.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, January 1, 2011

Countdown 2011


Sekarang mana2 pun sedang hangat memperkatakan tentang sambutan 2011 kan. Handphone pun bertalu2 dapat mesej new year sampai x terbalas. Yang mana dapat free call tu, sibuk pulak ambil kesempatan call. Ada yang sibuk dress up nak dipakai malam new year, sibuk cari tempat nak countdown kat mana. Pendek kata, macam2 karenah boleh dilihatlah.

Tinggalkan story tu kejap ye. Ok, semalam awal pagi lagi dah keluar. Sebab apa keluar awal? Takut town jadi crowded today. Tujuan utama nak cari laptop dulu. Susah rasa takde laptop ni. Sebab now segala urusan menggunakan laptop. Tambahan pulak sem dah nak bukak. Sibuk dengan thesis nanti, mestilah nak gunakan laptop kan. Nak tak nak, mesti kena cari laptop baru jugak. Yang lama dah terkubur. Maka, menujulah penulis ke low yat. Alhamdulillah semua lancar sebab ada yg membantu.

Then, tengok time jam 12 tghr. Planning asal ke Masjid Negara dulu, tapi sebab takut sesak, kami ke Star Hill dululah. Ok, 12 tghr kami dah berada di Masjid Negara. Stay kat situ sampai after solat Jumaat. Satu perkara yang memang tidak boleh dilupakn kat sini. Penulis PENGSAN! Hee.. Tak tahu ape sebab. Actually Alhamdulillah today Allah beri keizinan pada penulis dan parent untuk menderma darah di Masjid Negara seperti yg penulis iklankan lokasi dan waktu di facebook penulis.

After proses ‘menyedut darah’ dah selesai, penulis seperti biasa bangun pergi ambik makanan, gift dan sijil yg disediakan. Then after dah berjalan merata dah, balik ke tempat nurse tu sebab menunggu my mum kejap sedang dalam proses. Tiba2 je pening then terus xsedar diri. Nasib baiklah masa nak jatuh tu ada nurse yang sambut. (Ini story my mum semula, penulis x sedar diri dah apa yg berlaku.. hehe).. Beberapa waktu after that, baru penulis sedar semula. Then ada doctor dtg buat medical check up, semua normal pulak. Pelik! Sekali ngan doctor tu buat muka pelik.. Luculah plak.

“Adik makan tak pagi tadi?” Tanya doktor tu.

“Mestilah saya makan dulu.”

“Ini dah kali ke berapa derma darah?”

“Kali ke-5.”

“Aik, pelik! Dah kali ke-5 baru pengsan?”

“Sebelum ni adik pernah pengsan tak.”

“Hehe.. Xpernah la pulak doc.”

“Musykil ni. Tekanan darah semua ok je. Xpelah, adik rehat dulu atas katil ni. Makan banyak2. Nanti doc minta nurse bawak makanan.

“Ok doc. Pengsan sebab dapat layanan specil VIP kot ni doc..’” (Gurau penulis, kami tergelak)

Hehe.. Itulah kali pertama pengsan depan orang ramai. Tak tahulah kenapa jadi macam tu. Yang lain semua normal je. Sebab nak masuk tahun baru dah kot kan. Meninggalkan satu kenangan di akhir tahun 2010.

Then, penulis terus ajak my dad ziarah2 ke rumah keluarga. Tengok tu! Dah lemah badan pun nak jalan-jalan lagi Suhaila! Isy3! Rilex..cool.. Ini kan dah last cuti sem. Nak balik U dah. Jadi, berjalanlah kejap puas2 kan. Hehe. Makan penulis pun draft lah ke mana nak pegi. Harini memang my dad ikut je ke mana penulis nak pergi. Memang bestlah! Dalam masa tu perlu cari energy jugak sebab rasa pening2 lagi.

Sempatlah petang tu ziarah dua buah rumah. Sembang2, makan2, happy2 sekejap. Then next planning. Actually malam tu nak ke ICT dengan saudara2 penulis. Tapi ubah planning. Kami ke KLCC.

Countdown story now. Penulis sampai dulu di sana, sementara penulis menunggu sebuah lagi kereta saudara penulis sampai, kami masuk dululah. Memang jalan sesak. Tapi Alhamdulillah kami dapat parking VIP that night. Selepas je kami masuk, kereta lain tak dibenarkan masuk dah, Ada polis buat sekatan.

Masuk je dalam taman KLCC, boleh tahan lagilah mula2 tu. Tengok ramai org yang jual lampu kelip2 yang penulis tak tahu namanya. Hehe. Ramai sungguh orang yg menjual. Then penulis lihat ada ceramah di Masjid Asy-Syakirin. Agak menarik sebab live masuk TV dan penceramah juga orang yang terkenal then ada pulak nasyid jemputan UNIC, jualan barang2 islamik. Penulis pun tumpu ke dewan masjid tu dan masuk duduk dengar ceramah. Sedih, hanya 6-9% je yang ada di situ. Yang lain ke mana? Ok, nanti penulis story.

After habis ceramah, kami terus ke taman tema KLCC. Masuk dalam tu. MasyaAllah..! Ramainya manusia. Macam2 spesies ada. Ada yang pakai rambut landak, konon gaya pang. Ada yang pakai tanduk evil, ada yg separuh berkemban bajunya. Pendek kata, semua jenis adalah. Macam2 bangsa kat sana. Pelancong luar pun ramai. Haa, kat sinilah mereka! Sebab tu kat masjid tadi orang tak ramai.

Masuk je kat taman tema air tu, Rupanya lagi ramai kat dalam tu. Sampaikan nak selisih pun tak boleh. Bayangkan 40,000 pengunjung! Memang tak nampak jalan. Di tengah2 tu penulis intai rupanya ada ‘Symphony Fountain Show’, tarian Bhangra, tarian zapin dan macam2. Dengan muziknya yang gah. Bergegar jantung rasa. That time memang penulis rasa macam nak pengsan semula. Kalau tadi pengsan sebab derma arah, kali ni pengsan sebab lemas dalam banjir manusia. Semput dibuatnya. Dengan bau rokok. Itu memang penulis allergic habislah. Pantang bau asap rokok, sure sesak nafas. Memang perlukan oxygen that time. Kalau hilang dalam lautan manusia tu, susah nak cari. Penulis jalan pun pegang erat tangan ayah penulis. Tak lepas dah.

Tidak tahan sangat dengan keadaan tu, penulis terus ajak family semua keluar dari tempat btu. Not my taste di tempat2 macam tu. Actually datang pun sebab nak memerhati keadaan malam tahun baru. Bila merasai sendiri, tengok sendiri, sure buat akujanji taknak datang dah sampai bila-bila. Cepat2 penulis tarik tangan ayah peulis keluar dari lautan manusia tu. Singgah di hadapan masjid sekejap, rehat atas rumput bawah pokok. Ok, tenang di sini. Kebetulan ada nasyid UNIC belum habis lagi. Sedap halwa telinga dengar dendangan nasyid memuji nama Allah. Benar! Penulis cukup rasa perbezaan tadi dengan sekarang. Padahal jarak dari tempat crowded tadi tak jauh mana pun.

Nak balik. Nak balik. That time, rasa energy memang dah low sangat. Xnak tunggu tengok bunga api dah. Masuk je tempat macam tu, hati jadi gelisah, tidak tenteram langsung. Nak keluar cepat-cepat. Masuk dalam car. Aman rasa! Jauh dari kebisingan. Then kami pergi supper sekejap, round2 tengok town malam new year. Benarlah, malam tu macam2 berlaku. Sehingga ada yang tak sanggup nak tengok. Jam 1 pagi baru smapai rumah. Memang jalan habis harini.

Alangkah indahnya jika malam tahun baru disambut dengan satu majlis memperingati Allah. Majlis grand buat, tidak disususuli doa dan tidak ada keberkatan dari Allah. Padahal, nak ambil masa untuk bacaan doa bukan lama, sekejap sahaja. Tapi sebab didesak oleh keseronokan dan kelalaian, Allah dilupakan. Sedangkan Allah sedang memerhati kita dari atas sana. Macam mana nak selamat semua. Ya Allah, ampunkan segala dosa umat Islam.

Itulah pengalaman penulis. Memerhati, mentafsir dan membuat kesimpulan. Kalau kita sendiri tak hadapi, macam mana nak story kan. Bila dah letakkan diri dalam situasi itu, barulah boleh buat penilaian dan kesimpulan. Oh, inikah yang berlaku?! Salah siapa?

*Maaflah, kali ni penulis tak nak ambil gambar sebab tidak berminat dengan keadaan yang dipertontonkan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails