.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, October 21, 2011

Kerana RM20


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


Bila penulis terbaca artkel ini, teringat isu yang berlaku sekarang. Graf kes sosial terlalu tinggi. Awal didikan bermula dari rumah, awal didikan mengenal Allah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sama2 kita ambil peringatan pandang ke hadapan.
p/s: Hargailah masa berharga bersama keluarga. Jangan biarkan mereka membesar dalam keadaan dahagakan kasih sayang ibu & ayah. Anak kecil itu punya hak. Berikan hak mereka.

Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club

12 comments:

tenteramalaya said...

alhamdulillah insaff

Anonymous said...

Artikel yang best!....Dan dalam maksud nyee...x gitu Ummul syaukatul :D..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Tenteramalaya:
Moga jadi iktibar buat kita semua. Ingatan untuk diri penulis sendiri juga :)

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Anonymous:
Siapakah gerangan 'anonymous' ini.. ?
InsyaAllah bermakna dan kita ambil peringatan juga.. =)

Anonymous said...

pemenat.hehe.. .

Wanita Bertudung Hitam said...

nak titis air mata plak...tacing2 T.T

aleesya said...

sedey plak :(

Anonymous said...

Sangt tersentuh hati..lagi pun ayah dah xde nak wat mcm tu..tp semangtnya selalu x pernah hilang. Thanks a lot Ummul Syaukatul Suhaila (^_^)

natashanazan.blogspot.com said...

ohmy cool gila cerita ni.LIL bit sad, It touched my heart :'D

iben abdurrahman basyaiban said...

the best for you

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Wanita Bertudung Hitam:
:) Don't crying..

Aleesya:
smile.. :)

Anonymous:
Jadikan segala pengorbanan ayah sebagai satu pemangkin semangat dan rujukan buat diri. Semoga terus tabah dalam meneruskan hidup walau tanpa ayah. :)

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Tashalecka-lecka:
Very cool kan.. touching.. :)

iben abdurrahman basyaiban:
The best for u too.. :)

Related Posts with Thumbnails