Sungguh.. Sebak, syahdu, sayu lihat gambar di atas. Detik-detik terakhir sebelum beliau berlepas ke Cairo untuk menuju ke GAZA. Dalam tidak sedar, ada manik-manik yang jatuh dari kelopak mata penulis. Seolah penulis sedang berada dalam situasi di atas.
Benar, susah bagi seorang ibu dan sebak juga bagi seorang ayah untuk melepaskan anaknya yang berada dalam negara aman menuju ke negara yang sedang bergolak dengan peperangan. Di mana, bersimpang siur peluru menghujani bumi tersebut. Namun, atas dasar perjuangan yang digenggam, maka hati merelakan jua pemergian seorang anak yang membawa misi mulia.
Selamat berjuang sahabatku Muhammad Mus'ab Muzahar. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah para aktivis yang menjejakkan kaki di bumi barokah. Sesungguhnya, kalian adalah orang yang bertuah dan dipilih oleh Allah untuk menjejakkan kaki di tanah mulia itu. Pastinya tanah wakaf umat Islam!
Andai aku di tempat itu, sukar juga untuk digambarkan perasaan yang Allah campakkan.
"Ya, aku juga punya impian untuk menjejakkan kaki ke sana. Mencium haruman bumi barokah, mencium haruman darah para syuhada'. Moga peluang itu juga milikku satu hari nanti. Kerana aku yakin Allah telah membaca isi hatiku"
Birruh Biddeen, Nefdik Ya AQSA
UNITE FOR PALESTINE!
5 comments:
jgnla pergi sane suhaila...nti taun dpan ktorg nk dtg berbuka puasa lg la
My impian.. My Harapan.. -_-
Rasenye tahun depan Universiti Mydin xde kasi cuti kuliah kan..? ^_^
xpe2...ktorg dh mintak cuti tanpa gaji smata2 utk pg annual dinner kt rumah suhaila. kali ni ktorg ngidamla nk mkn tupai tiga rasa. boleh wat satu tak? hehekk...satu lg nk gtau..ktorg dh ada anak mnakan tau..comel sgt2 mcm sy...hahhahahak (terlebey suda)
Bagus2!
Oh tupai tu, boleh.. No problem.. Tupai tu akan direbus buat sup. Dan yang sekor lagi akan dibuat penambah perisa dalam kuih raya.
~Nak pegang binatang tu pun takut, ade hati nak makan.. :p hehe
Mabruk kehadiran anak menakan.. Untunglaa dah ade anak menakan kan..
kite x tkot la~ cuma fobia je sbb dulu ade sekor lipas terbang masuk dlm baju kite. dahsyat betol. mmg xleh dilupakan.
"selamak aghi ghayer maah zohir bating, mung dok maah, siap mung kekgi aku katok" hahaha~loghat tranung.xphm, gune google translate k!
Post a Comment