.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, May 28, 2011

Cebisan dari Kelapangan


Sabtu.. Sepatutnya hari ini penulis berangkat menuju ke Johor. Namun, perkara itu ditangguhkan disebabkan ada tetamu datang ke rumah dan beberapa urusan lain. Tambahan pula hari Ahad penulis dan keluarga perlu menghadiri 3 walimah, gusar takut tidak sempat pulang.

Memandangkan hari ini ada sedikit masa terluang dan adik penulis yang tinggal di asrama pula pulang bercuti. Apa lagi, penulis ambil kesempatan ini bawa adik-adik penulis keluar membeli buku. Iyalah, 2 minggu cuti sekolah, masakan masa mereka perlu dibazirkan begitu sahaja tanpa membuat sebarang latih tubi untuk menghadapi peperiksaan kelak. Tidak. Jadi, penulis bawa mereka ke kedai buku dan memborong buku-buku yang sesuai. Ok, selama 2 minggu ini, jadual mereka penulis akan aturkan dan pastikan latihan habis dibuat. Mengambil kesempatan juga mencari hadiah-hadiah untuk wedding ceremony.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Bandar, MasyaAllah banyaknya kenderaan.. Berlaku kesesakan. Itulah waktu kemuncak di jalan raya, orang baru pulang dari kerja. Memanglah akan berlaku kesesakan jalan raya waktu itu.

Semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya, penulis terfikir. Kenderaan elok teratur tanpa ada berantakan? Berjalan seiring dan tahu haluan masing-masing. Bagaimana? Sedangkan pemikiran manusia lain-lain. Kereta adalah makhluk tidak bernyawan, justeru manusialah yang menggerakkannya, manusialah yang memandunya. Segalanya terletak di tangan manusia. Kerosakan dan yang sewaktu dengannya itu semua adalah sebagai satu ujian dan mehnah. Jawapannhya, semua yang ada di dunia ini adalah di bawah aturan, pemerhatian, pemanduan dan jagaan Allah.

Manusia juga sentiasa di bawah pemerhatian Allah. Bayangkan jika hanya 1 saat Allah lalai dan terleka, bagaimana keadaan kita di muka bumi? Apa akan berlaku? Sudah pasti dunia akan mengalami satu keadaan yang amat dahsyat. Justeru, manusia dalam hidupnya perlu ada pergantungan hubungan dengan Allah dan perlu ada tali dengan Allah. Jangan biarkan tali itu terputus.

Seandainya diri kita sedar dan rasa kehambaan serta berpaksikan ketuhanan Allah SWT, pasti kita akan yakin pada Allah. Pasti. Sedar dan rasa bukan cetusan di fikiran. Tapi ia sebuah rasa yang tidak mampu kita menidakkan walau dengan apa jua cara seandainya benar kita sedar dan merasainya.


Agar diri sentiasa sedar dan rasa kehambaan diri dan ketuhanan Allah, sewajarnya kita kenal dan sedar Allah Yang Maha Meliputi. BUKAN sekadar tahu. Tapi benar-benar RASA. Lalu pasti akan sedar dan sangat terasa Allah itu dekat. Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan Allah apa yang difikirkan, apa yang dilakukan kerana dengan berkomunikasi dengan Allah, hati akan terasa sentiasa berada dekat dengan Allah.


Kita akan faham benar dengan kehidupan ini kerana ketika kita sedar Allah dalam apa jua hal, kita tidak lagi protes pada Allah. Malah kita lebih yakin pada Allah kerana tahu yang berlaku pada kita sebenarnya adalah yang terbaik pada kita. Lalu, bila sesuatu yang menimpa kita, kita lebih bersedia menerima dengan hati yang lapang. Tiada protes pada Allah. Tiada benci Allah, tiada resah, tiada gelisah. Beribadah maknanya kita melakukan apa jua hal kerana Allah, atas nama Allah. Inilah tujuan manusia dicipta.

Ups, lama sungguh penulis bermonolog. Iyalah, jammed sangat teruk sampaikan kenderaan tidak bergerak. Sekali sekala kedengaran adik-adik penulis bising di belakang. Budak-budak bising, biasalah. Bergurau cara budak-budaklah kan. Takkanlah umur kanak-kanak nak suruh duduk diam macam orang dewasa. Sudah maklum habit kanak-kanak begitu.

Penulis perlu berundur diri sekarang, ada kuliah Dhuha sebentar lagi. Tak sabar nak beli buah tin dan kurma dari Makkah! ^_^

Sekadar gambar hiasan

*Saya tidak sedap hati & saya tahu ada yang menceroboh portal saya, berurusanlah kamu dengan Allah. Manusia sering salahgunakan kuasa. Redha Allah itu penting, namun jgn abaikan redha manusia.



Wednesday, May 25, 2011

Sekitar Konvoi Pembebasan Palestin 2011


Bismillah...

KUALA LUMPUR – Bersemangat! Suasana sepanjang program ‘Konvoi Pembebasan Palestin 2011’ yang bermula di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berakhir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam Sabtu lalu sungguh meriah.

Semangat dan keterujaan jelas terpapar di wajah kira-kira 500 peserta yang berkumpul untuk memulakan perjalanan. Ada antara mereka yang tiba di Masjid Wilayah seawal jam 3.30 pagi!

Konvoi sempena memperingati malapetaka ‘Hari Nakbah’ iaiitu tarikh penubuhan negara haram Israel pada 15 Mei 1948 dianjurkan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat akan ketidakabsahan Israel di peta dunia.

Penganjur, Aqsa Syarif Berhad dan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang telah mewara-warakan program melalui media terutamanya media baru seperti facebook dan emel berjaya menarik penyertaan orang ramai termasuk yang bukan Islam.

Program tersebut bahkan disertai oleh warganegara Palestin sendiri apabila 15 belia Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tiba sebaik sahaja majlis dirasmikan. Selain itu, Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) turut mengambil bahagian menerusi wakilnya, Muhammad Makram.

Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut. Katanya, inisiatif seperti ini penting bagi menyedarkan rakyat, seterusnya meraih sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan bumi yang penuh berkat iaitu Masjid al-Aqsa dan tanah di sekitarnya.

Sebelum itu, Pemangku Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberitahu, program konvoi yang diadakan itu diketahui oleh kerajaan Hamas di Gaza kerana mantan Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanudin Mohd Yunus berjaya menghubungi Perdana Menteri Ismail Haniyeh secara langsung menerusi telefon dan menceritakan apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Tambah menarik, dua buah kelab bermotosikal, Kelab Skuter Malaysia dan Kelab Bumi Bikers Advantage turut mengambil bahagian. Kedua-dua anggota kelab ini yang berjumlah 45 orang dilantik sebagai ‘marshall’ untuk mengawal kelancaran perjalanan konvoi.

Sebanyak 75 buah kereta yang didaftarkan pagi itu dibahagikan kepada dua kumpulan, satu diiringi oleh kumpulan skuter, manakala satu lagi oleh kumpulan ‘superbikes’. Kedua-dua kumpulan ini mengikut jalan yang berasingan sebelum berkumpul semula di MSAAS Shah Alam. Antara destinasi persinggahan mereka masing-masing adalah KLCC, Masjid Bukit Indah Ampang, Hentian Rehat Awan Besar (lebuh raya KESAS), Taman Tasik Shah Alam, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Stesen Keretapi KL Sentral dan Masjid Bukit Damansara.

Di setiap persinggahan, mereka telah mengedarkan risalah yang yang menerangkan isu Palestin kepada orang ramai.Sambutan yang diberikan oleh masyarakat, termasuk warga asing juga memberangsangkan. Perkara ini diceritakan oleh seorang peserta, Mohd Faizul Md Taib, 25, yang bertemu pelancong berbangsa Eropah di KL Sentral dan bertanya sama ada beliau membawa risalah dalam bahasa Inggeris.

Pada sebelah malam, Malam Pembebasan Palestin 2011 (MPP2011) diadakan di dewan MSAAS. Dr Hafidzi sekali lagi tampil menyampaikan pidato khas Nakbah Palestin dengan penuh semangat.

Kehangatan malam terus dibakar dengan kehadiran Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk A Samad Said yang melontarkan bait-bait puisinya, ‘Bumi Tengkorak’ dan ‘Anak-anak Palestina’ sebagai menelanjangkan kekejaman Zionis sejak puluhan tahun lalu.

Persembahan puisi oleh Bob dan Santhira Morgan, persembahan lagu penuh mesej lagi bertenaga daripada Muadz & Friends serta persembahan nasyid daripada kumpulan Caliph turut membantu menghidupkan MPP2011.

Lebih penting lagi, ia berjaya menyampaikan mesej ‘Nakbah’ kepada penonton sambil mengajak mereka menjadi ‘jurucakap’ perjuangan umat Palestin yang terus rindukan kedamaian.

Namun, bak kata Dr Hafidzi, sinar kemenangan di Palestin sudah mula memancar...

Link

----------

Maafla, nak post lama dah after program, tapi x berkesempatan dan penulis copy paste laporan konvoi ni. Kesuntukan masa untuk menaip menceritakan semua pengalaman. Kalau nak diceritakan, memang 3,4 pages pun xkan habis.. J Apa yang boleh penulis ucapkan.. Hanya ALHAMDULILLAH dan bersyukur sangat penulis diberi keizinan oleh Allah dan kesempatan masa untuk join Konvoi Palestin ini dari pagi sampai malam. Pelbagai pengisian bermanfaat dijalankan sepanjang program ini dan semua dibuat secara berjamaah, di sini kami melakar ukhuwah antara peserta. Manisnya apa yang Allah berikan. Pengalaman ini terlalu berharga dan berbagai ilmu penulis dapat. Teringat penulis pada ucapan pengerusi majlis perasmian, ‘konvoi ini akan menjadi saksi di hadapan Allah nanti, segala yang menyertai kita samada peluh, langkah, debu di kereta dan segalanya akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Dari Masjid Wilayah kita bukan menuju ke Masjid Negeri (Shah Alam), tapi kita menuju ke masjid AL-AQSA.’ Subhanallah!

*Konvoi ini juga mendapat liputan dari Astro Awani, Berita Harian, Utusan, BERNAMA dan mungkin beberapa media lain lagi.

Sebahagian gambar di bawah akan menceritakan segalanya..

Untuk lihat berita di ASTRO AWANI, sila click di sini

Berita Mingguan


Web Malaysia Harmoni (Link)


Aqsa Syarif (Link FB)







Lain-lain gambar maklumat dan laporan lengkap boleh dilihat di page AQSA SYARIF (http://www.aqsasyarif.org.my/). Boleh juga dilihat di Facebook penulis.

*Jadual tersusun sgt padat dgn program sampai hujung bulan 7. Strong USS!


Saturday, May 21, 2011

Tentatif Konvoi Palestin 2011


Click gambar untuk besarkan

Friday, May 20, 2011

Konvoi Palestin 2011



Tarikh :
21 Mei 2011 (Sabtu)

Mula :
5.30 pagi, Masjid Wilayah Persekutuan (Pendaftaran)

Tamat :
7.00 mlm, Masjid Negeri Shah Alam

Yuran :
Kereta RM20, Motosikal RM10

FREE :
Sticker, bendera, badges & dinner

ISTIMEWA:
T-shirt Khas Konvoi Pembebasan Palestin dijual RM20.00 shj

Nak join Konvoi Pembebasan Palestin? Anda boleh daftar secara online. Sila click link ini




Thursday, May 19, 2011

Konvensyen Mahasiswa Selangor


Alhamdulillah, walaupun dihimpit dek kekangann masa, sempat juga penulis hadir ke Konvensyen Mahasiswa Selangor Bersama Menteri Besar Selangor. Penulis dapat hadir ke sana pun setelah jendela menjengah ke sebelah petang.

Konvensyen ini diadakan di Dewan Banquet, Dewan Jubli Perak SUK Selangor. Ramai juga mahasiswa yang hadir dari pelbagai IPT. Kesempatan penulis ambil di sana untuk berkenalan dan berukhuwah dengan sahabat-sahabat dari pelbagai IPT. Seronok. Cukup seronok penulis rasa.

Pelbagai aktiviti dan pengisian diadakan di sana. Antaranya pembentangan “Realiti di Malaysia” oleh Profesor Madya Dr Abu Hassan. Movie Critic “Kung Fu Panda”. In Person (The Power Of Mind) oleh Prof Dr Muhaya Muhamad, beliau merupakan Tokoh Ilmuwan Selangor. Cukup hebat pembentangan mereka dan bertalu soalan-soalan hebat dari mahasiswa. Banyak ilmu yang penulis dapat gondol hari ini. Tidak rugi menghabiskan minyak kereta datang dari jauh.

Sebelah malam pula adalah majlis makan malam rasmi bersama Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. Dihadiri juga oleh YB Dr. Hajjah Halimah Ali. Agenda dimulakan dengan makan malam dan menyambut ketibaan Y.A.B, ucapan aluan dari Penasihat Malis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, persembahan montaj dan ucapan Dato’ Menteri Besar. Acara kemuncak adalah sesi dialog mahasiswa bersama Y.A.B Menteri Besar Selangor. Cukup meriah dan cukup mesra. Bersembang dengan Y.A.B macam bersembang dengan kawan rasanya, sangat santai.

Syukur kerana Allah masih beri peluang dan keizinan serta kekuatan untuk hadir program seperti ini. Alhamdulillah juga kerana parent banyak berkorban dalam memahami dan menurut kehendak hati yang berjiwa di usia sebegini. Semua ini cukup bernilai.






*Tidak sabar menanti hujung minggu ini. Ada sesuatu yg menarik menanti.

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru


“Belum tentu aku berdiri seperti hari ini jika tanpa seorang guru”

Setiap tahun, 16 Mei menjadi hari yang bahagia buat yang bergelar seorang guru. Hari yang paling sibuk anak murid mengucapkan selamat hari guru dan tidak kurang juga sibuk mencari hadiah. Rata2 sekolah juga sibuk bertungkus-lumus membuat sambutan hari guru. Juga adanya amanah yang disampaikan oleh pihak berwajib. Jika bukan kerana seorang guru, belum tentu kita menjadi insan seperti hari ini.

Guru. Saru perkataan yang ringkas, pendek dan mudah disebut. Namun, hakikatnya sukar untuk melaksanakan. Tanggungjawab dan amanah sungguh besar untuk mendidik anak bangsa. Berpangkat tinggi mana pun, sejauh mana kita belajar pun, di belakang kejayaannya pasti berdirinya seorang guru.

Teringat pengalaman penulis semasa selepas tamatnya peperiksaan SPM, penulis dapat satu tawaran untuk mengajar sebagai guru di salah sebuah sekolah Agama berhampiran rumah. Perjalanan dari rumah ke sana mengambil masa lebih kurang hanya 7 minit perjalanan. Awalnya, teragak-agak untuk menerima sebab rasa kurang berkeyakinan. Iyalah, lepasan SPM kan, rasa macam ada lagi tak complete dalam diri. Dicampur pula ketika itu sudah ada kerja dalam membantu ayah membuat buku. Namun, atas desakan nak jugak mencari pengalaman bagaimana menjadi seorang guru, penulis terima juga tawaran tersebut.

Terfikir juga, takkan ayah nak hantar penulis ulang alik ke sekolah awal pagi nak pergi mengajar. Ketika itu penulis sedang dalam tempoh mengambil lesen kereta. Atas kepercayaan yang diberikan Alhamdulillah ayah penulis bagi penulis drive kereta sendiri untuk pergi mengajar. Jadi, buat beberapa bulan, kereta Harrier menjadi mangsa penulis sementara walau tanpa lesen, dibelasah jugak bawak. Hehe..

Pengalaman. Menjadi seorang guru adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat diri penulis. Masuk mengajar jam 7.30pg, habis jam 11.30. Penulis ambil masa tambahan 1 jam untuk mengajar kelas Iqra’ juga. Sebenarnya, guru hukanlah satu profesion yang diminati penulis. Sengaja penulis mencuba hadirkan diri merasai dunia guru. Seronok. Rasa payah. Letih. Ceria. Pendek kata semua ada lah. Tidak gemar sebab terpaksa buat buku ringkasan mengajar, dalam tulisan jawi. Iyalah, mengajar di sekolah agama, buku ringkasan perlu dibuat dalam tulisan jawi. So, setiap malam kena memerah otak buat buku ringkasan mengajar. Cukup tidak gemar.

Seronok. Seronok sebab dapat menjadikan diri macam budak2. Hehe. Seronok sebenarnya melayan kanak2 ni. Tambahan pula mereka semua sangat manja. Kadang pening jugak penulis dibuatnya, cakap sekali tak dengar, kena cakap berulang. Perlu mencari satu kaedah, berlembut dalam ketegasan serta dihormati. Kanak2 kalau dikasari mereka lagi memberontak dan cepat merajuk. Alamatnya, kerja sekolah tak buat, kita kena memujuk. So, kena berhati-hati jugalah.

Tersentuh. Ada beberapa situasi yang membuatkan penulis tersentuh dengan murid2 ni. Jam 7.30 pagi, penulis dah sampai di hadapan pintu pagar sekolah. Biasanya penulis akan letak kereta di sebelah pintu pagar utama. Waktu penulis sampai, belum sempat penulis buka pintu kereta, sudah ada 2,3 orang anak murid melulu datang bukakan pintu kereta. Handbag penulis mereka tolong bawakan, malah buku2 penulis juga mereka bawakan. Pendek kata, penulis keluar dari kereta dalam keadaan tangan kosong. Kali pertama dilayan sebegitu, subhanallah.. Terpana penulis seketika. Bila tiba waktu makan, ada yang suapkan makanan, ada yang ambilkan makanan. Sungguh, penulis rasa cukup tersentuh dan terharu sekali.

Setelah hampir 3 bulan berkhidmat di sana, tibalah masa untuk penulis mengundur diri sebab perlu buat persediaan masuk ke Universiti. Hari terakhir di sekolah tersebut, tanpa disangka anak2 murid ada buat satu majlis secara surprise. Sungguh terkejut penulis. Hari itu sahaja penulis dapat kek sebanyak 3 biji dari anak murid. Hadiah dua kotak. Jenuh penulis mengangkut bawa balik. Sesi bersalaman dan memohon maaf, ada yang menangis, puas dipujuk. MasyaAllh, begini rupanya perasaan menjadi seorang guru. Bukan kerana hadiah yang mahal2 sehingga ada dari hadiah tersebut yang harganya mencecah RM50, bukan kerana kek, tapi kerana ukhuwah dan kasih sayang yang telah terjalin antara guru dan anak murid begitu kuat. Sekecil mereka pun, mereka tahu erti kasih sayang. Penulis cukup kagum. Rasa berat untuk mengundur diri berpisah dengan anak murid.

Sehingga sekarang, kalau terjumpa dengan anak murid, dari jauh dah jerit panggil “Ustazah”. Sebenarnya penulis sudah berpesan pada anak murid dari kelas pertama penulis masuk supaya tidak panggil penulis ‘Ustazah’, cukuplah dengan panggilan ‘cikgu’ kerana rasa diri masih belum layak dipanggil sebegitu. Tapi itulah juga yang lekat panggilannya.

Sekarang, penulis tahu bagaimana peritnya menjadi seorag guru alam menjalankan tanggungjawab. Bila sesuatu ilmu tiak difahami oleh anak murid, bila peperiksaan anak murid tak dapat jawab, gurulah yang akan gelisah dan tidak tentu arah merisaukan keadaan anak murid. Kerana hasrat ingin memberikan yang terbaik buat anak didik. Jadi, hargailah seorang guru. Mereka umpama ibu bapa kedua kita. Telah banyak pengorbanan mereka buat kita. Tidak akan berdirinya kita di sini seperti hari ini tanpa seorang guru.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU

TERIMA KASIH GURUKU, JASAMU TETAP KU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYAT.

Monday, May 16, 2011

Kem Insaniah & Jati Diri


Alhamdulillah selama 3 hari berhempas pulas mengembleng tenaga dalam Kem Insanian Dan Pembangunan Jati Diri anjuran Kawasan Rukun Tetangga dan Jiran Wanita. Walaupun betul2 terasa agak letih sebab belum sampat berehat di rumah selepas pulang dari program Kembara Siasah. Namun, penulis rasa sangat berpuas hati sebab semua berjalan dnegan lancar. Pada awalnya rasa macam terfikir, “Eh, boleh ke aku lakukan semua ni? Boleh ke aku jalankan amanah yang orang berikan untuk membentuk budak2 ni? Boleh ke itu. Boleh ke ini”

Semua persoalan tu menjengah dan menerjah ke dalam kotak fikiran penulis sebab kurang persediaan. Sebab dapat tahu kena jadi fasi dan handle keseluruhan program ini pun dah last minute. Penulis cari fasi pun dah last minute. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih buat semua AJK KRT yang turut membantu sediakan segala keperluan dan peralatan sepanjang kem in berlangsung. Jutaan terima kasih kepada fasi yang merangkap sahabat penulis dari UIAM yang banyak bantu dalam slot game dan menjadi imam buat adik2 dalam setiap solat. Saudara 2 penulis dari INSANIAH yang turut turun membantu. Juga buat keluarga penulis.

Jangkaan penulis, sasaran adik2 adalah sekitar umur 12-17 tahun. Tapi bila pendaftaran selesai, penulis dimaklumkan bahawa peserta adalah dari kalangan 8-13 tahun. Jadi, terpaksalah penulis ubah semula modul yang telah dibuat. Sebab tidak sesuai modul untuk tahap yang ada.

Mungkin pada hemat dan fikiran orang adalah senang dan mudah untuk handle adik2 umur lingkungan 8-13 tahun. Ternyata sangkaan itu meleset sama sekali. Umur begitulah sangat susah untuk handle kerana perlu bermain dengan psikologi untuk mendekatkan dir dengan mereka. Sebenarnya di usia begitu, tidak boleh menggunakan cara kekasaran, Perlu berhemah dan berhati-hati dalam mendekati serta menyelami jiwa mereka. Jadi, sepanjang 3 hari kem berlangsung memang perlu banyak bermain dengan psikologi budak-budak. Sehinggakan pada satu masa, perlu meletakkan diri kita seposisi dengan mereka dan perlu mengubah watak menjadi seperti kanak-kanak. Mengajar dan mendidik adalah satu perkara dan perlakuan yang berbeza. Lebih berat dalam mendidik dan mentarbiah.

Kami diamanahkan untuk mentarbiah adik2 supaya membentuk nilai-nilai murni dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam membentuk jati diri mereka. Alhamdulillah dengan gabungan tenaga dari sahabat UIA dan INSANIAH, kami cuba laksanakannya sebaik mungkin.

Solat. Alhmdulillah rata2 adik2 tahu perbuatan dalam solat, hanya bacaan yang kurang pendedahan. Biasalah, di umur sebegitu masih dalam tempoh mempelajari solat. Kami cuba menerapkan keutamaan dalam solat secara berjamaah. Waktu paling kritikal, sure lah waktu subuh. Penulis bersama seorang saudara penulis tidur di tapak kem bersama adik2 dan 2 orang fasi lain pulang atas sebab tertentu. Jadi, hanya kami berdua je lah perlu memainkan peranan mengejutkan adik2 ni seawal jam 5.15 pagi. Terpaksalah masuk ke khemah kejutkan sorang2. Iyalah, umur 8-13 tahun mesti agak liat nak bangun solat kan. Tapi syukurlah adik2 ni mudah mengikut arahan. Satu yang penulis respect, waktu kuliah subuh tidak ada yang tidur. Mereka khusyuk mendengar kuliah subuh. Malah lebih aktif. Ini menunjukkan ada kemahuan dalam diri mereka.

Malam muhasabah diri. Malam muhasabah, penulis rancang untuk buat satu slot touching yang menyentuh dua perkara iaitu ibu bapa dan solat. Hanya itu yang disentuh. Alhamdulillah objektif kami berjaya untuk meletakkan keinsafan dalam diri adik2 dan membuatkan mereka menangis. Sehinggakan puas dipujuk sebab menangis teresak-esak. Kemudian penulis bekalkan setiap seorang sehelai kertas dan sebatang pensil untuk mereka tuliskan luahan hati terhadap ibu bapa mereka dan surat tersebut akan dihantar ke rumah masing-masing. Selesai slot muhasabah, penulis minta sesiapa yang ibu bapanya ada ketika slot itu berlangsung supaya pergi jumpa ibu bapa, peluk cium dan mohon maaf. Masya Allah.. Berbagai ragam dapat dilihat, sungguh penulis tidak menjangkakan. Sehinggakan ada yang sujud mohon maaf pada ibu selama 15 minit, puas dipujuk, ada yang peluk ayah. Penulis pulak yang rasa tersentuh lihat ragam tersebut.

Hari terakhir, masing-masing seolah tidak mahu berpisah. Terlihat ada sendu di wajah adik2 bila fasi memberi ucapan mohon maaf dan memberi nasihat terakhir. Sehinggakan sampai saat penulis nak pulang, ada yang mintak alamat rumah sebab nak datang rumah. Petang selepas habis program, lihat depan rumah ada adik2 datang, kebetulan kebanyakan peserta berhampiran dengan rumah penulis. Subhanalllah. Baru 3 hari dalam kem. Tapi adik2 cukp mengerti nilai ukhuwah. Moga Allah memberi kejayaan dunia dan akhirat buat adik-adik semua.


Fasi/sahabat dari UIA sedang bercerita kisah al-Fateh

Khusyuk menonton video Salahudin al-Ayubi

Game yang menguji kerjasama dalam pasukan

Panorama paling menyentuh hati
hasil slot muhasabah diri

Masing2 tak sabar nak dapatkan ayam BBQ

Menunggu bacaan doa sebelum makan

Suapan pertama untuk sahabat.. :)

Ada sesuatu kemanisan hati yg Allah hadiahkan hari itu. Bahagia dan paradigma.Mungkinkah itu tandanya. Allah lebih mengerti.

Sunday, May 15, 2011

Belajar, mengajar & diajar

Belajar, mengajar & diajar

Assalamualaikum readers.. Sudah lama rasanya tidak menulis di sini.. Awal plan, after habis final exam memang nak update habisan segala aktiviti dan segala pengalaman untuk dikongsi bersama. Terlalu banyak story yang penulis nak kongsikan, tapi tidak sempat nampaknya. Iyalah, kita merancang berbagai-bagai tapi Allah yang menentukan semuanya kan.

Cuti..? Bagaimana merancang cuti..? Bukan percutian atau berbulan madu. Bukan.. Bukan.. Maksud penulis, cuti habis belajar dalam tempoh yang lama. Pastinya semua dah merancang berbagai-bagai kan. Begitulah juga diri penulis. Terlalu banyak dalam draft dan diari. Dicampur dengan perancangan untuk peribadi, keluarga dan untuk masyarakat luar juga. Moga semua tercapai.

Belajar.. Semua tahap sudah tentu berada dalam proses pembelajaran kan. Tidak kira tua atau muda. Bagi penulis yang masih berada di tahap 20-an ini, banyak lagi yang perlu dipelajari. Belum banyak makan garam lagi. J Tambah2 dalam bidang pengurusan, penulisan, penterjemahan dan segala yang berkaitan. Banyak yang perlu diupdate. Di samping mempelajari selok belok pengurusan perniagaan. Bagaimana menjalankan sesuatu pengurusan dan berurusan bagi penubuhan sesuatu syarikat. Sungguh, waktu belajar di universiti dahulu memang rasa macam blurr je. Tapi bila tiba masanya perlu diaplikasi, barulah teringat apa yang dipelajari dahulu. Rupanya bila ada praktikal, lebih memahami konsepnya. Mencari masa juga untuk belajar masakan Arab! ^_^

Mengajar. Ini memang agak complicated kalau nak mengajar. Teringat pula ketika penulis dapat tawaran jadi guru selepas SPM dahulu. Sangat sukar rupanya walaupun sekadar mencuba-cuba dan mencari pengalaman.. Cuti kali ini, sekali lagi penulis dapa tawaran untuk mengajar di sebuah sekolah agama. Namun ditolak mentah2 atas halangan kedua ibu bapa dan sebab komitmen lebih kepada typesetting. Tapi terpaksa pula manjadi guru peribadi, guru kepada adik2 penulislah. Hehe.. Hujung bulan ini, parent penulis dah maklumkan nak berhentikan adik penulis yang bongsu dari tadika. Disebabkan penulis ada di rumah semula, maka penulis telah diberi amanah untuk aturkan jadual pembelajaran adik2. Sebenarnya seronok mengajar ni, bergaul dengan kanak2 kan. Tapi cukup tidak suka bila kena buat buku ringkasan dan bukanlah satu bidang yang digemari penulis ada tahap graf yang tinggi.

Diajar.. Diajar lebih mudah dari mengajar. Cuma memerlukan penelitian dan kadar focus yang tinggi untuk memahami sesuatu. Cuti kali ini, penulis akan diajar oleh ayah penulis sendiri dalam bidang layout (typesetting). Penulis sudah tanamkan tekad dan ayah penulis pun sudah bersedia untuk menurunkan segala ilmunya berkaitan bidang typesetting dan layout. Sebab segala peirisian computer akan diupdate. Masih dalam proses order semua perisian baru. Sampai nanti, memang kami sekeluarga perlu explore lebih mendalam.. Cukup rugi rasanya kalau melepaskan peluang di depan mata begitu sahaja. Orang lain sanggup apply untuk praktikal dengan ayah penulis bagi mendalami bdang ini, tapi penulis yang rezeki dah ada di depan mata, nak dilepaskan begitu sahaja..? Mana mungkin.

Petang ini penulis perlu conduct satu Program Perkhemahan Pembangunan Insaniah Asas Kekuatan Jati Diri yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga & Jiran Wanita. Walaupun rasa agak letih sebab baru sahaja pulang dari Kembara Siasah. Seusai pulang dari Kembara Siasah, perlu pula bergegas ke penerbit dan menyiapkan skrip buku. Agak kelam kabut rasanya Namun, bila orang datang rumah mohon pertolongan untuk handle kem ini, sungguh, penulis tidak reti untuk menolak orang yang datang minta bantuan. Kami sekeluarga terlibat dengan program ini. Moga penulis dan semua yang terlibat dapat buat yang terbaik serta diberi kekuatan demi adik2.

Ok, penulis undur diri dahulu. Ada masa kita bersua lagi InsyaAllah. Inipun curi masa sementara menunggu masa untuk ke tapak kem.

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah dimerata-rata ceruk rantaunya,serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepadaNya jualah dibangkitkan hidup semua.”
(Surah Al-Mulk: 15)

*Bilakah masanya ntuk penulis membaca novel. Sinergi, akanku habiskan minggu ini juga!

Saturday, May 7, 2011

Cukup Hari Ini


6 Mei 2011 (Jumaat).. Sebelum masuknya 7 Mei 2011 (Sabtu), jam hampir berdetik ke jam 12.00 tengah malam. 12.01 a.m akan masuk ke hari lain. Mengikut perkiraan dalam Islam pula, masuknya Maghrib menandakan masuknya ke hari baru. Ya, Cukuplah untuk hari ini.

Terlalu banyak detik-detik tidak dapat dilupakan. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Dan terlalu banyak juga saya telah menumpahkan air mata untuk harga sebuah kasih sayang. Walau perit manapun, inilah hakikatnya. Walau sedih manapun, perlu hadapinya. Pertemuan itu belum tentu, tapi perpisahan itu sudah tentu. Setiap pertemuan pastinya akan disusuli dengan sebuah perpisahan. Semua akan melaluinya dan semua akan merasainya.

I’m speechless.. Yes I’m speechless tonight. No words to say, no words to describe. Hadiah-hadiah yang saya terima hari ini cukup menyentuh hati saya. Hadiah yang benar-benar mengikat ukhuwah, hadiah yang benar-benar meninggalkan seribu kenangan dan terpautnya memori. Terima kasih kepada ‘green upin’ a.k.a RR kerana sekali lagi menggugurkan air mata saya. Tiada lagi istilah kedekut untuk air mata. Sudah tentu ada yang terdetik di hati akan berkata, “Air mata, biasalah.” Anda silap. Ini anugerah Allah dan satu fitrah semulajadi buat wanita. Kalau tidak, untuk apa air mata diciptakan? Usah takut untuk mengeluarkan air mata pada tempat yang sepatutnya kerana anda tidak perlu bayar bil yang tinggi.

Terima kasih kerana telah membuatkan saya kehilangan kata-kata, terkedu dan sayu telah bersarang di hati. Cukup terasa untuk hari ini. Cukuplah. Esok, lusa dan seterusnya tidak tahu bagaimana untuk hadapi lagi. Saya tahu ini akan berterusan dalam beberapa hari. Namun, saya perlu hadapinya juga. Saya perlu bersedia dari fizikal dan mental. Perlu merawat dan memujuk soal hati.

Saat ku melangkah kaki,

Kau menjelma di hadapan,

Ku kira bidadari,

Rupanya puteri indungan bulan.

Hidupku mula ceria,

Terisi dengan kehadiranmu,

Apabila tidak bertemu,

Ku rasa hidupku haru-biru,

Kaku lalu membisu

Kini kau pergi,

Meninggalkanku sendirian.

Berjuang, mencapai cita-cita

*Saya ingat 10 pesanan itu

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah swt akan berfirman pada hari qiamat.

"Di mana orang yang berkasih sayang dengan keagunganKu (kerana Allah yang Maha Agung)? hari ni akan Aku naungi mereka di bawah naunganKu pada hari tiada naungan selain naunganKu."

Riwayat Muslim



Kita ibarat jingsaw puzzle, hilang 1, tidak lengkap jingsaw puzzle itu. Kerana manisnya sebuah ukhuwah. Terima kasih dari hati.

Wednesday, May 4, 2011

Konvokesyen Mahasiswa


Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Konvokesyen Mahasiswa pada :

Tarikh:
17 Mei 2011

Tempat:
Dewan Jubli Perak, Banggunan SUK, negeri Selangor

Masa:
8 pagi hingga 10.30 malam

Antara program yang menanti mahasiswa ialah:
MAKAN MALAM PERCUMA
Yb Talk dan macam2 lagi aktiviti menarik menanti semua.

Kepada semua rakan taulan dan mahasiswa dari pelusuk negeri, jom kita turun turut serta..!

(tidak tertakluk kepada muslim sahaja, Non-Muslim juga boleh datang)

**InsyaALLAH KENDERAAN ada disediakan...

Anjuran :
Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS)

Anjuran bersama:
Kerajaan Negeri dengan kerjasama GAMIS

Saturday, April 30, 2011

Sekitar KLIBF


Alhamdulillah hanya mampu ucapkan sebagai tanda syukur atas keizinanNya.


Last minit punya planning. Sudah berhajat tidak mahu pulang di sepanjang waktu study week. Ok, done. Berjaya menahan diri tidak pulang, Tapi masuk final sahaja, after beberapa paper dah dijawab, ada pulak gabs yang agak lama. Terus ubah fikiran. Ada jugak pengaruh orang sebenarnya ni yang membuatkan diri rasa cemburu bila orang lain dapat pergi berkampung di KLIBF. Tambahan pula saudara2 penulis ramai yang turut sumbang tenaga di sana & parent pula memberi sokongan serta galakan untuk penulis pulang. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah kan. hehe.

So, after exam. Selesaikan segala urusan kejap. Petang tu baru kemas barang then malam terus bertolak balik. Sampai di rumah jam 5 pagi, rehat kejap, then keluar semula jam 8 pagi + breakfast di luar dan semata-mata nak ke KLIBF di PWTC. Rasa sungguh tidak sabar untuk bertemu menatap buku-buku yang ada di sana.

Untuk hari pertama buat penulis, penulis terus pergi jumpa saudara2 penulis yang berada di sana dahulu. Seperti biasa, bila saudara + sepupu bertemu maka riuhla jadinya. Penulis round di ruang legar dan tingkat dua dahulu. Tingkat 3 dan tingkat 4 penulis akan tawaf pada hari lain. Itupun rasa macam belum puas menawaf. Ok, nvrmn. Las day KLIBF nanti penulis akan berkampung di sana dan tawaf puas2, borong puas2. Short entry, biar gambar yang bercerita. Actually nak update entry ni lama dah, tapi dipendam dulu sebab after balik dari PWTC terus mengadap PSM dahulu for my final exam. Tidak gelisah sangat nanti. Ok, See Again! =)

Booth yang menarik perhatian penulis dengan
Palestin dan keluaran buku baru.

Habiburrahman.. My favourite writer!


Buku2 agama.
Paling banyak penulis habiskan masa di sini.

Booth yg sesuai untuk remaja dan pelajar sekolah.

Sesi temuramah live

Maskot pun tahu tutup aurat! ^_^

Adik ADI PUTRA. (pakar matematik)
Yang rambut panjang tu penulis xkenal. sorry.
Sgt kagum & terpana lihat dia selesaikan soalan math semudah ABC.
Otaknya mampu mengira sepantas kalkulator
walau diberi angka berjuta atau lebih!


Parent Adi Putra.

p/s: Esok dan ahad pastinya sesuatu yang menarik menunggu.. Jumpa di KLIBF!

Wednesday, April 27, 2011

Sungguh, Tersentuh!


Hajat keluar petang mahu ke Bank.. Ada beberapa urusan perlu diselesaikan di situ. Kali ini tidak berteman, hanya penulis berseorangan.

Selesai urusan, teringat pula pesan sahabat penulis untuk belikan buah jambu buatnya. Maka, penulis pun keluarlah dari bank dengan hasrat mencari buah jambu.

Tiba-tiba teringat pula hari ini ada pasar malam berhampiran kampus. Seusai membeli buah jambu, penulis terus menuju ke pasar malam. Kebetulan tiba-tiba rasa lapar pula. Waktu-waktu final exam ni cepat rasa lapar. Musykil juga ni. Mungkin sebab banyak pakai otak kot. Otak berpusing 360 degree. Apa kaitan otak dengan perut dan rasa lapar? Nak tahu pergi Google cepat! hehe

Sampai sana, penulis lihat pengunjung masih biasa-biasa. Mungkin jam 5.30 masih awal. Mungkin. Penulis nampak kebab. Memang nak makan kebab.

"Kebab daging 1"

Adik nak makan sini ke? Kalau makan sini kami bagi air percuma"

"Xpelah, bungkus je"

"Adik menolak rezeki awal-awal ni"

"InsyaAllah rezeki tu milik orang lain nanti. Lagipun saya nak cepat"

"Adik dari Unisza? Tenga Final exam ke sekarang? Ok kebab siap"

"Ye, dalam bulan final ni. Ni duitnya"

"Xpe dik, xyah bayo. Abg bagi free je"

(Penulis terkejut dan jadi blurr sekejap. Terdiam.) "Free?"

"Simpan duit tu, balik makan kebab tu"

"MasyaAllah.. T.kasih banyak2. Moga Allah murahkan rezeki"


Penulis menuju pula ke gerai jual air soya. Memang soya adalah makanan wajib yg akan penulis cari jika penulis ke pasar.

"Mak cik, soya 1. Bungkus ye. Xnak dalam cup."

"Kejap ye dik"

"Singgit kan makcik?"

"Ambik je lah, mak cik sedekahkan"

(Blurr lagi. terkedip2 mata penulis pandang makcik tu tanpa words)

"Mak cik sedekah. Betul." (Seolah mengerti pandangan penulis penuh tanda tanya.)

"MasyaAllah mak cik. Moga Allah luaskan rezeki mak cik."

Terakhir, penulis terus menuju ke gerai kuih-muih.

"Kak, nak kuih ni 1, kuih ni 1. Kuih tu plak akak cukupkan singgit ea."

"Ok. Akak campurkan kuih ni boleh. Cukupkan 2 ringgit."

"Ok, kak. Boleh je."

"Eh kak, knape banyak sangat tu. Saya nak kuih ni je"

"Ni akak sedekahkan. Adik bayar yang ni je" (katanya sambil mengukir senyuman)

"Ya Allah kak. Rezekinya T.Kasih banyak2. Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga."

Cukup. Rasa macam dah banyak makanan. Spare untuk buat supper nanti. Penulis berjalan menuju ke kenderaan sambil dalam keadaan masih blurr dan terpinga-pinga lagi. Penulis tidak kenal langsung mereka itu. Tapi, dapat pula makanan free. Rasa sangat bersyukur. Rasa Allah terlalu dekat ketika itu. Rasa dia sedang melihat ragam penulis ketika itu.

Terus penulis pulang ke hostel. Termenung seketika penulis di bawah pokok sebelum naik ke bilik.

Ya Allah, Kau bersamaku sekarang. Kau sedang mengawal dan melihat aku sekarang. Kau yang mengizinkan semua ini berlaku. Penulis berbisik sendirian sambil memandang ke langit. Sungguh, tersentuh dengan semua ini! Rasa Allah berada begitu dekat dan sentiasa kasih kepada hambaNya. Ini semua rezeki Allah, rezeki yang datang dari Allah. Alhamdulillah. Bersyukur dengan rezeki yang diberi tidak kira banyak atau sedikit.

Pesanan penulis: Jangan tinggalkan solat Dhuha dan amalkan membaca al-Ma'thurat. Banyak urusan penulis Allah telah permudahkan. Penulis cukup merasai kemanisannya. Sangat terasa! Janji Allah itu pasti dan Dia tidak akan persiakan.

*Ketika itu, hampir menangis mengenangkan kasih sayang Allah yang terlalu hebat.




Related Posts with Thumbnails