.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, June 13, 2010

Air lagi..

Weekend… Seperti biasa, masuk weekend penulis sekeluarga pasti mencari tempat beriadhah.. Air terjun dan kolam air panas la hala tujunya.. Tempat membuang segala stress, tempat mencari ketenangan.. Tempat yang privacy.. Kenapa penulis kata privacy? Sebab di kawasan air terjun tu, belum menjadi kawasan perkelahan yang umum.. Masih tersembunyi dan masih ramai yang tidak tahu.. Yang penulis tahu ada air terjun kat situ pun sebab penulis pernah teroka hutan tu satu ketika dahulu, semasa penulis jadi fasilitator dan juga merangkap guru pengiring untuk program ahli2 kelab penulis.. Semasa ekspedisi menjelajah ke hutan selama 4 jam, dari situla penulis dapat tau ada kawasan air terjun yang sangat cantik dan menarik perhatian penulis.. So, penulis pun ajakla my family jelajah ke sana juga..

Today, 1st place yang nak tuju kolam air panas dulu.. Ini adalah spa yang terbaik untuk penjagaan diri.. Tenang di sini.. Kenapa tenang? Sebab kawasan kat sini macam spa.. Siap ada muzik bali yang menenangkan.. Selain kawasannya juga bertemakan konsep bali.. So nice bagi penulis..

Selain tujuan datang ke sini untuk ‘spa’… Setiap kali datang ke sini penulis akan mengingatkan diri penulis dan keluarga penulis tantang panasnya neraka Allah.. Bila anggota badan ditenggelamkan ke dalam air panas, memang tidak dapat bertahan lama.. Dari situ kita boleh merenung kembali dan berfikir sejenak.. Panasnya air di dunia sudah tidak tertahan, apatah lagi dengan panasnya api neraka Allah.. Mampukah kita bertahan.. Terasa gerun bila memikirkan.. Bagi penulis ini juga salah satu cara terbaik untuk muhasabah.. Memanfaatkan apa yang ada di hadapan untuk hidup dunia dan akhirat..

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak... Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril.. berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril… Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya… "Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah..."

Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul... Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi…" Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga… Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi… Tiba2 cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang… Lihat, kesimpulannya api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillah min zalik… Mampukah kita hadapi api neraka Allah? Sedangkan kita terlalu lemah..

After that, penulis terus ke air terjun.. Stay sampaila hujan kunjung tiba dari langit.. Tapi still di sana lagi.. Dahla time tu dalam kepeningan gara2 di kolam air panas tadi.. Maybe sebab darah dalam badan dalam proses peredaran yang lancar.. dan naik ke kepala.. So rasa pening + mual.. Ditambah pulak dengan terkena hujan.. Apelagi.. Kene attack la! Demam + pening.. Tidak mahu bercerita panjang, sudah tentu kebosanan bercerita perkara yang sama.. Lagipun take time sekejap je ngadap laptop ni.. Perlu rehat awal malam ni sebab esok kene ikut rombongan pengantin di Putrajaya, ditambah pula kene jadi pengapit.. Aduhai.. Oh fever! Cepatla sembuh ok! Tuhan, berikanku tubuh badan yang sihat..

Seperti biasa, agenda memenuhkan pic dalam folder.. Penulis suka snap gambar pemandangan.. Dah jadi hobi.. Walaupun dalam air, kamera setia bersama penulis.. Sebab teruja lihat keindahan alam.. Rasa rugi kalau x ambil pic.. :D So, rehat sebentar bersama gambar2 yang penulis attach..


























0 comments:

Related Posts with Thumbnails