.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, June 4, 2010

Kerana Cinta Burung Itu..


Rahmat sentiasa hadir untuk hambaNya.. Di keheningan Subuh, satu laungan suara yang nyaring memecah kesunyian kala Subuh itu.. Laungan itulah yang mampu melembutkan hati2 yang mendengarnya, laungan keramat.. Allahu Akbar………. Ya, kalimah2 keramat itu menyapa lembut di telinga penulis dan singgah membawa seribu ketenangn di hati penulis.. Menandakan seruan mengajak menunaikan solat, berbicara bersama Ilahi.. Tanpa berlengah, penulis menyempurnakan diri bagi mengadap Maha Pencipta..


Seusai solat, penulis menuju ke jendela untuk mengambil angin luar yang segar.. Udara yang masih dalam kedinginan pagi itu menyaluti tubuh penulis, terasa indahnya nikmat Allah.. Terlihat penulis satu panorama yang cantik ketika mana fajar di ufuk.. Subhanallah.. Ketika itu sudah tentunya terlihat burung2 sibuk keluar bagi mencari rezeki buat anak2nya.. Kicauan burung menambahkan lagi keindahan irama yang harmoni di pagi itu.. Begitulah jua rutin manusia yang keluar mencari rezeki.. Walaupun jam ketika itu menunjukkan angka 6.15 pagi.. Tapi penulis yakin, ada yang sudah keluar supaya tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.. Almaklumlah, di kawasan penulis bila masuk jam 7 pagi, kesesakan akan berlaku kerana itulah waktu kemuncak dan waktu kebiasaan orang keluar bekerja..


Dalam keasyikan dan terleka penulis merenung fenomena langit ketika itu, sekilas mata penulis terpandang akan sepasang burung yang sangat cantik di dahan pohon.. Burung tersebut seolah sedang berbicara.. Seolah sedang bermesra.. Seolah sedang bercinta.. Tersenyum sendirian penulis melihat telatah sepasang burung tersebut.. Terasa ingin sekali penulis berbicara dengan mereka.. Haiwan itu telah membuatkan hati penulis bahagia dalam senyuman.. Wajarkah penulis mengucapkan terima kasih kepada burung tersebut kerana melebarkan senyuman, membahagiakan hati dan mengagumi ciptaan Allah di pagi hari…? Tidak.. Penulis sedar, yang menjadikan semua itu segalanya adalah dari Allah, kekuasaan Allah.. Berterima kasih pada yang wajib..

Penulis mengomel sendirian.. Alangkah besarnya nikmat cinta yang Allah berikan sehinggakan binatang juga pandai menzahirkan seribu kemesraan dan mengecapi nikmat cinta itu.. Fikiran penulis teringat pada kekejaman yang berlaku di Palestin.. Sungguh tidak ada rasa cinta dalam hati yahudi laknatullah.. Tidak ada perasaan kasih sayang.. Sehinggakan nyawa saudara2 dianggap seperti permainan.. Mudah dan murah pertaruhan nyawa pada mereka.. Sedangkan nyawa itu kurniaan Allah yang amat besar.. Amanah dari Allah untuk menjaganya.. Bantuan kemanusiaan yang berkonvoi secara aman juga dianggap oleh mereka sebagai satu konvoi yang mencetuskan keganasan.. Sedangkan sudah terang bersuluh bahawa mereka yang sebenarnya membawa keganasan.. Rasa sungguh geram di hati bila melihat di kaca TV, di internet, corong2 radio tentang perlakuan yahudi laknatullah terhadap saudara2 kita.. Allah.. Tersedar penulis dari lamunan tersebut.. Perasaan geram masih bersarang di hati..


Tumpuan penulis kembali pada sepasang burung tersebut.. Sungguh bahagia burung itu diulik cinta anugerah Ilahi.. Teringat pada bacaan penulis semalam sebelum tertidur, sebuah buku yang sangat menarik pada perkiraan penulis.. Tentang syurga.. Keindahan syurga.. Keindahan cinta.. Pada penulis, tidak ada satu pun cinta yang maha hebat melainkan cinta kerana Allah..


Penulis akui dan tidak dinafikan, readers juga pasti akui bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.. Setiap individu yang mempunyai perasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan dan tidak dapat dipisahkan dari dunia kehidupan kita.. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat.. Ini kerana Islam sendiri merupaka agama yang berasaskan cinta..


Jelas bahawa sifat cinta itu penting kerana cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin… Bukankah sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah lah yang paling tinggi dan utama..? Sedar atau tidak kita pada satu kenyataan bahawa bila berlakunya pertembungan cinta Allah dengan cinta pada makhluk, maka cinta Allah yang harus dimenangkan!


Teringat penulis pada sejarah yang menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap nabi Yusuf. Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan berlaku kesan negatif ke atas dirinya.. Sehinggalah Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya kepada Allah dan masanya dihabiskan untuk bermunajat serta berkhalwah dengan Allah..

Readers.. Sungguh indah kan cinta kerana Allah dan cinta kepada Allah..

Opss! Dalam sedar tidak sedar… Jam menunjukkan pukul 7 pagi.. Allah.. Sudah lama rupanya penulis bermonolog sendiriaan di jendela.. Pasangan burung tadi pun sudah terbang entah ke mana.. Gara2 sepasang burung tadilah, gara2 KERANA CINTA BURUNG ITULAH tercetus idea2 dan renungan dalam diri di pagi hari.. Semoga burung tadi terus bahagia dalam cinta kurniaan Ilahi, begitu juga readers.. Semoga anugerah cinta dari Ilahi digunakan dan dihargai sebaiknya.. Ok, penulis terpaksa berundur diri untuk terus dengan urusan penulis.. Salam ukhuwah fillah..

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

* Sebuah lagu yang menjerat hati penulis.. Sangat menarik..
Untuk dengar, sila click here

2 comments:

ibnuasyraf said...

slm. tq memuhasabahkan smua org.
tertarik dgn pnulisn awk, gaya bhasa.. jiwa sastera la awak ni. pndi kaitkn ngn ngn keindahn alm.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

wlcm..
Smuanya dari Allah..
Dengan kuasa Allah..

layan nasyid tu~ =)

Related Posts with Thumbnails