.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, June 8, 2010

P..A..L..E..S..T..I..N....




P.A.L.E.S.T.I.N…

Satu nama yang begitu gah

Negara yang terkenal dengan peristiwa berdarah

Membangun dengan tanah bercampur darah

Yang berbumbungkan peluru-peluru pelbagai arah..


Mereka tidak pernah aman dari keganasan

Keganasan yang tidak mengenal tua dan muda

Tanpa rasa belas kasihan

Tanpa rasa berperikemanusiaan….


Terzahir dari air mata mereka yang tidak berdosa

Wajah si ibu yang jelas kesuraman

Wajah si ayah yang menanggung nan derita

Sambila menatap wajah anak-anak mereka

Yang tersenyum dalam bungkusan kain putih

Tanpa henti darah mengalir membasahi…


Oh Palestin..

Sudah kering air matamu

Menangisi pemergian saudara-saudaramu

menangisi para syuhada yang gugur di medan jihad

bertempur dengan Israel Laknatullah

yang sememangnya kejam hatinya

yang hati mereka hilang!


Masihkah ada hari esok untuk mereka?

Masihkah ada seminit untuk mereka menyedut udara?

Masihkah ada sesaat nyawa untuk mereka?

Semua itu belum tentu buat mereka

Kerana nyawa mereka di hujung tanduk..


Pada kita erti derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan…


Pada mereka erti derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak lunak
keluarga dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak..


Subuh kita ketika diulik selimut tebal

Zohor kita ketika selepas makan bersama keluarga

Asar kita ketika beriadah sambil minum petang

Maghrib kita ketika bertukar pakaian bersih

Isyak kita ketika berehat dalam amannya keadaan..


Subuh mereka ketika bulddozer yang menghiasi ruang
Zohor mereka ketika tembakan peluru pistol tanpa henti
Asar mereka ketika letupan bom yang tak pernah sunyi

Maghrib mereka ketika badan dipenuhi darah

Isyak mereka ketika musnahnya tempat berteduh..


Rindu kita pada keluarga yang meriah
Pada kekayaan melimpa ruah
Pada keamanan yang menjengah
Agar keluarga kita lebih makmur barokah..


Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi
Pada syahid tanpa henti
Pada perjumpaan teragung nanti
Dengan Ilahi tercinta sejati…


Palestin..
Ketenanganmu digugat hebat

Keamananmu direnggut kejam
Namun

Tangisan anak kecil dan ratapan si ibu
Semuanya menjadikanmu lebih kuat
Hari-harimu seperti tiada berpenghujung

Kau terus membangkitkan jihad
Membina semangat intifada yang begitu kuat..

Wahai Palestin..
Usah kau gentar..kerana kami sentiasa bersama..

Usah kau tewas kerana kami ada..
Usah kau undur kerana kami juga ada..
Walau jauh dipisah benua..
Semangatmu tetap terus kami bawa..

Ayuh PALESTIN!

Mara ke hadapan!

Tanpa rasa gentar!

Kerana pastinya Allah sentiasa bersamamu!

Pasti bersama kita!


Khaibar khaibar ya yahud!
Jaisyu muhammad saufa ya'ud!
Ihzimhum,ihzimhum,ihzimhum wan surna 'alaihim…


Nukilah oleh:

Ummul Syaukatul Suhaila





Last weekend penulis diminta oleh seseorang untuk buat sajak..
Sebenarnya memang dah lama nak buat.. Tapi masa tidak izinkan..
Jadi, penulis kongsikan nukilan di sini..
Mudahan sajak ini dapat menaikan semangat kita semua
demi tanah suci, demi saudara2 kita tercinta..

Allah Bebaskanlah Palestin Dari Kecaman Zionis..

5 comments:

mujahidziarah said...

A'slmkm w.b.t. Mohon untuk copy sajak enti. Izinkan?

* ikr@m * said...

yes..
thats great of words..
hope that u can..
'deklamsikan nya'
one day..
in our new version of UniSZA
i will give..
full of encourgement
and support..
a person like u..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Wsalam..
Silakan copy..
Untuk perkongsian bersama..
Mudahan bermakna.. InsyaAllah..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Ikram @ abg Hakim:

Thanks ye.. =)
InsyaAllah moga hajat untuk deklamasi tercapai 1 hari nanti..
Su simpan sajak ni untuk kegunaan if ade program membolehkan su deklamasi..
Dun say like dat la.. ~keseganan su~ hee~ biasa2 udah deh..

ibnu.cinta.gaza said...

NAPE X HANTR SAJAK NIE DLM ILUVISLAM?
Ade potensi gini.. layak masuk.. cdgn.

Related Posts with Thumbnails