Alhamdulillah selama 3 hari berhempas pulas mengembleng tenaga dalam Kem Insanian Dan Pembangunan Jati Diri anjuran Kawasan Rukun Tetangga dan Jiran Wanita. Walaupun betul2 terasa agak letih sebab belum sampat berehat di rumah selepas pulang dari program Kembara Siasah. Namun, penulis rasa sangat berpuas hati sebab semua berjalan dnegan lancar. Pada awalnya rasa macam terfikir, “Eh, boleh ke aku lakukan semua ni? Boleh ke aku jalankan amanah yang orang berikan untuk membentuk budak2 ni? Boleh ke itu. Boleh ke ini”
Semua persoalan tu menjengah dan menerjah ke dalam kotak fikiran penulis sebab kurang persediaan. Sebab dapat tahu kena jadi fasi dan handle keseluruhan program ini pun dah last minute. Penulis cari fasi pun dah last minute. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih buat semua AJK KRT yang turut membantu sediakan segala keperluan dan peralatan sepanjang kem in berlangsung. Jutaan terima kasih kepada fasi yang merangkap sahabat penulis dari UIAM yang banyak bantu dalam slot game dan menjadi imam buat adik2 dalam setiap solat. Saudara 2 penulis dari INSANIAH yang turut turun membantu. Juga buat keluarga penulis.
Jangkaan penulis, sasaran adik2 adalah sekitar umur 12-17 tahun. Tapi bila pendaftaran selesai, penulis dimaklumkan bahawa peserta adalah dari kalangan 8-13 tahun. Jadi, terpaksalah penulis ubah semula modul yang telah dibuat. Sebab tidak sesuai modul untuk tahap yang ada.
Mungkin pada hemat dan fikiran orang adalah senang dan mudah untuk handle adik2 umur lingkungan 8-13 tahun. Ternyata sangkaan itu meleset sama sekali. Umur begitulah sangat susah untuk handle kerana perlu bermain dengan psikologi untuk mendekatkan dir dengan mereka. Sebenarnya di usia begitu, tidak boleh menggunakan cara kekasaran, Perlu berhemah dan berhati-hati dalam mendekati serta menyelami jiwa mereka. Jadi, sepanjang 3 hari kem berlangsung memang perlu banyak bermain dengan psikologi budak-budak. Sehinggakan pada satu masa, perlu meletakkan diri kita seposisi dengan mereka dan perlu mengubah watak menjadi seperti kanak-kanak. Mengajar dan mendidik adalah satu perkara dan perlakuan yang berbeza. Lebih berat dalam mendidik dan mentarbiah.
Kami diamanahkan untuk mentarbiah adik2 supaya membentuk nilai-nilai murni dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam membentuk jati diri mereka. Alhamdulillah dengan gabungan tenaga dari sahabat UIA dan INSANIAH, kami cuba laksanakannya sebaik mungkin.
Solat. Alhmdulillah rata2 adik2 tahu perbuatan dalam solat, hanya bacaan yang kurang pendedahan. Biasalah, di umur sebegitu masih dalam tempoh mempelajari solat. Kami cuba menerapkan keutamaan dalam solat secara berjamaah. Waktu paling kritikal, sure lah waktu subuh. Penulis bersama seorang saudara penulis tidur di tapak kem bersama adik2 dan 2 orang fasi lain pulang atas sebab tertentu. Jadi, hanya kami berdua je lah perlu memainkan peranan mengejutkan adik2 ni seawal jam 5.15 pagi. Terpaksalah masuk ke khemah kejutkan sorang2. Iyalah, umur 8-13 tahun mesti agak liat nak bangun solat kan. Tapi syukurlah adik2 ni mudah mengikut arahan. Satu yang penulis respect, waktu kuliah subuh tidak ada yang tidur. Mereka khusyuk mendengar kuliah subuh. Malah lebih aktif. Ini menunjukkan ada kemahuan dalam diri mereka.
Malam muhasabah diri. Malam muhasabah, penulis rancang untuk buat satu slot touching yang menyentuh dua perkara iaitu ibu bapa dan solat. Hanya itu yang disentuh. Alhamdulillah objektif kami berjaya untuk meletakkan keinsafan dalam diri adik2 dan membuatkan mereka menangis. Sehinggakan puas dipujuk sebab menangis teresak-esak. Kemudian penulis bekalkan setiap seorang sehelai kertas dan sebatang pensil untuk mereka tuliskan luahan hati terhadap ibu bapa mereka dan surat tersebut akan dihantar ke rumah masing-masing. Selesai slot muhasabah, penulis minta sesiapa yang ibu bapanya ada ketika slot itu berlangsung supaya pergi jumpa ibu bapa, peluk cium dan mohon maaf. Masya Allah.. Berbagai ragam dapat dilihat, sungguh penulis tidak menjangkakan. Sehinggakan ada yang sujud mohon maaf pada ibu selama 15 minit, puas dipujuk, ada yang peluk ayah. Penulis pulak yang rasa tersentuh lihat ragam tersebut.
Hari terakhir, masing-masing seolah tidak mahu berpisah. Terlihat ada sendu di wajah adik2 bila fasi memberi ucapan mohon maaf dan memberi nasihat terakhir. Sehinggakan sampai saat penulis nak pulang, ada yang mintak alamat rumah sebab nak datang rumah. Petang selepas habis program, lihat depan rumah ada adik2 datang, kebetulan kebanyakan peserta berhampiran dengan rumah penulis. Subhanalllah. Baru 3 hari dalam kem. Tapi adik2 cukp mengerti nilai ukhuwah. Moga Allah memberi kejayaan dunia dan akhirat buat adik-adik semua.
2 comments:
mabruk!
mabruk!
Syukran2.. :)
Post a Comment