Natural view mood..
Hari ini.. Terleka typing mengadap komputer, terkadang menerpa juga rasa bosan dan mata merengek mahu mengubah pandangan ke tempat lain pula.. Pantas jari mengambil posisi menggerakkan cursor, terus dibuka tab baru. Video "National Geoghraphic" jadi pilihan.. Sungguh osem bila tengok video pemandangan dalam lautan.. Sejuk mata memandang..
Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah.. Maha Pencipta. Dalam lautan banyak rezeki dan hidupan.. Rezeki yang Allah sediakan terbentang luas, segala nikmat untuk hambaNya. "Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Terus ligat otak bekerja serch dalam memori di kepala. Memori 'bersnorkling' tahun lepas di Pulau Perhentian. Selepas dari aktiviti 'bersnorkling', bertunas hobi baru dalam diri. Habislaa, dah cintakan snorkling pulak! Siap dah terindu-rindu nak lagi.. ^_^
Satu pengalaman yang tidak dapat dipadam dari kotak memori. Pengalaman melihat sendiri hidupan di dasar lautan secara 'live'. Pengalaman bagi makan ikan2 di lautan, mengusik2 ikan, berkawan & berjinak dengan hidupan laut, menyentuh dan merasai sendiri rumpai laut, tapak sulaiman, batu karang dan segala hidupan tumbuhan dalam laut. Main cari2 ikan nemo dalam rumpai laut. Letih mengejar ikan nemo. Sangatla sweeettt & comell! ^_^ Subhanallah! Memang osem! Seriusly, 4 jam dalam laut memang takkan cukup. Paling kurang sehari baru puas meneroka alam lautan.. hehe.
Dah last minit naik bot nak balik barula terjumpa dengan mr penyu. Terus pakcik boat kejar penyu tu dengan boat. Sampai je berhampiran dengan penyu, penulis dah bersiap sedia nak terjun terus dari boat, nak kejar penyu punya pasal. Siapa yang laju? Mestilaa penyu tu lagi laju lari. Dah hari2 dia berlatih lari dalam air.. hee~ Hampa dan kecewa x dapat nak pegang penyu, lastly naik semula atas boat. Pakcik boat kejar lagi saaampaila penyu tu dah letih, last2 penyu tu mendarat rehat di dasar lautan.. Hihi.. Kesian penyu tu kene kejar.. ^_^
Sebenarnya tujuan berada di Pulau Perhentian tu atas misi Bakti Siswa bersama penduduk di sana. Masing2 ada keluarga angkat di sana. Alhamdulillah penulis dapat kelurga angkat mama dengan abah yg sangat baik. Abah merupakan seorang penghulu kampung di pulau tersebut. Jom tengok gambar sikit.. :)
Teruja dikelilingi ribuan ikan2 yang sangat comel
Bersama keluarga angkat & anak2 pulau yg sangat manja..
Mereka memerlukan suasana pembelajaran yg kondusif,
secara tidak lgsung mahasiswa yg ke sana menjadi tempat rujukan pnduduk kmpung.
Dalam banyak2 pic dlm kamera penulis,
pic ini yg penulis sangat suka. Natural! ^_^
Kesian ikan nemo ni kene tangkap.. cute kan... ;)
Mencari ketenangan di waktu petang yang menganjak ke senja..
Haaa, inila penyu yang kene kejar tuu! hihi..
Kesian penyu tu letih melarikan diri.. ^^
"Saya pasti akan bersnorkling lagi! Rindu sangatt nak masuk laut lagi.
Impian & harapan tu.."
f/n: Memasang impian besar dan berangan, lagi best kalau dapat ber'scuba'.. Double best kalau dapat lesen scuba diving kan.. ^_^
Bagi penulis ini salah satu aktiviti sukan yg baik juga sebab menggunakan banyak stamina & tenaga di samping dapat mentadabbur alam. I Love It! ^_^
Bagi penulis ini salah satu aktiviti sukan yg baik juga sebab menggunakan banyak stamina & tenaga di samping dapat mentadabbur alam. I Love It! ^_^
0 comments:
Post a Comment