.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru


“Belum tentu aku berdiri seperti hari ini jika tanpa seorang guru”

Setiap tahun, 16 Mei menjadi hari yang bahagia buat yang bergelar seorang guru. Hari yang paling sibuk anak murid mengucapkan selamat hari guru dan tidak kurang juga sibuk mencari hadiah. Rata2 sekolah juga sibuk bertungkus-lumus membuat sambutan hari guru. Juga adanya amanah yang disampaikan oleh pihak berwajib. Jika bukan kerana seorang guru, belum tentu kita menjadi insan seperti hari ini.

Guru. Saru perkataan yang ringkas, pendek dan mudah disebut. Namun, hakikatnya sukar untuk melaksanakan. Tanggungjawab dan amanah sungguh besar untuk mendidik anak bangsa. Berpangkat tinggi mana pun, sejauh mana kita belajar pun, di belakang kejayaannya pasti berdirinya seorang guru.

Teringat pengalaman penulis semasa selepas tamatnya peperiksaan SPM, penulis dapat satu tawaran untuk mengajar sebagai guru di salah sebuah sekolah Agama berhampiran rumah. Perjalanan dari rumah ke sana mengambil masa lebih kurang hanya 7 minit perjalanan. Awalnya, teragak-agak untuk menerima sebab rasa kurang berkeyakinan. Iyalah, lepasan SPM kan, rasa macam ada lagi tak complete dalam diri. Dicampur pula ketika itu sudah ada kerja dalam membantu ayah membuat buku. Namun, atas desakan nak jugak mencari pengalaman bagaimana menjadi seorang guru, penulis terima juga tawaran tersebut.

Terfikir juga, takkan ayah nak hantar penulis ulang alik ke sekolah awal pagi nak pergi mengajar. Ketika itu penulis sedang dalam tempoh mengambil lesen kereta. Atas kepercayaan yang diberikan Alhamdulillah ayah penulis bagi penulis drive kereta sendiri untuk pergi mengajar. Jadi, buat beberapa bulan, kereta Harrier menjadi mangsa penulis sementara walau tanpa lesen, dibelasah jugak bawak. Hehe..

Pengalaman. Menjadi seorang guru adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat diri penulis. Masuk mengajar jam 7.30pg, habis jam 11.30. Penulis ambil masa tambahan 1 jam untuk mengajar kelas Iqra’ juga. Sebenarnya, guru hukanlah satu profesion yang diminati penulis. Sengaja penulis mencuba hadirkan diri merasai dunia guru. Seronok. Rasa payah. Letih. Ceria. Pendek kata semua ada lah. Tidak gemar sebab terpaksa buat buku ringkasan mengajar, dalam tulisan jawi. Iyalah, mengajar di sekolah agama, buku ringkasan perlu dibuat dalam tulisan jawi. So, setiap malam kena memerah otak buat buku ringkasan mengajar. Cukup tidak gemar.

Seronok. Seronok sebab dapat menjadikan diri macam budak2. Hehe. Seronok sebenarnya melayan kanak2 ni. Tambahan pula mereka semua sangat manja. Kadang pening jugak penulis dibuatnya, cakap sekali tak dengar, kena cakap berulang. Perlu mencari satu kaedah, berlembut dalam ketegasan serta dihormati. Kanak2 kalau dikasari mereka lagi memberontak dan cepat merajuk. Alamatnya, kerja sekolah tak buat, kita kena memujuk. So, kena berhati-hati jugalah.

Tersentuh. Ada beberapa situasi yang membuatkan penulis tersentuh dengan murid2 ni. Jam 7.30 pagi, penulis dah sampai di hadapan pintu pagar sekolah. Biasanya penulis akan letak kereta di sebelah pintu pagar utama. Waktu penulis sampai, belum sempat penulis buka pintu kereta, sudah ada 2,3 orang anak murid melulu datang bukakan pintu kereta. Handbag penulis mereka tolong bawakan, malah buku2 penulis juga mereka bawakan. Pendek kata, penulis keluar dari kereta dalam keadaan tangan kosong. Kali pertama dilayan sebegitu, subhanallah.. Terpana penulis seketika. Bila tiba waktu makan, ada yang suapkan makanan, ada yang ambilkan makanan. Sungguh, penulis rasa cukup tersentuh dan terharu sekali.

Setelah hampir 3 bulan berkhidmat di sana, tibalah masa untuk penulis mengundur diri sebab perlu buat persediaan masuk ke Universiti. Hari terakhir di sekolah tersebut, tanpa disangka anak2 murid ada buat satu majlis secara surprise. Sungguh terkejut penulis. Hari itu sahaja penulis dapat kek sebanyak 3 biji dari anak murid. Hadiah dua kotak. Jenuh penulis mengangkut bawa balik. Sesi bersalaman dan memohon maaf, ada yang menangis, puas dipujuk. MasyaAllh, begini rupanya perasaan menjadi seorang guru. Bukan kerana hadiah yang mahal2 sehingga ada dari hadiah tersebut yang harganya mencecah RM50, bukan kerana kek, tapi kerana ukhuwah dan kasih sayang yang telah terjalin antara guru dan anak murid begitu kuat. Sekecil mereka pun, mereka tahu erti kasih sayang. Penulis cukup kagum. Rasa berat untuk mengundur diri berpisah dengan anak murid.

Sehingga sekarang, kalau terjumpa dengan anak murid, dari jauh dah jerit panggil “Ustazah”. Sebenarnya penulis sudah berpesan pada anak murid dari kelas pertama penulis masuk supaya tidak panggil penulis ‘Ustazah’, cukuplah dengan panggilan ‘cikgu’ kerana rasa diri masih belum layak dipanggil sebegitu. Tapi itulah juga yang lekat panggilannya.

Sekarang, penulis tahu bagaimana peritnya menjadi seorag guru alam menjalankan tanggungjawab. Bila sesuatu ilmu tiak difahami oleh anak murid, bila peperiksaan anak murid tak dapat jawab, gurulah yang akan gelisah dan tidak tentu arah merisaukan keadaan anak murid. Kerana hasrat ingin memberikan yang terbaik buat anak didik. Jadi, hargailah seorang guru. Mereka umpama ibu bapa kedua kita. Telah banyak pengorbanan mereka buat kita. Tidak akan berdirinya kita di sini seperti hari ini tanpa seorang guru.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU

TERIMA KASIH GURUKU, JASAMU TETAP KU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYAT.

2 comments:

nadzreen faiz said...

SELAMAT HARI GURU USTAZAH!
TIME KASIH N HALALKAN SMUA ILMU YG USTAZAH BERI PADA SAYA DULU.
SAYANG USTAZAH SGT-SGT. BILE NAK DATANG SKOLAH?

Ummul Syaukatul Suhaila said...

terima kasih anak muridku.. :)
sayang semua anak murid ustzh, semua dihalalkan. InsyaAllah cadang minggu depan. jumpa semua ye nanti.. belajar sungguh2. skarng exam kan?

Related Posts with Thumbnails