.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, May 7, 2012

KLIBF 2012


KLIBF.. Memang ini acara yang penulis tertunggu-tunggu setiap tahun.
Tahun ini tidak seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas, masa sangat limit dan amat tipis harapan nak join KLIBF sebab waktu tu terhimpit dengan exam di Universiti. Itupun penulis beli jugak tiket lari balik sekejap semata2 nak join KLIBF.

Tahun ni, memang sangat lapang sebab tak terikat dengan waktu pengajian universiti. So, sangatlaaa enjoy. Anytime boleh pergi dan sepanjang masa pun boleh ada kat sana. Yang bestnya, dapat jumpa kawan2 lama yang dah lost contact. Happy sangat..

Mula2 pergi, dapat dengar talk perkongsian penghijrahan artis iaitu Irma Hasmie dan Yatt yang kini telah tampil dengan imej bertudung dan kembali kepada fitrah. Juga bersama dengan penulis buku biografi Rasulullah yang kini sangat popular dan hott.. Menampilkan juga Imam Muda Najdi. Serta pakar motivasi yang sangat penulis kagumi iaitu Prof Dr Muhaya. Perkongsian mantap tentang kehebatan berfikiran positif banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita, Itu juga menjadi pemangkin peratusan yang besar kepada faktor kejayaan. Kita ada akal yang hebat dan luar jangkaan kita!

Perkongsian penghijrahan dari Irma Hasmie, Yatt dan
penjelasan tentang buku Biografi Rasulullah

Persembahan khas dari Imam Muda Najdi

Terpegun penulis dengar talk dari Prof Dr Muahaya. Hebat!

My Partner turun padang jugak..
Bos dari penerbit Edukid..

Seronok + puas hati rasa lihat hasil dari tangan sendiri
ada di KLIBF. ^_^ 

 Bos dari Penerbit Hidayah Publisher bersama
Habiburrahman El-Sherazy. Penulis feveret saya! 

 Sepintas lalu, memang kene stop buat saham kat sini.
CD yang dicari2 dan tercari2.. ;)

Yeay! Seronok boleh memborong buku2! ^_^


Yang penting, dua buku ni memang dah lame aim..
Sebelum ke jordan haritu x sempat nak beli,
sampaikan masa di Jordan order online pun x dapat sebab stock terhad..
Order direct dari orang dalam pun x dapat. Salah saya jugak sebab x ingatkan dia..
Akhirnya, dapat jugak! ^^

Ok, masa untuk habiskan bacaan..
Jom membaca! ^_^


0 comments:

Related Posts with Thumbnails