Alhamdulillah. Bertemu lagi di entry New Year. Actually entry ni nak posting semalam 1.1.2011, tapi masa agak membataskan segalanya. Penulis typing entry ni masa penulis berada dalam bas. Kebosanan berada dalam bas untuk satu tempoh yang lama. Selalu naik flight rasa sekejap je, pejam celik, dah sampai. Xsempat nak tidur 1 round. Biasa, kalau cuti sem family penulis yang akan hantar. Tapi kali ni penulis balik sendiri sebab awal januari nanti nak balik pula.
Tahun baru. Readers semua dah ada azam barukah? Kalau belum ada, cepat-cepat create azam baru tau. Biar azam tu dapat dicapai dalam masa yang ditarget. Sebelum melangkah ke tarih 1.1.2011, penulis dah pun buat azam dan pastinya dinukil dalam diari untuk dicapai. Alhamdulillah azam Maal Hijrah yang lepas telah penulis sempurnakan sebahagiannya. Hanya ada beberapa yang masih tertunda. InsyaAllah, semoga Allah memberi izin untuk mencapai azam tersebut.
Sepertimana melalui tahun-tahun sebelumnya, pasti ada kenangan manis, masin, masam dan pahit dalam memori hidup kan. Begitu juga dengan penulis yang hanya insan biasa tak lari daripada semua tu. Pastinya kenangan paling manis sepanjang 2011 yang top 1 adalah ketika penulis Berjaya menganjurkan program ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’ yang dilaksanakan dengan jayanya. Menampilkan persembahan artis dari Shoutul Harokah dan Mu’adz Dzulkefly yang kini gigih memperjuangkan Palestin dan dakwah mereka. Di samping dapat mengutip bantuan melebihi 10k untuk diberi kepada saudara kita di Palestin.
Selepas program tersebut, Alhamdulillah atas kasih sayang Allah, penulis dapat ramai kenalan dari pelbagai pelusuk. Boleh penulis bertukar pendapat dan pengalaman. Banyak pengalaman yang penulis dapat dari program ini. Kadangkala mengingatkan penulis supaya tidak terus alpa dengan pesona dunia yang banyak melalaikan. Dalam kita menjalani kehidupan dengan sempurna di sini, ada saudara yang lebih memerlukan kita di sana. Kekuatan mereka adalah kekuatan kita. Selain, mematangkan penulis dalam menjalani kehidupan dan untuk menempuh segala cabaran yang akan datang. Ini semua memberi laluan kepada penulis untuk mendepani onak kehidupan dengan cara yang lebih relevan.
Selepas tamatnya peperiksaan SPM, maka bermulalah hidup penulis. Ketika itu, terlalu banyak yang perlu penulis hadapi. Malah ada yang lebih perit dan mengambil masa yang panjang untuk membenarkan segala keadaan. Tahun 2007-2008 sahaja penulis dah diuji dengan perkara yang begitu hebat sehingga memberi tamparan dalam hidup penulis sehingga sekarang. Semua itu sudah berlalu. Walaupun Berjaya melupakan 90% daripada apa yang berlaku, namun masih ada sisanya yang berbaki. Hebat ujian Allah. Sehingga kini, tidak bernoktah. Apa yang dirasai ditelan dan terus ditelan. Penulis percaya, ini semua mematangkan penulis. Sebab itulah Allah berikan semua ini kepada penulis. Berterima kasih kepada Allah. Manis, pahit, perit, semua itulah adalah nikmat sebenarnya. Kerana hati yang lunak dan rapuh itulah yang lebih dekat dengan Allah. Subhanallah.
Kini, 2011.. Penulis terus mengorak langkah dalam membina kehidupan sendiri. Banyak yang penulis telah pelajari, namun masih bertatih. Merangka sebuah kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Ianya memerlukan perangkaan yang detail. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Menjadi yang terbaik adalah apabila belajar dari kesilapan yang telah dilakukan. Setiap perkara yang dilakukan mestilah bertemankan Allah di sisi, mengharapkan redhaNya. Itulah seindah nikmat yang dikecapi.
Walau bagaimanapun, kenangan yang semalam kekal menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup. Hidup tanpa sejarah, tidak akan meninggalkan kesan untuk hari2 yang akan datang. Kerana sejarahlah yang memperlihatkan diri kita di hadapan kita sendiri. Cermin yang paling baik adalah masa lalu, setiap individu memiliki masa lalu yang baik ataupun buruk, sebaik-baik manusia adalah selalu mengevaluasikan dengan bermuhasabah diri dalam setiap perbuatan yang telah dilakukan.. Jika kita fikir tujuan utama manusia hidup di dunia adalah mempersiapkan bekalan untuk bekalan yang kekal iaitu akhirat. Sudahkah perbuatan yang telah dilakukan kita merupakan manifestasi kecintaan kita kepada Allah? Allah sentiasa ada untuk kita, tapi adakah kita sentiasa ada untuk Allah?
Semoga tahun 2011 membawa seribu makna yang akan sentiasa dikenang juga dan memberi jawapan kepada kehidupan yang lebih sempurna. Bila? 1.1.11? Atau 11.1.11? Atau 1.11.11? Atau 11.11.11? Semua masih belum berjawapan. Segalanya Allah yang aturkan dan Dia lah juga yang membenarkan. Pentas kehidupan menjadi juri dan hakim kepada diri. Semoga kita semua dalam kasih sayang, rahmat dan redha Allah.
-Menelusuri perjalanan menuju pencipta hakiki-
Alunan irama gemersik kedengaran
Memecah hening di senja suram
Terusik jiwaku dari lenaan
Terdetik hati mentafsir kehidupan
Sejalur kasih seraut impian.
1 comments:
Terima kasih kerana titipkan bait2 puisi karya saya dalam blog saudari..
Mohon masukkan nama pemilik asal karya tersebut..
Salam seindah puisi..
Arina Melissa Idayu
Post a Comment