Sabtu.. Sepatutnya hari ini penulis berangkat menuju ke Johor. Namun, perkara itu ditangguhkan disebabkan ada tetamu datang ke rumah dan beberapa urusan lain. Tambahan pula hari Ahad penulis dan keluarga perlu menghadiri 3 walimah, gusar takut tidak sempat pulang.
Memandangkan hari ini ada sedikit masa terluang dan adik penulis yang tinggal di asrama pula pulang bercuti. Apa lagi, penulis ambil kesempatan ini bawa adik-adik penulis keluar membeli buku. Iyalah, 2 minggu cuti sekolah, masakan masa mereka perlu dibazirkan begitu sahaja tanpa membuat sebarang latih tubi untuk menghadapi peperiksaan kelak. Tidak. Jadi, penulis bawa mereka ke kedai buku dan memborong buku-buku yang sesuai. Ok, selama 2 minggu ini, jadual mereka penulis akan aturkan dan pastikan latihan habis dibuat. Mengambil kesempatan juga mencari hadiah-hadiah untuk wedding ceremony.
Semasa dalam perjalanan pulang dari Bandar, MasyaAllah banyaknya kenderaan.. Berlaku kesesakan. Itulah waktu kemuncak di jalan raya, orang baru pulang dari kerja. Memanglah akan berlaku kesesakan jalan raya waktu itu.
Semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya, penulis terfikir. Kenderaan elok teratur tanpa ada berantakan? Berjalan seiring dan tahu haluan masing-masing. Bagaimana? Sedangkan pemikiran manusia lain-lain. Kereta adalah makhluk tidak bernyawan, justeru manusialah yang menggerakkannya, manusialah yang memandunya. Segalanya terletak di tangan manusia. Kerosakan dan yang sewaktu dengannya itu semua adalah sebagai satu ujian dan mehnah. Jawapannhya, semua yang ada di dunia ini adalah di bawah aturan, pemerhatian, pemanduan dan jagaan Allah.
Manusia juga sentiasa di bawah pemerhatian Allah. Bayangkan jika hanya 1 saat Allah lalai dan terleka, bagaimana keadaan kita di muka bumi? Apa akan berlaku? Sudah pasti dunia akan mengalami satu keadaan yang amat dahsyat. Justeru, manusia dalam hidupnya perlu ada pergantungan hubungan dengan Allah dan perlu ada tali dengan Allah. Jangan biarkan tali itu terputus.
Seandainya diri kita sedar dan rasa kehambaan serta berpaksikan ketuhanan Allah SWT, pasti kita akan yakin pada Allah. Pasti. Sedar dan rasa bukan cetusan di fikiran. Tapi ia sebuah rasa yang tidak mampu kita menidakkan walau dengan apa jua cara seandainya benar kita sedar dan merasainya.
Agar diri sentiasa sedar dan rasa kehambaan diri dan ketuhanan Allah, sewajarnya kita kenal dan sedar Allah Yang Maha Meliputi. BUKAN sekadar tahu. Tapi benar-benar RASA. Lalu pasti akan sedar dan sangat terasa Allah itu dekat. Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan Allah apa yang difikirkan, apa yang dilakukan kerana dengan berkomunikasi dengan Allah, hati akan terasa sentiasa berada dekat dengan Allah.
Kita akan faham benar dengan kehidupan ini kerana ketika kita sedar Allah dalam apa jua hal, kita tidak lagi protes pada Allah. Malah kita lebih yakin pada Allah kerana tahu yang berlaku pada kita sebenarnya adalah yang terbaik pada kita. Lalu, bila sesuatu yang menimpa kita, kita lebih bersedia menerima dengan hati yang lapang. Tiada protes pada Allah. Tiada benci Allah, tiada resah, tiada gelisah. Beribadah maknanya kita melakukan apa jua hal kerana Allah, atas nama Allah. Inilah tujuan manusia dicipta.
Penulis perlu berundur diri sekarang, ada kuliah Dhuha sebentar lagi. Tak sabar nak beli buah tin dan kurma dari Makkah! ^_^
*Saya tidak sedap hati & saya tahu ada yang menceroboh portal saya, berurusanlah kamu dengan Allah. Manusia sering salahgunakan kuasa. Redha Allah itu penting, namun jgn abaikan redha manusia.
8 comments:
salam. mcm penulisan "Aidh Al-Qarni" laaaaa ^________^.... monolog yang bagus, meletakkan diri dalam satu posisi yang lain.. that's it.
sya ada 1 tajuk lagu untuk su, untuk dikongsi-kongsikan..kumpulan khalifah tajuk nur.....sekadar untuk dengar2..^_^..-wyn.
Wkmsalam..
Wyn~ I know.. I know.. hehe
Isy, Aidh Al-Qarni sangat hebat dan lebih hebat, x mampu nak lawan penulisan beliau.
Ok, nanti su cari tajuk lagu tu..
Btw, Jazakumullah khairan .. :)
Jazakumullah khairan juga..."Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar)...mudah2an sentosa sokmoo..:).
Waiyyaka..
Syukran Kathir for the Hadith..
Amin.. =)
yoryor je laa
No thankz...haha.:)
Need thanks..
sebagai tanda menghargai.. :)
Su, ini Wyn~ say yeee, "PENA tu lebih bahaya dari kata2:)"jadi fikir2 kan.Maybe su akan cakap knape? knape? ..sya sendiri xde jawapan laaa..........tapi yang tahu tuu adalah hakikat-NYAA ^_^. Dan kalu g ke al-quran balik pon surah yg pertama adalah-adalah.....Su lebih Arif Billah.. .
ok nie.. nak kongsi2 kan juga perkra yang ramai orang tidak tahu taoo...ermm,Sebab apa kan? lagu2 P.ramlee tuu masih jadi sebutan sampai sekarang...dan ramai makcik2 still menyukai lagu2 p.ramlee tuu....Sebab nyeeee lagu die tu kan bermain-main dengan 'harakat' dalam bacaan al-quran...ade angka harakat dalam lagu.....X percaya dengar laa lagu2 p.ramle tu..contoh jangan tinggal daku ke atau apa2 lagu die...ermm conclusion disini....berhati-hati semasa menaip atau melontarkan pandangan ^______^, have a nice day k..:)
1 more...bahasa yang mudah sya ngan su nie sekarang adalah "layann" selagi boleh layan ^_^:).
Post a Comment