Ok, kali ni penulis nak bawa pembaca semua ke satu tempat. Kita jalan2 harini. Tempat ni merupakan tempat favourite penulis. Kawasannya agak private. Bila penulis rasa stress, penulis akan datang ke sini sorang-sorang. Kat sinilah penulis dapat segala ketenangan. Agak2 di mana ye..? Mestilah Riyaz Haritage Resort & Spa yang terletak di Pulau Duyung.
Last night, penulis ke sana lagi. Kali ni bukan sorang, bukan berdua, tapi berempat. Sempena apa? Ok, ini semua kerana my junior punya birthday, Nadhirah. Saja penulis bawa dia keluar makan malam di Verandah Restaurant. Ditemani juga seorang sahabat penulis dari kos Dakwah, Munirah.
Kenapa tempat ni jadi pilihan penulis? Sebab boleh dikatakan suasananya soooo romantic, casual elegance, chic interior with a beautiful natural exterior.. Siap ada live band lagi malam tu. Boleh request lagu, then dia akan nyanyikan untuk kita. Nice kan. Lagu malam tu semua sentimental dan slow je.. Memang romantic + cool habislah. Cuaca pulak elok, angin sepoi-sepoi lagi. Pemandangan malam yang sangat cantik di persisiran air. Allah.. Sangat tenang.
Kali ni penulis nak rasa makan lain dari yang lain sikit dan lain dari hari yang lain. . Kat sini ada taste of local and western dishes. Mampu habiskan sorang makanan tu..? Dahla heavy.. Hehe.. Tidak.. Tidak.. Malam tu dah terlalu full tank. Dengan airnya yang cepat mengenyangkan lagi. Memang tak habislah
Makan-makan, sembang-sembang, melayan live band, siap snap pics dengan pekerja kat situ lagi dan dia pulak yang tolong snap pic kami berempat.. Readers tahu, pekerja kat sana semuanya baik-baik. Sangat baik. Melayan umpama VIP. Memang rasa seronok sangat malam tu. Ye la, penulis dah last sem. Tak tahu lepas ni ada rezeki masih kekal di sini atau tidak. Jadi, peluang bersama kawan ni sangat berharga. Masa ini lah nak berkongsi segala pengalaman dengan adik2,menurunkan segala ilmu. Penulis dari kos PERINTIS, kami sangat menitikberatkan “warisan’. Maksudnya program yang boleh mengeratkan ukhuwah antara junior dan senior. Harapan penulis biarlah segala program yang biasa PERINTIS jalankan menjadi warisan turun temurun. Banyak manfaatnya.
Ok, after that.. Perut sudah kenyang, hati sudah gembira, mind sudah kosong, tenang rasa. Kami turun untuk ambil angin di pesisir air di kawasan Riyaz. Sooo nice suasana kat sini. Sebab tu lah penulis suka datang kat sini. Satu-satunya tempat yang penulis dah jatuh hati di Terengganu ni. Tempat lain tak nampak lagilah. Hehe..
Di bawah penulis ada upload sikit gambar. Sesiapa yang nak pergi tu tapi tak tau jalan, sila menagih khidmat Pak Cik Google anda ok. Dia akan describe pada anda.. Pergi Google cepat..
~Alhamdulillah, rezeki, tenang, aman, gembira, bahagia itu semua datang dari Allah. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, nescaya akan bertambah nikmatnya. Kerana Allah itu Maha Pemurah. Thank You Allah..
0 comments:
Post a Comment