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

(Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

(Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

(Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..

(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

(Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?

(Al-Ankabut : 2-3)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.


Tuesday, August 9, 2011

Tempahan Baju BERSIH kembali!


Assalamualaikum. Selepas penulis hentikan jualan baju BERSIH 2.0 tempoh hari, tapi masih lagi terdapat permintaan yang tinggi pada baju ini. Memandangkan ada yang berkeinginan untuk jadikan baju ini sebagai simpanan kenangan ekslusif dan susah untuk dapatkan selepas ini. Jadi, penulis buka semula tempahan terakhir dan edisi kali ini adalah edisi terhad, kain berkualiti tinggi (cotton lembut) serta design lebih kemas dari yang lepas.

Di bawah dipaparkan baju dan design yang terbaru. Stock adalah terhad. Boleh mula buat tempahan sekarang.

Baju lengan Pendek
RM25
Saiz S dan M

Baju Muslimah
RM45
Saiz M dan L

Kos penghantaran (Pos Laju)
RM5

Untuk tempahan & maklumat lanjut, hubungi:
Suhaila : 013- 9976690

Sertakan maklumat berikut untuk tempahan
-Nama
-Jumlah tempahan
-Saiz tempahan
-Alamat lengkap

Setelah pengesahan dibuat, Bank In ke:
Bank Islam
140 690 201 382 99
(Suhaila Lukman)

Penghantaran akan diproses selepas urusan bank in.


BAJU LENGAN PENDEK


Design belakang baju

Design depan baju


BAJU MUSLIMAH


Design depan baju

Sunday, August 7, 2011

Mara tanpa Gentar!



Malam itu aku masih di kedai kopi,
Menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar,
Bersama teman dan sahabat,
Sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar,
Melihat sebuah berita terkini.

Ooo..aku lupa bahawa,
Ada insan di bumi Palestin,
Tengah meratap-ratap pilu dan sedih,
Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang,
Dalam timbunan puing2 bangunan runtuh,
Dan peluru bersimpang siur berdesir di telinganya,
Dia terus menjerit dan meraung2,
Atas kehilangan itu.

Dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi,
Mencari anak lelakinya yang masih kecil,
Telah terlepas dari pautan tangannya,
Dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu.

Ada sekujur mayat kanak-kanak,
Yang masih memegang senapang mainan di tangannya,
Itulah anaknya,
Dan dia terus menangis serta menampar-nampar mukanya,
Mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah,
Syahid!! Syahid!! Syahid!! jeritnya.

Aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah...panas,
Dan aku kunyah sekeping roti bakar,
Temanku sibuk mengetip laptopnya,
Dan TV terus menyiarkan lagi..

Setiausaha Negara Amerika berkata-kata,
Sedang mencari formula mahu keamanan,
Aaah...berkata atas kuasa veto,
Hanya sebuah laoran,
Tidak pernah ada satu pakatan,
Hanya sekadar mahu buat ulasan,
Biar dunia tahu bahawa tugasnya tidak berakhir,
Obama akan menyambung,
Dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi,
Dan lihat sahajalah...peperangan itu..untuk siapa?

Aku hirup lagi baki kopi,
Nikmatnya..rasa..tiada apa lagi yang nak dirisaukan,
TV itu terus menayangkan gambar.

Seorang lelaki mengusung jenazah sahabatnya,
Yang berlumuran darah,
Kepalanya telah terkulai,
Yang lain sedang menjerit-jerit,
Mencemuh dan memohon pertolongan,
Dan manusia di bumi Palestin sangat gawat,
Dentuman sebuah bom seperti membelah bumi,
Peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan.

Terdengar orang disebelah meja aku berkata,
"Biasalah bila dalam peperangan,
Gawat, cedera dan mati.
Dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai."
Sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis.

Aku masih lagi melihat berita akhir,
Ramainya anak-anak Palestin yang telah menjadi mayat,
Diatur berbaris...sebak menyelinap di dadaku,
Kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak-kanak?
Kenapa zionis lakukan itu?untuk apa?

Mereka mahu bumi Palestin,
Jangan ada bangsa Palestin,
Bukan kekejaman tapi pemusnahan dan penghapusan,
Dan aku memandang sekeliling,
Tiada siapa yang mahu ulas berita itu,
Itu di Palestin, kita di sini,
Di kedai kopi..aman...

Dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai,
Pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan,
Ini hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah harganya,
Semurah nyawa anak Palestin,
Dan aku tinggalkan kaca itu..

Di manakah aku sekarang ini,
Apakah aku mahu berkira-kira,
Bercerita perjanjian autonominya,
PLO dengan sejarah Yaseer Arafat atau Hamas dan Fatah,
Kini semuanya boleh berbicara,
Tapi siapa yang sanggup menggalas senjata???

Dan siapa yang sanggup mati???
Siapa yang akan mara???
Dan siapa yang akan kecundang???
Korban tidak mengenal lawan dan kawan,
kanak-kanak, wanita dan orang berdosa,
sebuah percaturan dalam peperangan,
Dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat.
Saksi sebuah jihad..
Apakah di hati atau di mataku???

*Karya Rusnah Abu Samah, seorang sukarelawan ketika berusrah dengan rakan2 NGO di sebuah restoran di ibu negara.


DIPETIK DARI "PALESTIN TAK PERNAH GENTAR-FATWA KONTEMPORARI DAN PENYELESAIANNYA"

MEMBURU MENANG ATAU SYAHID..!?

Saturday, July 30, 2011

Kekasih.. Ku Harapkan Kehadiranmu..





Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu.. merayu kepadaNYA Tuhan yang satu..


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan..

sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil...

menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya

wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau syairkan…

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. Berqiamullail.. Bertahajjud
Mengadu... Merintih.. Meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMU
tapi... Aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari satu malam idaman

satu malam yang cukup istimewa
yang lebih baik dari seribu bulan..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau akan menyiapkan zahir dan batin
mempersiapkan diri rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan.. lorong-lorong redha Ar-Rahman

Ya Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti

Paling bermakna
menerangi kegelapan hati kami
menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui
adakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir bagi kita

Tetapi..
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha... bersedia… meminta belasNYA

Ya Allah..

jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..

Ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami

dosa semua umat2 islam yang masih hidup

mahupun yang telah meninggal dunia

Amin.....

Maafkan segala khilaf penulis..

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung..

Sungguh, sebak terlalu dalam menanti kehadirannya..

Yang selalu dirindu, kini hadirmu ku setia menunggu..

Kekasihku Putera Ramadhan.

Terlalu banyak permintaanku yang Allah telah kabulkan dalam masa singkat dan merupakan hadiah yang paling besar dalam hidup.

Allah.. Pemurahnya Engkau.






Tuesday, July 26, 2011

Apa Selepas 9 Julai...?



Saksikan panel diskusi di antara:

Datuk Ambiga Sreenevasan

Pegerusi BERSIH 2.0

Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Professor Dato’ Dr Shamsul Amri Baharuddin

Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh:

Selasa, 26 Julai 2011


Masa:

2.00pm – 5.00pm


Tempat:

Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf,

Lot 2, Jln Sepana 15/3,

Off Persiaran Selangor, Shah Alam.

Panel diskusi tersebut adalah dibuka kepada orang awam. Sekiranya anda akan hadir di wacana ini, pakailah warna KUNING sebagai tanda sokongan untuk BERSIH 2.0.

Sekiranya anda tidak dapat hadir, boleh tonton siaran langsung yang akan disiarkan di http://www.mobtv.my/

Monday, July 25, 2011

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!



Tarikh:

Jumaat 29 Julai 2011

Masa:

8:00pm - 11:30pm

Antara Penceramah Muda:

1- Y.B. Puan Rodziah Ismail

(ADUN Batu Tiga)


2- Y.B. Teo Nie Ching

(Ahli Parlimen Serdang)


3- Saudari Kumutha Dewi a/p Raman

(Ketua Wanita DHPP Pusat)


4- Senator Y.B. Mumtaz Md. Nawi

(Ahli Dewan Negara)


SEMUA DIJEMPUT HADIR


Thursday, July 21, 2011

Video Ekslusif Mangsa Superimpose



Hati meronta-ronta nak pergi ke Pusat Tarbiah, Taman Melewar. Ada sesuatu di sana yang pastinya cukup menarik. Alhamdulillah masih diberi keizinan Tuan Pencipta Diri penulis untuk hadir ke Ceramah Perdana & Pelancaran Yellow Saturday pada 16 Julai 2011. Seperti banner di bawah.

Semua penceramah jemputan hadir, hanya YB Nurul Izzah Anwar tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan lebih penting ketika itu.

Sebelum ceramah bermula, penulis dan keluarga sempat berjalan-jalan di bazar. Banyak CD ceramah dijual, barangan Islamic. Meriah. Seronok penulis tengok keadaan begini. Dan yang menjadi fokus tumpuan penulis, Abaya. Itu yang penulis cari.

10 minit kemudian ceramah bermula. Dan yang ditunggu-tunggu, penampilan ekslusif mangsa gambar superimpose yang dilakukan oleh Berita Harian iaitu Ajaq (nickname). Bagaimana dia pakai ketika dia bertugas sebagai unit amal di Perhimpunan BERSIH haritu, begitulah dia pakai malam tersebut (lihat gambar di bawah bagaimana pakaiannya). Dia tampil ke depan dalam keadaan muka ditutup, lalu dia membuka kain tersebut mendedahkan dirinya yang sebenar.

Ucapannya cukup tersentuh. "Walaupun badannya tegap, nampak macam garang, tapi hatinya cukup sentimental.". Itu kata-kata Mahfudz Omar. Penulis lihat ramai yang menangis malam tersebut termasuklah penulis. Entahlah, sukar diungkap perasaan malam tersebut. Geram + sedih + semangat semua ada. Rasa sangat kerdil ketika itu.

Diikuti ucapan barisan pemimpin lain dan terkahir ucapan A.Samad Said. Muqaddimah dimulakan dengan bacaan puisi dan diakhiri dengan pengalamanya menyertai BERSIH. Perit jerihnya. Cukup terharu.

Nak tahu apa ucapan mereka, boleh lihat dalam video yang penulis paparkan di bawah.










We will never stop talking about BERSIH as they said the Democracy has just begun.
This is only the beginning.
Only muqaddimah.

p/s: maaf pada insan yg minta penulis update lama dah, ini baru berkelapangan.

Wednesday, July 20, 2011

Coretan BERSIH disiar


Alhamdulillah, tidak disangka satu artikel/ coretan yang penulis nukilkan secara bersahaja dalam entry penulis yang lepas http://suhaila-annur.blogspot.com/2011/07/jika-itu-ajalku.html (tapi waktu menaip penuh semangat BERSIH lagi hehe) dipilih oleh pihak Merdeka Review untuk disiarkan sebagai artikel pilihan sempena perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu. 709 satu angka yang cukup bermakna dan satu tarikh yang cukup bersejarah bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Satu lagi catatan 709 yang terharu buat 1Malaysia: Jika itu ajalku..

Semoga sedikit coretan pengalaman akan memberikan satu momentum dan pemangkin semangat buat para PEMUDA. Cetusan provokasi yang dilakukan oleh pihak berkenaan sebenarnya semakin membuka sehelai demi sehelai lembaran kebenaran dan semakin membuka mata rakyat untuk menilai mana kaca dan mana permata. Penulis cukup yakin rakyat mampu buat penilaian yang tepat dan kesimpulan yang cukup hebat dalam menilai semua ini.

Teringat kata-kata A.Samad Said ketika penulis hadir ke ceramah Ekslusif perdana dan pelancaran "Yellow Saturday" di taman Melewar. Katanya:

‎"..Malaysia sudah lama dengan pemimpin TUA.
Biar dikuasai yang MUDA pula.. Kuasa PEMUDA yang akan mengubah negara.."

-Sasterawan Negara A.Samad Said
-Pusat Tarbiah Taman Melewar
16 Julai 2011, 11.35 pm

Jelas dapat dilihat kemaraan pemuda dan kebangkitan pemuda yang berintelektual dan mampu membuat penilaian. Walaupun ramai pemuda yang ditangkap ketika perhimpunan, itu jelas membuktikan ramai golongan muda yang menyertai BERSIH demi mempertahankan negara tercinta dan menghapuskan pemerintahan yang bersifat zalim. Semakin banyak provokasi dan halangan dibuat, semakin tinggi dan membara semangat mereka. Semua itu tidak pernah menmberikan mereka seribu satu alasan untuk luntur semangat dan berundur dari medan. Ya, penulis berani berkata begitu kerana penulis juga sebagai pemuda yang ada jiwa dan darah pemuda dan penulis sendiri mengalami keadaan tersebut. Usah halang jiwa pemuda bila kemaraan kami sudah ke hadapan.

"Kebenaran akan mengatasi kezaliman.."

Ayuh PEMUDA &
RAKYAT!
BERSIHkan negara dari kezaliman dan politik kotor!
Allah ma'akum..


Related Posts with Thumbnails