.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, May 28, 2012

Road to Putrajaya JOM!



Jumpa semua di sana!

Sepi Majlis Fatwa?

MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.

Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.

Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan ‘bapa kafir’ kepada Tuan Guru.

“Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.

“Banyak perkara yang tidak sehat dilakukan oleh pemerintah, namun pihak majlis fatwa berdiam diri, namun boleh pula mengeluarkan fatwa khas khusus untuk Pakatan Rakyat walaupun tidak bercanggah dengan Islam,”ujarnya.

Sambungnya, majlis fatwa tidak hanya perlu memandang sudut agama sahaja, sebaliknya penyelewengan kuasa, ekonomi, yang berlaku di hadapan mereka kena beri perhatian.

Beliau juga turut mencadangkan majlis fatwa menegur isu penyelewengan yang membabitkan NFC, saham syarikat MAS dan lain-lain lagi.

Sementara itu ketuanya, Datuk Mohammad Daud, mengakui pihaknya menggunakan kaedah yang lebih lunak dalam berdakwah, khususnya kepada orang bukan Islam.

Sambungnya, Dewan Ulamak PAS Kelantan, seboleh mungkin tidak akan menggunakan bahasa yang kesat apa lagi menyinggung perasaan mereka.

“Sebab itu ketika kita berucap, berkempen, berdakwah kita tidak kata mereka sebagai orang kafir, sebaliknya ‘bukan Islam’, sebab perkataan kafir itu begitu kasar, walaupun mereka bukan beragama Islam,”ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru merasmikan laman web rasmi dewan berkenaan. Untuk melayari serta mendapat sebarang maklumat http://dupnk.org.my.

Info: HarakahDaily


f/n: Mana perginya fungsi sebenar Majlis Fatwa dalam isu yang lebih besar dan perlu dititikberatkan. Adakah fatwa untuk BERSIH je yg blh dikeluarkan tanpa ada pertimbangan wajar? Jelas nampak tidak telus.

Friday, May 25, 2012

Cakna weekend..!



Jom berhujung minggu dengan pengisian yang berkualiti!
Memberi makanan dan pengisian kepada rohani..
Beriadhah bersama Ustaz Azhar Idrus.
(^_^)

Wednesday, May 23, 2012

Konvensyen Selangor..



Program datang lagi.. Anak-anak muda selangor memang takkan boleh duduk diam. Life anda akan sentiasa terisi oleh program-program anjuran negeri Selangor nampaknya..

Sebeleh siang jom kita ke Himpunan & Konvensyen Belia Negeri Selangor. Sebelah malam jom kita memberi makanan pengisian kerohanian kepada hati dengan menghadiri Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus pulak.. :)


Friday, May 18, 2012

Rindu Snorkling Lagi..


Natural view mood..

Hari ini.. Terleka typing mengadap komputer, terkadang menerpa juga rasa bosan dan mata merengek mahu mengubah pandangan ke tempat lain pula.. Pantas jari mengambil posisi menggerakkan cursor, terus dibuka tab baru. Video "National Geoghraphic" jadi pilihan.. Sungguh osem bila tengok video pemandangan dalam lautan.. Sejuk mata memandang..

Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah.. Maha Pencipta. Dalam lautan banyak rezeki dan hidupan.. Rezeki yang Allah sediakan terbentang luas, segala nikmat untuk hambaNya. "Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Terus ligat otak bekerja serch dalam memori di kepala. Memori 'bersnorkling' tahun lepas di Pulau Perhentian. Selepas dari aktiviti 'bersnorkling', bertunas hobi baru dalam diri. Habislaa, dah cintakan snorkling pulak! Siap dah terindu-rindu nak lagi.. ^_^

Satu pengalaman yang tidak dapat dipadam dari kotak memori. Pengalaman melihat sendiri hidupan di dasar lautan secara 'live'. Pengalaman bagi makan ikan2 di lautan, mengusik2 ikan, berkawan & berjinak dengan hidupan laut, menyentuh dan merasai sendiri rumpai laut, tapak sulaiman, batu karang dan segala hidupan tumbuhan dalam laut. Main cari2 ikan nemo dalam rumpai laut. Letih mengejar ikan nemo. Sangatla sweeettt & comell! ^_^ Subhanallah! Memang osem! Seriusly, 4 jam dalam laut memang takkan cukup. Paling kurang sehari baru puas meneroka alam lautan.. hehe.

Dah last minit naik bot nak balik barula terjumpa dengan mr penyu. Terus pakcik boat kejar penyu tu dengan boat. Sampai je berhampiran dengan penyu, penulis dah bersiap sedia nak terjun terus dari boat, nak kejar penyu punya pasal. Siapa yang laju? Mestilaa penyu tu lagi laju lari. Dah hari2 dia berlatih lari dalam air.. hee~ Hampa dan kecewa x dapat nak pegang penyu, lastly naik semula atas boat. Pakcik boat kejar lagi saaampaila penyu tu dah letih, last2 penyu tu mendarat rehat di dasar lautan.. Hihi.. Kesian penyu tu kene kejar.. ^_^

Sebenarnya tujuan berada di Pulau Perhentian tu atas misi Bakti Siswa bersama penduduk di sana. Masing2 ada keluarga angkat di sana. Alhamdulillah penulis dapat kelurga angkat mama dengan abah yg sangat baik. Abah merupakan seorang penghulu kampung di pulau tersebut. Jom tengok gambar sikit.. :)

Teruja dikelilingi ribuan ikan2 yang sangat comel 

Bersama keluarga angkat & anak2 pulau yg sangat manja..
Mereka memerlukan suasana pembelajaran yg kondusif,
secara tidak lgsung mahasiswa yg ke sana menjadi tempat rujukan pnduduk kmpung. 

Dalam banyak2 pic dlm kamera penulis,
pic ini yg penulis sangat suka. Natural! ^_^ 

 Kesian ikan nemo ni kene tangkap.. cute kan... ;)

 Mencari ketenangan di waktu petang yang menganjak ke senja..



Haaa, inila penyu yang kene kejar tuu! hihi..
Kesian penyu tu letih melarikan diri.. ^^

"Saya pasti akan bersnorkling lagi! Rindu sangatt nak masuk laut lagi.
Impian & harapan tu.."

f/n: Memasang impian besar dan berangan, lagi best kalau dapat ber'scuba'.. Double best kalau dapat lesen scuba diving kan.. ^_^
Bagi penulis ini salah satu aktiviti sukan yg baik juga sebab menggunakan banyak stamina & tenaga di samping dapat mentadabbur alam. I Love It! ^_^


Thursday, May 17, 2012

UAI - Mesti pergi!



Jom kite konvoi ramai2 memenuhkan PICC.
Terutama geng anak muda.. Jom! ^_^

Monday, May 14, 2012

Pendapat Ulama' tentang 'Mogok Lapar'


Dear scholars, As-Salamu `alaykum.

What is the legal ruling concerning the hunger strike undertaken by the Palestinian prisoners in Israeli prisons?

Jazakum Allah khayran.

Answer:

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear questioner, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His sake.

We earnestly implore Allah to grant our dear brothers and sisters in Palestine an outstanding victory.

Regarding your question, a group of Muslim scholars hold the opinion that it is permissible for the Palestinians incarcerated in Israeli jails to undertake hunger strikes as long as they have no other weapon to express their opinion and to draw the attention of the international community. However, it is stipulated that such strikes must not lead to the death of those prisoners as death in this case will be a kind of suicide, which is strongly forbidden in Islam.

Responding to the question, the eminent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi states:

The prisoners in Israeli jails who are going on a hunger strike are defending a just cause, and strike is an internationally recognized means to disclose crimes and injustice practiced against them. Hence, all Muslims should support those strivers in their adversity in all possible ways: sit-in strike, demonstration, moral support by fasting for example, or through sending telegrams and issuing statements condemning the Israeli atrocities.

This will show those prisoners that all Muslims are standing by them. We, as Muslims, should help Palestinians by all ways, for they are entitled to receive zakah or revenues of endowment. They even deserve the doubtful money of banks (that is, money that is uncertain whether it is lawful or not); if such money is forbidden to its owners, it is regarded as lawful for Palestinians. Since we are not able to supply them with arms, then we should at least provide them with food, clothing, and relief supplies.

Moreover, Sheikh Faisal Mawlawi, deputy chairman of the European Council for Fatwa and Research, states:

It is permissible for the Palestinians imprisoned in Israeli prisons— or even for the prisoners in Muslim countries—to undertake a hunger strike in case they are suffering from violation of their human rights, as long as this is the only way through which they can make progress in these times.

Furthermore, the prisoners have the right to go on such a strike even if it does not bring about positive results concerning their rights. That is because it will at least draw the attention of the public opinion, either nationally or internationally, to the inhuman practices that are committed against prisoners.

However, the following points should be taken into consideration; otherwise, the strike may lead to committing illegal acts:

First, the strike must not turn into fasting as legally known in Islam, for fasting is an act of worship that should not be turned into a means of protest against authorities. Furthermore, it is not legally permissible for the one fasting to continue fasting for several days without breaking his fast, but he must eat after sunset. Thus, the strikers should have some water or any other drink in order not to be regarded as observing continual fast.

Second, such a strike must not lead to death, for at this point it would be similar to committing suicide, which is considered one of the major sins. So the strikers should have some water and some food when they feel extremely exhausted in order not to cause themselves to die.

Hunger strike is legally permissible in principle, but the striker must preserve his life as much as possible, except in case of a pressing necessity.


In addition, Dr. Muhammad Mahrus Al-A`zhami, head of the Fatwa Committee at the International Union for Muslim Scholars (IUMS), Iraq, states:

Generally speaking, hunger strike causes harm or even death, which is legally forbidden, as Allah Almighty says:

“And do not kill yourselves (nor kill one another)” (An-Nisaa’: 29).

Yet, since the hunger strike has become nowadays one of the effective actions, then the oppressed have the right to make use of any means which may ward off oppression and let those in authority hear their voices, especially in this modern age in which people pay attention to such acts of protest.

Therefore, this practice is permissible in case of necessity after using all other means. In this case, Israel left Palestinians and Muslims no other choice, so they are permitted under necessity to use such a kind of protest to make humanitarian organizations and international bodies listen to their voices. We sincerely ask Allah to save them from their adversity through this practice.

You can also read:

Hunger Strike Is Tantamount to Suicide

Going on Strike: Is It Permissible?

Two Levels of Backing Oppressed Muslims

Backing Fellow Muslims

How to Help Fellow Palestinians

Allah Almighty knows best

Info: Kelab IKRAM Mesir
------------------------------------------------


The others info


The Palestinian Prisoners on Hunger Strike need your Help, Please Share this Status with your friends to spread Awarness about the biggest hunger Strike in history..

Bilal Thiab ... 76 Days

Thaer Halahleh ... 76 Days
Hassan Safadi ... 70 Days
Omar Abu Shallal ... 68 Days
Mohammedd Al-Taj ... 60 Days
Mahmoud Sarsak ... 54 Days
Faris Al-Natur ... 47 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 53 Days
Abdallah Al-Barghouthi 32 Days
more than 2000 Prisoner .... 27 Days


Share it and don't let the Western Media bury their case, all they are asking for is their basic rights as prisoners of war, Visitation rights, Right of education and other rights that are declared by international law..


Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas
BANDUAN BERANI MATI. (*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan
ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)

Thursday, May 10, 2012

Respon Mahasiswa tentang Fatwa BERSIH

Fatwa haram BERSIH 3.0:
Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah respon Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.

Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.

Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.

Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib.

Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.

Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman.

Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.

Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?

Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)

Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian.

Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib dan dituntut sebelum memberi hukum?

Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:

1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.

2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.

3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap :

- Penyebaran video dan gambar lucah
- Tuduhan tanpa bukti dan saksi
- Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
- Penyalahgunaan wang zakat
- Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
- Hukum menipu dalam pilihanraya
- Hukum menafikan hak royalti Kelantan


HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.


Monday, May 7, 2012

Mother's Day

Tersenyum.. Mengimbau kembali surprise hari ibu.. =)

Hari ibu.. Sebenarnya hari-hari adalah hari ibu.. Bukan niat nak meyambut dengan taksub, sekadar niat mahu menggembirakan dan menghargai.

Sebelum keluar rumah lagi dah pasang niat nak carikan kek untuk hari ibu. Balik dari PWTC, dalam keadaan meredah hujan lebat, singgah sana sini, masuk Jusco cari kek. Akhirnya jumpa jugak. Almaklumla, hari ahad susah nak cari kedai yang open..

Then balik rumah, 1 jam after that terus buat surprise. On that time my mum nak keluar ziarah orang. So, penulis terus peluk my mum dari belakang.. Tadaaaaaa! Surprise! ^_^
Peluk cium tak lepas dah.. ^^

Special dedicate for her :)

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I’m all grown up now
Its a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now

And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day
And now I finally understand
Your famous line

About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do

You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh

I will use every chance I get
To make you smile, whenever Im around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

Semoga Allah memelihara ayah dan ibu,
sentiasa dalam lembayung rahmat Ilahi dan
hadiah syurga dari Allah sebagai membalas segala jasa mereka.





KLIBF 2012


KLIBF.. Memang ini acara yang penulis tertunggu-tunggu setiap tahun.
Tahun ini tidak seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas, masa sangat limit dan amat tipis harapan nak join KLIBF sebab waktu tu terhimpit dengan exam di Universiti. Itupun penulis beli jugak tiket lari balik sekejap semata2 nak join KLIBF.

Tahun ni, memang sangat lapang sebab tak terikat dengan waktu pengajian universiti. So, sangatlaaa enjoy. Anytime boleh pergi dan sepanjang masa pun boleh ada kat sana. Yang bestnya, dapat jumpa kawan2 lama yang dah lost contact. Happy sangat..

Mula2 pergi, dapat dengar talk perkongsian penghijrahan artis iaitu Irma Hasmie dan Yatt yang kini telah tampil dengan imej bertudung dan kembali kepada fitrah. Juga bersama dengan penulis buku biografi Rasulullah yang kini sangat popular dan hott.. Menampilkan juga Imam Muda Najdi. Serta pakar motivasi yang sangat penulis kagumi iaitu Prof Dr Muhaya. Perkongsian mantap tentang kehebatan berfikiran positif banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita, Itu juga menjadi pemangkin peratusan yang besar kepada faktor kejayaan. Kita ada akal yang hebat dan luar jangkaan kita!

Perkongsian penghijrahan dari Irma Hasmie, Yatt dan
penjelasan tentang buku Biografi Rasulullah

Persembahan khas dari Imam Muda Najdi

Terpegun penulis dengar talk dari Prof Dr Muahaya. Hebat!

My Partner turun padang jugak..
Bos dari penerbit Edukid..

Seronok + puas hati rasa lihat hasil dari tangan sendiri
ada di KLIBF. ^_^ 

 Bos dari Penerbit Hidayah Publisher bersama
Habiburrahman El-Sherazy. Penulis feveret saya! 

 Sepintas lalu, memang kene stop buat saham kat sini.
CD yang dicari2 dan tercari2.. ;)

Yeay! Seronok boleh memborong buku2! ^_^


Yang penting, dua buku ni memang dah lame aim..
Sebelum ke jordan haritu x sempat nak beli,
sampaikan masa di Jordan order online pun x dapat sebab stock terhad..
Order direct dari orang dalam pun x dapat. Salah saya jugak sebab x ingatkan dia..
Akhirnya, dapat jugak! ^^

Ok, masa untuk habiskan bacaan..
Jom membaca! ^_^


Related Posts with Thumbnails